Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, July 2, 2011

Aik ...? Putrajaya isytihar Bersih NGO haram

"KUALA LUMPUR, 2 Julai – Putrajaya hari ini mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram - seminggu sebelum ia merancang untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Ia perkembangan terbaru dalam siri tindakan keras diambil oleh Putrajaya sejak lebih seminggu lalu.

“Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa 1 Julai (semalam),” kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman hari ini.

Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menjalani undang-undang negara.

Lebih 100 orang aktivis dan pemimpin politik Pakatan telah ditahan. Semalam polis menegaskan pihaknya telah menutup segala bentuk perbincangan dengan sekretariat Bersih 2.0.

Dalam kenyataan hari ini, Abdul Rahman juga berkata Kementerian Dalam Negeri telah menyiasat pertubuhan Bersih 2.0 dan mendapati bahawa ia bukan satu pertubuhan berdaftar.

Bagaimanapun kata beliau, Bersih 2.0 memenuhi takrifan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jadual 1, Akta Pertubuhan 1966.

Menurut Abdul Rahman, Bersih 2.0 telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini, menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu dan melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum."

Sepenuhnya ...

Read more...

Kembali Bahagia kah Pasangan ini ...?

"(Reuters) - Former IMF chief Dominique Strauss-Kahn was released from house arrest on Friday after prosecutors said the hotel maid who accuses him of attempted rape lied to a grand jury and made other false statements.

Strauss-Kahn, 62, still faces charges that he sexually assaulted the woman in New York but questions about her credibility appear to be shifting the case in his favor in a twist that could upend French politics.

He smiled as he left the courtroom with his wife, Anne Sinclair, at his side.

Until his May 14 arrest, Strauss-Kahn had been a steward of the global economy and a leading contender in the 2012 French presidential elections. Jubilant supporters in the French Socialist party hoped he might rejoin the presidential race but some analysts saw him as too tarnished."

Read more ...

Read more...

Khutbah kecam Bersih seret masjid dalam politik

"KUALA LUMPUR, 2 Julai — Langkah menjadikan isu Himpunan Bersih 2.0 sebagai fokus khutbah Jumaat di Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain semalam secara langsung menunjukkan masjid turut diseret ke dalam politik, demikian menurut penganalisis politik Prof A. Aziz Bari.

Katanya, beliau juga tidak fikir wajar isu Himpunan Bersih 2.0 diseret ke dalam khutbah kerana ia sebenarnya usaha masyarakat sivil untuk membersihkan sistem pilihan raya daripada penipuan dan selaras dengan tuntutan perlembagaan.

“Khutbah Jumaat hari ini (semalam) menghentam Bersih. Ini membawa politik ke dalam masjid. Masjid perlu memperkatakan yang benar dan seimbang, bukan yang berat sebelah dan mungkin, palsu.

“Saya tak fikir apa yang disebut oleh Datuk Che Mat Che Ali, Pengarah Jawi wajar. Beliau sepatutnya tidak menunjukkan bahawa Jawi yang sepatutnya di bawah Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam Wilayah, memihak kepada Umno-BN,” kata Aziz yang juga pakar perlembagaan.

“Kita semua tahu Umno-BN takut perhimpunan Bersih. Saya juga tidak fikir wajar isu Bersih diseret ke dalam khutbah kerana ia adalah usaha masyarakat sivil untuk membersihkan pilihan raya daripada penipuan dan selaras dengan tuntutan perlembagaan,” katanya.

Selepas dikecam hebat dalam media arus perdana, Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai turut menjadi fokus khutbah Jumaat, termasuk di Wilayah Persekutuan semalam, dengan menyifatkan penganjurnya sebagai gerakan pelampau."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Friday, July 1, 2011

Israel within range of Iran’s missiles

"TEHRAN – A top military official restated Iran’s statement that Israel and the U.S. bases in the region and are within Iran’s missile reach. The statement came as the Islamic Revolution Guards Corps successfully test-fired 14 locally-produced missiles on Tuesday.

“U.S. targets in the region and Israel are within the range of Iran’s missiles,” Amir Ali Hajizadeh, commander of the IRGC Aerospace Force, told reporters on Tuesday.

Iran has repeatedly warned that it will not hesitate for a moment to retaliate forcefully if Israel does any attack against Iran.

Hajizadeh said Israel is just 1,200 kilometers away from Iran while range of Iran’s missiles is 2000 kilometers and this shows that “we can hit it (Israel) from Damghan or Semnan with our missiles.”

“The range of our missiles has been designed based on American bases in the region as well as the Zionist regime,” Hajizadeh stated."

Read more ...

Read more...

Pemenang Pertama Hiasan Luar Terindah ...?

Kaaahhhhh, kah kah ...?

Read more...

Gambar Terkini: Sungguh hebat ...?

Jambatan 42km. dibuka kepada umum semalam.

Di sini ... dan di sini ...

Read more...

Kakak sendiri ...? Kaaahhhhh, kah kah ...?

"Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, prasangka ke atas suruhanjaya itu sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan persepsi bahawa pilihan raya boleh ditipu.

"Ramai yang percaya, termasuk kakak-kakak saya sendiri," katanya lagi yang menambah, persepsi itu kemudiannya akan menyebabkan ramai pengundi memilih pembangkang seperti yang berlaku pada Mac 2008.

Antara prasangka itu melibatkan dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', seperti yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Gombak, Azmin Ali sebelum ini.

Wan Ahmad memetik kes 'pengundi hantu' di Kampung Klang Gate Baru itu, termasuk di rumah ibu wakil rakyat itu sendiri yang didakwa terdapat sejumlah pengundi yang tidak dikenali.

Jelasnya, perkara itu mungkin berlaku sebelum SPR menguatkuasa peraturan baru pada 2002 yang mewajibkan pengundi didaftarkan mengikut alamat di kad pengenalan masing-masing.

"Maka pendaftaran sebelum 2002 banyak tak ikut alamat dalam MyKad.

"Sebelum itu boleh daftar siapa saja, di bawah pokok, kedai kopi, di mana saja," katanya lagi dalam satu program dialog berhubung lapan tuntutan yang dikemukakan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.

Sebagai langkah penyelesaian, Wan Ahmad berkata SPR akan memperkenalkan satu sistem baru bagi membolehkan setiap individu memeriksa senarai pengundi yang didaftarkan di alamat mereka. "

Sepenuhnya di sini .... Terbaru di sini ...

Read more...

Hilang yang sukar dicari ganti

"PEMIKIRAN politik Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor yang jauh ke hadapan, di samping mempunyai keberanian yang cukup tinggi telah membentuk lanskap politik baru pada hari ini.

Ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan, ahli dan penyokong-penyokong PAS tidak gembira dengan Anwar, bagaimanapun, Almarhum dengan pantas dan berani menghulurkan tangan memberi pembelaan kepada Anwar sewaktu ditahan ISA.

Mengimbau penglibatan Almarhum dalam politik, Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar bersetuju bahawa tanpa pemikiran politik yang dimiliki Almarhum sudah tentu, tidak terbentuk landskap politik seperti mana pada hari ini.

“Landskap politik hari ini adalah hasil daripada pemikiran yang jauh dan matang yang ada pada Allahyarham,” kata Mahfuz ketika ditemui.

Tambahnya, ekoran pemikiran politik Almarhum itu akhirnya terbentuk sebuah gerakan yang menghimpun seluruh badan bukan kerajaan dan parti politik yang dikenali sebagai Gerakan Keadilan Rakyat (Gerak).

“Allahyarham telah melonjakkan PAS dalam sikap dan pendiriannya terhadap kezaliman ISA, bahkan beliau mempengerusikan mesyuarat dengan dihadiri oleh wakil dari PAS, DAP, PRM, ABIM, JIM, Suaram, dan PUM dengan mendesak kerajaan membebaskan tahanan ISA yang merupakan undang-undang mencabul hak asasi rakyat, “ jelasnya.

Katanya, inilah kejayaan PAS di bawah kepimpinan Almarhum apabila berjaya menggabungkan parti politik dan NGO sebagaimana dilihat pada sekarang."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Thursday, June 30, 2011

Putrajaya arah stesen swasta ‘kubur’ berita Bersih

"KUALA LUMPUR, 30 Jun — Pentadbiran Najib memberi amaran kepada stesen-stesen siaran swasta daripada menyebut apa-apa tentang Himpunan Bersih 2.0 atau tarikh ia akan diadakan, sebaliknya mahu mereka memberi amaran kepada orang ramai daripada menyertai tuntutan jalanan meminta pilihan raya adil dan bebas.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa sejak minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meminta eksekutif media stesen-stesen swasta untuk memaklumkan mereka mengenai garis panduan baru itu selain Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan kemeja-T Bersih sebagai haram.

“Kami tidak boleh menyebut Bersih, tarikh 9 Julai perhimpunan diadakan dalam siaran kami tetapi kami mesti memberi amaran mengenai demonstrasi ini. Bagaimana kita boleh melakukannya?” kata seorang eksekutif media kepada The Malaysian Insider.

Putrajaya memiliki Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengadakan siaran radio dan televisyen, malah menyediakan lesen kepada stesen swasta seperti Astro, The Star Publications yang turut mempunyai stesen radio, Media Prima Berhad yang mengendalikan stesen radio dan televisyen serta stesen radio BFM.

“Kami kena menghantar skrip radio kami untuk diteliti (pihak berkuasa). Ia sesuatu yang mengarut,” kata seorang lagi eksekutif kepada The Malaysian Insider."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Pakatan cabar Hisham buktikan Bersih 2.0 haram

"UALA LUMPUR, 29 Jun: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan secara terperinci mengenai dakwaannya bahawa Bersih 2.0 adalah haram.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, dakwaan itu adalah tidak berasas sama sekali kerana Bersih 2.0 dianggotai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang berdaftar secara sah.

"Saya cabar menteri membuat penjelasan mengenai kedudukan Bersih itu sendiri. Tolong nyatakan apa kesalahan Bersih (2.0) sehingga mengatakan ia pertubuhan haram sedangkan pertubuhan-pertubuhan yang menyertai Bersih ialah parti (politik) dan NGO yang berdaftar dengan pertubuhan dan tak ada kumpulan yang tak berdaftar," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mahfuz turut menyanggah dakwaan Hishammuddin bahawa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai ini adalah haram sedangkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengiktiraf perhimpunan aman sebagai tindakan yang sah di sisi undang-undang.

Tambahnya, Pemuda Umno dan Perkasa yang juga akan melakukan perhimpunan malah mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kekacauan tidak pula diambil tindakan."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Wednesday, June 29, 2011

Hingga 400 peguam Pakatan sedia bantu jika ada tangkapan

"PETALING JAYA, 29 Jun — Sehingga 400 peguam secara sukarela telah menyatakan kesediaan mereka untuk membantu jika ada peserta Himpunan Bersih 2.0 ditangkap, kata pemimpin PKR hari ini.

“Setakat ini, berdasarkan maklumat yang saya terima antara 350 hingg 400 peguam menyatakan kesanggupan mereka membantu jika ada peserta yang ditangkap kerana menyatakan sokongan dan menyertai Himpunan Bersih,” kata ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Shuhaimi Shafiei.

Ketika bercakap pada sidang media di sini, Ketua Penerangan PKR Selangor itu berkata, bilangan itu dijangka akan meningkat.

“Dalam Pakatan sendiri adalah ramai pemimpin kalangan peguam, yang ada asas undang-undang... dalam PAS seperti Hanipa Maidin, dalam PKR seperti R Sivarasa, Lateffa Koya... YB Kula di DAP,” kata beliau lagi.

Sehubungan itu kata beliau, PKR Selangor akan membolisasikan sekitar 70,000 orang untuk menyokong Himpunan Bersih 2.0."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

PAS Selangor mahu tanding 20 kerusi Dun

"PETALING JAYA: PAS sedang mengintai peluang bagi merebut 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti.

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor, Khairuddin Othman berkata, parti mahu memainkan peranan yang lebih signifikan dalam pentadbiran negeri Selangor selepas PRU 13 nanti dengan menambah bilangan kerusi Dun.

Kerusi-kerusi Dun itu ialah Sungai Tawar, Sabak, Sungai Burong, Jeram, Meru, Sijangkang, Morib, Paya Jaras, Templer, Tanjung Sepat, Ulu Klang, Gombak Setia, Cempaka, Lembah Jaya, Selat Klang, Dusun Tua, Bangi, Ulu Bernam, Sungai Panjang dan Sri Serdang.

“Sebagai langkah awal PAS Selangor telah membuat beberapa rombakan kecil baru-baru ini dalam saf kepimpinan di semua peringkat dan kawasan yang diterajui oleh Pesuruhjaya yang baru, Dr Abdul Rani Othman,” katanya.

Bercakap kepada FMT beliau berkata, selain dari 20 kerusi yang telah dikenalpasti itu, PAS negeri juga mengintai peluang untuk bertanding di empat kerusi tambahan – Kota Damansara, Sementa, Semenyih dan Pelabuhan Klang.

Bagaimanapun katanya, kebenaran untuk bertanding di empat kerusi Dun ini akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti nanti."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Lagi pemimpin, aktivis BERSIH dipanggil

"Ahli parlimen Pakatan Rakyat - Teresa Kok dan Mohd Firdaus Jaafar - turut menyertai senarai ahli politik dan aktivis politik yang dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan lawal hari ini, Teresa (kiri) - yang juga setiausaha organisasi DAP - dijadualkan memberi keterangan pada jam 3 petang di ibupejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Mohd Firdaus - ahli parlimen PAS Jerai - telah memberi kenyataan kepada polis Petaling Jaya semalam bersama dengan timbalan presiden PKR, Mohd Azmin Ali.

Timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin turut memberi kenyataan pagi ini.

Tindakan keras terhadap gabungan itu, yang menuntut pilihan raya bebas dan adil, menyaksikan 14 orang ditahan - termasuk dua ADUN PKR dan DAP - di Perak pagi ini.

Beberapa jam kemudian, kira-kira 20 anggota polis menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya.

Beberapa aktivis terkemuka turut dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis hari ini.

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah; aktivis sosial Hishamuddin Rais; pengarah Tenaganita, Irene Fernandez dan peguam Latheefa Koya dari Lawyers for Liberty, dijadualkan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur petang ini."

Sumber di sini ...

Read more...

Polis serbu, gelidah sekretariat BERSIH 2.0

"Sekretariat BERSIH 2.0 hari ini diserbu dan digelidah oleh polis.

Lima belas anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower.

Pejabat BERSIH 2.o terletak di Seksyen 4, Petaling Jaya.

Maria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Tak mengaku, tapi Ramai yang dah faham ...?

Tak mengaku, tapi Ramai yang dah faham ...?
OK lah ...

Read more...

Tangkapan pra kejatuhan Umno BN

"KUALA LUMPUR, 29 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih adalah pra kejatuhan Umno BN.

“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.

“Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui Twitter.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat.

“Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Tuesday, June 28, 2011

Maaf, Gambar sedikit jijik ...?

PM dan TPM kencing berdiri ...? dan berlari ...?

Read more...

Kaaahhhhh, kah kah ... Pemuda UMNO ...?

"Sekumpulan Pemuda Umno malam tadi berkumpul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengugut membakar bangunan seteru politik mereka itu.

Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Monday, June 27, 2011

Yang ini Tak Kotor dan Tak Lucah ...?

Yang ini Tak Kotor dan Tak Lucah ...?
Sumber gambar ...

Read more...

Duta AS ragui penjelasan Putrajaya ...?

"KUALA LUMPUR, 27 Jun — Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia memaklumkan kerajaannya awal tahun lalu bahawa pegawai-pegawai kedutaan memang meragui penjelasan pentadbiran Najib mengenai kecurian enjin jet pejuang F-5 milik TUDM pada 2008, demikian menurut maklumat didedahkan oleh Wikileaks.

Dokumen ditandatangani oleh Duta James Keith berkata kedutaannya berkongsi “kesangsian” diluahkan oleh siri komen dalam media atas talian mengenai pendirian Putrajaya bahawa enjin jet itu dicuri oleh dua individu berpangkat rendah dan pihak di peringkat tinggi tidak terlibat sama sekali.

“Kami berkongsi beberapa kesangsian yang dilahirkan oleh blog-blog mengenai kes kerajaan dan penjelasan siapa di belakang kecurian enjin,” kata dokumen itu .

“Dalam (proses) koordinasi dengan Washington, Post terus menekankan untuk mendapatkan laporan lengkap bagaimana kecurian ini berlaku dan penempatan muktamad enjin-enjin (jet pejuang), dan untuk mengingatkan GOM tentang keseriusan isu ini dan keperluan mengambil tindakan-tindakan pembetulan,” kata kabel yang disiarkan oleh portal Malaysia Today hari ini.

Difahamkan “Post” merujuk kepada seorang pegawai politik AS yang berpejabat di kedutaan di sini.

Mahkamah Sesyen sedang mendengar kes Sarjan N. Tharmendran dari TUDM dan ahli perniagaan K. Rajandran Prasad yang menghadapi pertuduhan bersubahat mencuri dan melupuskan enjin pesawat milik TUDM.

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Tangkapan ...?

"Ketika pemimpin BN memberi amaran kepada BERSIH 2.0 berhubung perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai, polis melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihan raya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sejak tangkapan pertama dibuat Rabu lepas, polis sehingga ini telah menahan 81 orang dan jumlahnya dijangka meningkat ketika BERSIH memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunannya.

Bagaimanapun, tidak nampak tanda-tanda yang menunjukkan gabungan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut pilihan raya bebas dan adil itu, akan membatalkan perhimpunan tersebut.

Sebaliknya, tindakan keras terhadapnya itu telah memberi publisiti kepada BERSIH dan sekaligus membantu membina momentum menjelang perhimpunannya."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Anwar: Najib, saya tahu apa kamu buat di PD

"Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah paling penting untuk menentukan sama ada lelaki dalam video seks adalah Anwar.

Memandangkan pakar asing dilaporkan berkata video - yang menunjukkan pasangan melakukan aksi seks dalam sebuah bilik - 99.99 peratus menyerupai Anwar, maka Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata rakyat boleh menghakimi sendiri ketulenan video tersebut.

Anwar berkata Najib dan isterinya, Rosmah Mansor tidak layak bercakap tentang moral, walaupun ketua umum PKR itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.

Katanya, beliau telah dicabar untuk mendedahkan apa yang beliau tahu tentang Port Dickson.

Anwar merujuk kepada satu skandal yang didakwa berlaku pada pertengahan tahun 1980-an, ketika berucap dalam ceramah di Pokok Sena, Kedah malam tadi.

Bagaimanapun, kata Anwar, bukan cara beliau untuk mencerca atau memfitnah hanya untuk menang.

Sebaliknya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mahu menang dengan moral yang mantap."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Sunday, June 26, 2011

Kaaahhhhh, kah kah. Padan muka ...?

Kaaahhhhh, kah kah. Padan muka ...?
UMporNO ...?

Read more...

Salwaaa oh Salwa ...! Idea pun lawa ...?

Salwaaa oh Salwa ...! Idea pun lawa ...?
Di sini ... dan di sana ...

Read more...

World News

Homeopati

Homeopati
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP