Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, June 11, 2011

Aik, Surat ini Lebih Dahsyat dari Video Seks ...?

"Katanya lagi, ini juga membuktikan Umno yang diterajui oleh Tun Mahathir ketika itu, jelas menolak hukum Islam dan sekaligus membuktikan kepimpinan mereka bukan saja memperkecilkan kemampuan undang-undang yang menjadi tuntutan syarak sepertimana yang terkandung dalam Al Quran.

"Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa beliau masih lagi menyimpan surat larangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan oleh Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir bukan satu omongan kosong.

"Surat tersebut juga bukan satu cerita palsu yang direka seperti video seks lucah atau seumpamanya, tetapi ia adalah kenyataan yang tidak sepatutnya lahir dari seorang pemimpin yang mendakwa mereka memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam dalam negara ini.

Ini juga, katanya menzahirkan pemalsuan perjuangan sebenar Umno dalam menegakkan kebenaran dan hukum yang menjadi tuntutan untuk dilaksanakan oleh setiap pimpinan Islam dalam negara ini.

Oleh kerana itu katanya, orang Melayu dan umat Islam dalam negara ini tidak sepatutnya bersekongkol dan menyokong perjuangan yang dibawa oleh Umno, setelah terbukti dengan sahih penolakan pimpinan mereka dalam melaksanakan tuntutan agama tersebut."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Wow, gambar dan berita dari Turki ...?

"ISTANBUL, 11 Jun: Kunjungan pertama delegasi PAS dan PKR ini adalah ke pejabat parti AK di Istanbul. Baru mula terasa Turki sedang hadapi pilihan raya umum.

Pendekatan kempen nampaknya lebih kepada medium TV dan akhbar melalui liputan media terhadap program yang diadakan.

Untuk penglihatan umum pula, banner besar yang memaparkan wajah Reccip Toyyeb Erdogan bersama slogan pilihan raya ini dipasang di banyak tempat.

Sedikit sahaja poster kecil yang dipasang iaitu di pejabat-pejabat parti sahaja bukannya memenuhi kawasan. Ini telah ditetapkan oleh undang di Turki untuk menjaga alam sekitar mereka. Poster-poster kecil sebagaimana yang sangat popular di Malaysia tidak dibenarkan di sini atas alasan ia merosakkan permandangan.

Apabila masuk ke Istanbul melalui lapangan terbang Atarturk di sini tidak terasa langsung pilihanraya umum berjalan.

Begitu juga apabila masuk ke bandaraya Istanbul dari lapangan terbang ke hotel Green Park tidak terasa PRU sedang berlangsung di Turki."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Friday, June 10, 2011

Woow, billion-ringgit scandals ...?

"KUALA LUMPUR, June 10 — A senior ex-cop has accused Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail of burying evidence of corruption by senior government leaders between 1994 and 1996, involving losses of at least RM12 billion in public funds.

Datuk Mat Zain Ibrahim said Abdul Gani, then a senior public prosecutor heading the prosecution division in 1994, was involved in covering up the roles of “ministers and chief ministers” in scandals such as the RM8 billion and RM4 billion losses incurred by Malaysia Airlines (MAS) and Perwaja Steel respectively.

“Between 1994 and 1996, Gani Patail was busy playing his role in closing cases or burying information that linked ministers or chief ministers who could be proven to have abused power or were corrupt. This includes the Perwaja case and also the one related to Tan Sri Tajuddin Ramli,” the former Kuala Lumpur criminal investigation chief said in an open letter to the prime minister today.

Mat Zain was referring to MAS’s claim that Tajuddin was responsible for RM8 billion in losses during his tenure as executive chairman of the national carrier from 1994 to 2001.

In the letter, he added that Tajuddin, who he refers to as TRI, used a similar modus operandi of “signing long-term and lopsided contracts” similarly used by Perwaja Steel as well as Tenaga Nasional Berhad in its power deals with independent power producers (IPP) that is said to cost taxpayers RM20 billion a year."

More here ...

Read more...

Skandal Seks Mat Sabu ...?

"Awal hari ini, ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin membuat laporan polis di ibu pejabat daerah polis Ampang Jaya setelah menerima VCD di peti suratnya bersama surat palsu yang kononnya dikeluarkan oleh PAS.

Bahagian luar VCD itu memaparkan imej timbalan presiden PAS yang baru Mohamad Sabu, dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.

Skandal Seks Mat Sabu

“Sebaran VCD lucah fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah berleluasa ke seluruh negara. Sepatutnya pihak polis sudah boleh mengesan siapa dalangnya. Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini.

“Lebih melampau, saya sendiri telah menerima VCD dan risalah fitnah ini yang dihantar ke rumah saya semalam. Sampul surat yang dihantar mengandungi surat palsu yang menggunakan kepala surat PAS, VCD bertajuk 'Skandal Seks Mat Sabu' dan risalah yang memaparkan beberapa adegan dari VCD lucah...mula dicemarkan sehingga ke Ampang pula,” katanya.

Zuraida mendakwa penyebaran rakaman seks itu kerja Umno sebagai usaha mereka bagi memecah-belakan kerjasama parti-parti gabungan Pakatan Rakyat."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Tan Sri Mohamad Sabu ... Yes, yes ...?

"Satu lagi perkara yang menjengkelkannya ialah minat yang ditunjukkan pemimpin PAS untuk mendapatkan gelaran daripada istana – sikap yang dikutuknya sebagai pemujaan kepada sistem kasta dan feudalisme.

"Penyanyi menyanyi dua tiga lagu dah 'Datuk'. Pelawak (juga dapat). Kalau P Ramlee itu OK lah bagi Datuk, ini semua, kita baling batu boleh jatuh kepala Datuk.

"Kalau gelaran Datuk, semua mencari. Kalau umum 'siapa nak (pangkat) Datuk esok datang depan istana', saya ingat pemimpin PAS akan berebut pergi depan istana," katanya.

Mohamad yang popular dengan gelaran Mat Sabu itu bagaimanapun berkata, beliau setakat ini menolak tawaran bagi gelaran berkenaan kerana tidak melihat keperluannya.

"Saya tolak buat masa ini. Tak berani cakap besarlah untuk akan datang, tapi buat masa ini tak nampak (keperluan). Tak perlu," katanya yang telah menolak tawaran untuk mendapat pingat kebesaran daripada Pulau Pinang sebanyak dua kali."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Hipokrit ...? Hipokrit tu haper ...?

"KUALA LUMPUR, 10 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Umno memperlihatkan sikap hipokrasi mereka dengan menentang pendirian terbaru PAS, yang minggu lalu mengetengahkan konsep negara berkebajikan.

Sehubungan itu kata Asri (gambar), Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) dan mewakili suara orang Melayu, seharusnya mengalu-alukan perubahan pendirian PAS yang sebelum ini dilabel sebagai konservatif dan fanatik.

“Saya tidak tahu apa pendirian Umno sebenarnya. Dulu Umno yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam.

“Saya lihat Umno macam hipokrit... dulu dia (Umno) yang mengatakan bahawa PAS ini (parti) jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak betul,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kita tidak sepatutnya hentam mereka, sebaliknya perlu terbuka dan mengalu-alukan perubahan pendirian PAS ini... dulu bukan Islam takut dengan konsep negara Islam, sekarang PAS lebih terbuka, lebih ke depan daripada Umno... patut Umno alu-alukan dan bukannya mengkritik PAS,” kata beliau."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Thursday, June 9, 2011

Betul tu kakak ooii, 'Isteri diJadikan Pelacur' ...?

"Mengulas lanjut Siti Zailah berkata, pelacur yang secara jelas melakukan maksiat dan dosa besar, sesekali tidak boleh dijadikan contoh atau perumpamaan dalam apa juga aspek.

"Walaupun dia (Rohaya) berniat baik, tetapi ambil contoh idola pelacur amat salah. Semacam isteri ini taraf rendah hanya hidangan untuk suami.

"Isteri perlu diberi penghormatan, pelacur tiada penghormatan," katanya lagi.

Tambahnya lagi, Islam mengajar suami dan isteri saling menghormati dan menjaga tanggungjawab masing-masing.

Lebih buruk katanya, pandangan Kelab Isteri Taat itu juga boleh memberi kefahaman salah kepada masyarakat bukan Islam.

"Mereka mungkin faham bahawa Islam meletakkan taraf rendah dan anggap isteri mereka setaraf pelacur," katanya."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Sah, Perigi nyang ni merayau cari Baldi ...?

"Sehubungan itu beliau mendesak Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku.

“Terima kasih kepada Khairy Jamaluddin (KJ) mengesahkan dakwaan saya (kami) bahawa benar Najib sememang mengadakan majlis urusan pertunangan anaknya dengan anak pembesar kerajaan Kazakhstan,” katanya.

Tambahnya, ini tepat seperti mana yang beliau terima daripada sumber-sumber yang dipercayai.

Malangnya, kata beliau media tidak langsung menyebutkan perkara itu.

“Bagaimana KJ boleh menuduh saya membuat pembohongan ketika beliau sendiri mengesahkan wujudnya urusan pertunangan tersebut,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat menambah, sumber-sumber yang beliau terima juga mengesahkan meski pun WIEF telah ditetapkan lebih awal, namun Najib telah mengarah dan menyusun urusan pertunangan itu dijadualkan semasa lawatan beliau ke sana mengikut sumber yang boleh dipercayai.

Justeru, tegasnya rakyat berhak diberikan penjelasan (deserves an explanation) atas semua perkara ini termasuk seramai manakah bilangan ahli keluarga dan kenalan yang turut serta dalam lawatan dan majlis pertunangan tersebut, sekaligus perbelanjaan yang dibiayai oleh rakyat untuk urusan pertunangan sekali gus yang rasmi, contohnya perjanjian persefahaman."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Tukar kepada 'Kelab Pelacur Bersuami' lagi best

"KUALA LUMPUR, 9 Jun — Puteri Umno mengkritik penubuhan Kelab Taat Suami yang dilihat hanya mementingkan nafsu semata-mata untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, berkata penubuhan kelab yang kononnya untuk mengajar wanita menjadi setia dan menjalankan tanggungjawab terhadap suami adalah usaha sia-sia serta tidak sejajar dengan tuntutan Islam.

Rosnah yang juga timbalan menteri kesihatan berkata, Islam menuntut suami menghormati isteri dan bukannya menjadikan isteri objek seks dalam rumah tangga.

“Adakah dengan hanya pandai melayan suami di atas katil menjadikan rumah tangga bahagia dan adakah hanya isteri saja yang mesti pandai melayan suami, bagaimana pula dengan peranan suami di atas katil,” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Hujung minggu lalu, Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed, baru-baru ini mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti “pelacur kelas pertama”.

Kenyataan itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak sehingga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab berkenaan.

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa wanita tidak menyertai kelab berkenaan kerana menyamakan tugas isteri melayan suami seperti tugas pelacur melayan pelanggan.

Sambil menyifatkan kenyataan itu ibarat meletakkan martabat seorang isteri serendah pelacur, timbalan presiden persatuan itu, Musa Awang berkata, isteri bukan pekerja seks bagi suami kerana tugas isteri melayan suami adalah satu ibadat yang diberi ganjaran pahala daripada Allah."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

GiGoLok Terhormat ...?

"KUALA LUMPUR, 9 Jun — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim menyelar segelintir suami yang menjadikan isteri semata-mata tempat melepaskan nafsu seks tanpa memikirkan kepentingan hidup berkeluarga.

Mashitah berkata, perkahwinan yang digalakkan oleh Islam adalah untuk menjamin keutuhan hidup suami isteri dan membentuk keluarga yang bahagia dengan kedua-dua suami isteri sama-sama memegang tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak.

“Justeru jangan ada di kalangan suami yang cuba mengabui pemahaman isteri kononnya satu pengorbanan bagi mereka dengan jaminan masuk syurga jika membenarkan suami berkahwin lain,” katanya di Kangar semalam.

Mashitah yang dijemput sebagai salah seorang ahli panel Simposium Wanita peringkat Perlis berkata, adalah tidak wajar seseorang suami meletakkan isteri mereka sebagai ‘pelacur terhormat’ sedangkan taat setia tidak boleh diletakkan kepada isteri sahaja sebaliknya suami juga perlu mempunyai sikap taat setia kepada isteri mereka."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Wednesday, June 8, 2011

Maaf, Gambar dan Berita Ghairah ...?

"Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.

Timbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohana itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur.

"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.

"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.

"Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.

Pelacur kelas pertama

Minggu lalu, Dr Rohana dilapor mengingatkan seseorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Kesiaaannnnn, dah lah Jahil, Ketinggalan pula ...?

"SHAH ALAM, 8 Jun: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu melahirkan rasa kasihan terhadap kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang ketinggalan zaman.

Najib dalam laporan media dari Astana, Kazakhstan menyifatkan Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan Membangun Negara Berkebajikan hanya untuk hadapi PRU13.

Mohamad dalam jawapan balas berkata, konsep Negara Berkebajikan telah diwujudkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi ketika Baginda mentadbir Madinah sebagai sebuah Negara Islam.

"PAS perjuangkan dasar Negara Berkebajikan yang didirikan oleh Baginda Nabi sejak zaman Madinah lagi dan bukan hanya untuk PRU13 sahaja.

"Nampak sangat Najib tidak tahu di dalam hal ini, saya kasihan, lebih baik beliau diam sahaja dalam perkara yang beliau tidak tahu.

"Sebaik beliau bercakap, rakyat tahu bahawa perdana menteri tidak tahu tentang perkara ini," jelasnya menzahirkan rasa kasihan pada Najib."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Ewaahhh, cik Adik ni pulak cakap ...?

"She stressed that the state government was merely handing over the TOLs from state-owned Selangor Agricultural Development Corporation to state education foundation Yayasan Selangor.

“The state chose to continue to give (the TOLs) to GLCs (government-linked corporations),” she said.

Wong pointed out that there were underground water pipes in the area.

“It’s also a safety issue. There must be uniformity in terms of design,” said the Selangor Tourism, Consumerism and Environment Committee chairman.

Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said in a statement recently that the TOLs were given to Yayasan Selangor to ensure that the land would be properly managed.

Khalid’s decision to award the TOLs to the education foundation has blown up into a controversy, with BN accusing his administration of orchestrating a “land grab”.

MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek reportedly accused the state government of breaking its promises to resolve the land issue involving the nursery operators.

Selangor Umno deputy chairman Datuk Seri Noh Omar also claimed that the TOLs were given to Yayasan Selangor to save the foundation from financial trouble."

Full story here ...

Read more...

Tuesday, June 7, 2011

Cik Adik ni maksudkan "...bongok ..." lah tu ...?

""Malangnya kerajaan Umno BN ketika itu, entahkan cuai atau mungkin begitu cetek ilmu telah mendesak pegawai kerajaan mengeluarkan TOL dan mengarahkan pengusaha tapak semaian berpindah ke tapak tersebut," kata Faekah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan "celupar" timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak prihatin dalam isu berkenaan.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan sebagai berkata, kerajaan negeri itu sepatutnya membela masalah penduduk berkenaan dengan memperbaharui TOL untuk mengusahakan tanah rizab Jabatan Bekalan Air itu.

"Beliau perlu ingat bahawa tapak semaian asal seluas 75.16 ekar dan dihuni oleh 50 pengusaha yang dipaksa pindah ke Sungai Buloh oleh kerajaan BN Selangor pada 1999. Tapak tersebut telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina sebuah hospital," kata Faekah."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

8 Tahun Tiduri Ipar ...?

"Manchester United star Ryan Giggs is at the centre of new tabloid revelations today after an alleged eight-year affair with his sister-in-law.

The News of the World reports that Giggs has been cheating on wife Stacey with Natasha, the 28-year-old wife of his brother Rhodri.

The tabloid claims Giggs spent the night with his estate agent sister-in-law as recently as April 9.

They claim the affair began in 2003 following a meeting at Manchester’s Sugar Lounge nightclub. Natasha was not seeing Rhodri at that time and Giggs was unmarried, although his then fiancée Stacey was pregnant with their first child at the time.

Later that year, Natasha is said to have started dating Rhodri, although she had allegedly continued to regularly meet Ryan for sex. Ryan stopped contacting her two months into her relationship with his brother and they did not see each other for a year.

The affair apparently resumed in the autumn of 2004 after Giggs had allegedly been kicked out of the family home.

Rhodri and Natasha got engaged in 2005 and the couple were soon expecting. But the NotW claims Ryan slept with a pregnant Natasha at a charity golf tournament in 2006."

More here ...

Read more...

Kaaahhhhh, kah kah ... Mufti Jual Satey ...?

"KUALA LUMPUR, 7 Jun — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mahu PAS segera mengadakan jawatankuasa pemandu bagi menggubal konsep negara kebajikan yang digariskan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar parti itu Jumaat lalu.

Tokoh agama negeri utara Semenanjung ini berkata, butiran terperinci perlu bagi kebanyakan pihak khususnya mereka atas pagar dan profesional Muslim dan bukan Muslim menilai agenda PAS.

“Jawatankuasa ini perlu terdiri daripada profesional, ulama bebas, ahli politik terulung dan negarawan dan perlu bersidang dan keluarkan segera pelan rangka.

“Ini penting agar mereka di atas pagar, mereka yang tidak memihak mana-mana parti, profesional Muslim dan bukan Muslim boleh tertarik dengan agenda PAS,” katanya dalam kenyataan SMS mengenai agenda negara berkebajikan yang diketengahkan oleh Hadi Jumaat lalu.

Juanda (gambar) berkata ruang demokrasi yang ada mesti dijadikan ruang terbaik untuk menyuburkan keadilan, kesejahteraan, keselamatan untuk semua."

Seterusnya di sini ...

Read more...

1 Julai 2011, Gaji Naik ...?

"KUALA LUMPUR: In an unprecedented move, Sime Darby Plantation Sdn Bhd (SDP) has increased the salaries of 37,000 of its estate and mill workers throughout the country, with each of them expected to earn an extra RM200 in basic salary effective July 1.

SDP has allocated between RM120 million and RM130 million per annum for this purpose including the increase in EPF and SOCSO contribution, said Sime Darby’s President and Group Chief Executive, Mohd Bakke Salleh at a press conference here today to announce the initiative.

With the new salary scheme in place, a rubber tapper to a clerk, including auxiliary police personnel, employed in the estates and mills will enjoy a basic salary of between RM1,050 and RM1,100 per month."

More here ...

Read more...

Monday, June 6, 2011

IniKah Gambar Bakal Menantu Najib-Rosmah ...?

IniKah Gambar Bakal Menantu Najib-Rosmah ...?

Seterusnya di sini ...

Read more...

Video Seks Rujukan Utama ...?

"KUALA LUMPUR, 6 Jun — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu belajar dengan ulama atau bertanya mufti sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai PAS kononnya ia sudah menggadai prinsip Islam, kata timbalan presiden baru Mohamad Sabu.

Sehubungan itu tegas beluau, dakwaan Muhyiddin yang mengatakan PAS sudah mengorbankan prinsip Islam kerana kepentingan politik adalah tidak berasas sama sekali.

“Muhyiddin perlu belajar dengan ulama atau berbincang dengan mufti sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

“Dia tak boleh kata kita begitu kerana kepimpinan kita adalah ulama yang berwibawa yang merujuk kepada al-Quran dan Hadis,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin (gambar) semalam bahawa PAS sudah mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim."

Seterusnya di sini ...

Read more...

Gambar Lucah dalam buku Yaasiin ...?

"Kepala Batas - Hampir 100 jemaah Masjid At-Takwa, Taman Bertam Indah di sini yang bersiap memulakan majlis bacaan surah Yasin malam semalam terkejut apabila mendapati 21 naskhah surah berkenaan mengandungi gambar lucah.

Gambar itu dilekatkan sekeping di halaman berlainan 21 naskhah surah berkenaan.

Setiausaha qariah masjid berkenaan, Abdul Rahman Abdullah berkata, gambar lucah dilekatkan dengan kemas.

“Selain ukuran sama besar, gambar itu dilekatkan menggunakan pelekat dua hala.

“Ini menunjukkan pelakunya mempunyai perancangan rapi dari segi masa untuk melekatkannya di dalam naskhah surah berkenaan,” katanya."

Seterusnya di sini ...

Read more...

Sunday, June 5, 2011

Macam pernah nampak Muka Dia ni ...?

Macam pernah nampak Muka Dia ni ...?
Oooooo, di sini ...

Read more...

Eloklah ... Tunjukkan Jahil-Murakkab tu ...?

""Saya percaya tidak mustahil satu hari nanti PAS akan kata negara Islam sudah tidak relevan lagi mungkin mereka (PAS) akan kata Malaysia perlu jadi negara sekular dengan mengeluarkan macam-macam fatwa," kata anggota Majlis Tertinggi Umno itu kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Bahagian Segambut di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata PAS kini dilihat akan ikut apa yang diperkatakan DAP.

"Rakyat kini sudah boleh menilai PAS berjuang bukan kerana Allah tetapi PAS berjuang untuk menumbangkan Umno dan BN. PAS akan mengeluarkan fatwa-fatwa baru bagi menyakinkan rakyat untuk menolak BN dan ini apa yang sedang mereka (PAS) lakukan," katanya." Dipetik dari sini ...

Pemimpim UMNO patut belajar di sini ...

Read more...

World News

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP