Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, June 4, 2011

Mat Sabu sah timbalan presiden baru PAS

"Barisan kepemimpinan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum semakin lengkap dengan pengumuman kemenangan mantan naib presiden, Mohamad Sabu ke jawatan timbalan presiden.

Pemimpin akar umbi popular itu meraih 420 undi bagi mengalahkan penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).

Pemilihan Mohamad yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS dalam pilihan raya umum.

Bagi barisan naib presidennya pula, perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua orang ahli parlimennya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Salahuddin meraih 753undi manakala Mahfuz pula mendapat 616undi.

Bagi melengkapi pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Friday, June 3, 2011

Tak lucah lah gambar ni ...?

Tanda pangkah dan tanda betul ...?
Yang sudah di ...? Dan yang belum di ...?

Ada makna tu ...?

Read more...

Wow...? Ketua Wanita pun ada ...?

"SHAH ALAM, 2 Jun: Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mencadangkan muslimat lebih kerap mengadakan program penerangan di kawasan luar bandar.

Ketuanya, Kumutha Dewi A/P Raman (gambar) berkata, masih ramai penduduk kapung yang tidak memahami perjalanan sistem pentadbiran di negara ini termasuk mengenai sistem pilihan raya dalam negara.

"Setakat yang saya jumpa orang kapung, masih ada yang tk faham apa itu demokrasi berparlimen. Bagaimana perjalanan Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

"PAS kena memberikan penerangan mengenai perkara ini," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat ke-51 di Dewan Banquet, Bangunan SUK, dekat sini hari ini.

Beliau turut memuji kelancaran perjalanan muktamar kali ini yang disifatkan "lebih baik" daripada tahun-tahun lalu.

"Saya perhatikan muktamar kali ini lebih lancar berbanding tahun lalu dan para perwakilan berbahas dengan bagus dan matang," katanya yang pernah menjadi calon PAS pada pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaluddin menyambut baik ucap tama ketua DMPP, Nuridah Salleh mengenai persiapan muslimat untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Thursday, June 2, 2011

Sikap Luhur atau Tanda Nak Lingkup ...?

"Pengerusi Jawatankiasa Pemilihan PAS, Datuk Halim Abdul Rahman berkata, sikap yang ditunjukkan oleh para pemimpin Dewan Ulama itu cukup menyenangkan jawatankuasa pemillihan dan merupakan satu catatan sejarah bagi PAS dan umat Islam.

Menurut beliau,keputusan menang tanpa berrtanding bagi kesemua jawatan dalam Dewan Ulama berlaku setelah terdapat calon-calon yang dicalonkan dan layak bertanding bagi sesetengah jawatan dalam dewan itu menarik diri dari pertandingan.

Katanya, dengan itu, kesemua jawatan dalam Dewan Ulama PAS Pusat bagi sessi 2011-2013 menang tanpa bertanding yang meliputi jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerudi Tetap, Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, AJK dan pemeriksa kira-kira.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para pemimpin Dewan Ulama kerana mengambil sikap luhur tanpa sebarang pertandingan. Ini merupakan sejarah bagi PAS dan umat Islam keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan secara rasmi satu catatan sejarah kemenangan tanpa bertanding kesemua jawatan dalam Dewan Ulama PAS Pusat bagi sessi 2011-2013 pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke-50 di Kolej Universditi Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat sekitar jam 2.30 petang ini, sebaik sahaja perwakilan Dewan Ulama PAS Melaka menyampaikan ucapannya bagi membahas ucap utama Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang diwakili oleh Timbalannya, Datuk Ahmad Yaakub.

Selepas pengumuman itu, perbahasan diteruskan oleh Perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Pulau Pinang."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Ewaahhh, tepat seperti yang diramal ...?

Ewaahhh, tepat seperti yang diramal ...?
Tahniah. Mabruuk ...!!!

Read more...

Wednesday, June 1, 2011

Gambar Muslimat Idaman ...? Sensitif oooooo ...?

Sumber dan cerita di sini ...

Read more...

Tuesday, May 31, 2011

Maaf, Gambar Ngeri ...?

Sumber dan cerita di sini ...

Read more...

Boleh tahan ker awek ni ...?

Read more...

Sssshhhhh, Cemas ....?

"KUALA LUMPUR, 30 Mei: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru belia agar mempertahankan Putrajaya di Himpunan Sejuta Belia, kelmarin membuktikan Umno BN cemas dengan kemaraan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Umno BN berada dalam keadaan terdesak apabila kali kedua mengeluarkan seruan agar mempertahankan Putrajaya.

Kali pertama Najib membuat seruan tersebut dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno Oktober lalu.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib yang juga presiden Umno.

Nasrudin berkata, seruan kepada belia itu menunjukkan Pakatan Rakyat mempunyai pelaung yang cerah untuk menawan Putrajaya.

"Kenyataan itu jelas menunjukkan mereka (Umno BN) benar-benar tersepit dan terdesak dan apa yang paling peenting, kemaraan Pakatan Rakyat jelas memberi kesan kepada mereka.

"Apabila Perdana Menteri sendiri mengeluarkan amanah sedemikian kepada belia yang hadir, beliau sudah merasakan bahawa kedudukan Putrajaya terancam dan membuktikan peluang Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya semakin cerah," kata belia ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas mengenai himpunan itu pula, Nasrudin berkata, anak muda sekarang sudah celik maklumat dan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis kerajaan sedangkan isu sebenar seperti peningkatan kadar pengangguran di kalangan belia cuba ditutup.

"Belia kini telah matang dan mempunyai infomasi yang lengkap. Sebagai "generasi Y" mereka rata-ratanya mesra cyber menyebabkan mereka mendapat maklumat kedua dan ketiga sebelum membuat keputusan dan penilaian

Oleh itu Umno BN tidak lagi mudah untuk memperdaya dan mempergula-gulakan mereka dengan pelbagai bentuk janji dan tawaran," katanya."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Monday, May 30, 2011

PAS ditawarkan tiga jawatan Menteri ...?

"Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Peserta terkejut

Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.

Sementara itu, sumber yang dekat Nik Aziz mengakui terdapat beberapa pertemuan, termasuk di rumahnya di Pulau Melaka diadakan sejak awal tahun ini

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memastikan butiran spesifik berhubung masa dan tarikh ia berlangsung.

Sejak timbulnya isu itu pada 2008, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang paling lantang menolak idea itu sehingga mendorong beliau mencadangkan diadakan Muktamar Khas bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu."

Dipetik dari sini ...

Read more...

Ikan Masih Hidup Setelah Dimasak ...?

Read more...

Sengit ker Senget ...?

"KUALA LUMPUR, 30 Mei — Seorang pemimpin veteran PAS mengakui ini kali pertama parti itu berhadapan dengan persaingan paling sengit bagi kesemua jawatan utamanya tetapi menasihatkan lebih 1,000 perwakilan agar tidak mengundi “secara emosional” dalam memberikan mandat baru hujung minggu ini.

Pengerusi Tetap PAS Abu Kassim Abdullah berkata, beliau secara peribadi merasakan sukar untuk membuat pilihan calon yang terbaik untuk mengisi kedudukan sama ada bagi jawatan timbalan presiden ataupun naib presiden.

“Ini pandangan peribadi saya... cakap banyak pun susah nanti, dulu sangat jelas, nak pilih tiada masalah. Sekarang nak pangkah mana satu, saya rasa sangat sukar, saya sendiri pun tidak tahu nak pangkah siapa.

“Saya rasa berbanding dengan pemilihan tahun 2009, ini adalah (pemilihan) yang paling sengit, tetapi lebih sengit daripada tahun-tahun lalu,” kata beliau yang memegang jawatan pengerusi tetap sejak 24 tahun lalu.

PAS, yang berusia enam dekad, mengadakan pemilihan dua tahun sekali sempena muktamar tahunan ke-57 di Gombak hujung minggu ini.

Mengulas lanjut mengenai soal “emosional” dalam menentukan undi, Abu Kassim dari Kedah yang menjadi pengerusi tetap sepanjang kepimpinan tiga presiden termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang berkata, perwakilan tidak seharusnya terpengaruh dengan kebolehan seseorang “bercakap” atau terpikat dengan “pemberian sesuatu” walaupun bentuk kempen parti itu masih jauh berbeza daripada Umno yang menjalankan kempen secara terbuka dan menggunakan jentera pemilihan yang besar."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

Sunday, May 29, 2011

Apa pelik Gambar ni ...?

Apa pelik Gambar ni ...?

Read more...

Kursus Menipu + Mencuri ...? Kaaahhhhh, kah kah ..

"KOTA BHARU, 28 Mei: Mungkin ramai masih ingat kejadian gangguan bekalan elektrik berlaku di seluruh negara pada 1996. Ada dakwaan ia sengaja dilakukan bagi mengizinkan kelahiran syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dan akhirnya membawa perletakan jawatan Ani.

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.

Petronas juga diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada IPP biar pun membeli mahal daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

Bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli mendakwa Petronas membeli satu barrel dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.

“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.

“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat sini malam tadi."

Sepenuhnya di sini ...

Read more...

World News

Homeopati

Homeopati
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP