Mengapa SPR berfikiran sempit
"KUALA LUMPUR, 21 Jan: “Mengapa SPR terlalu sempit cara berfikirnya?” tanya Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat (gambar).Beliau berkata, sepatutnya calon atau wakil calon diberi hak menentukan bahan kempen pilihan mereka.
“Jika calon atau wakil calon beranggapan bahawa lambang dan gambar pemimpin PAS, DAP, PKR sebagai bahan kempen mereka. SPR sepatutnya menghormatii hak kebebasan ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Ini, katanya kerana perkara 24B(4) tidak meletakkan syarat hanya parti bertanding sahaja boleh meletakkan lambang dan gambar pemimpin mereka."
Sepenuhnya di sini.




