Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, December 25, 2010

Harus Sana Sini ...? Kah, kah kaahhh ...?

Harus Sana Sini ...? Kah, kah kaahhh ...?
Di sini.

Read more...

Thursday, December 23, 2010

Gambar Politik Malam Jumaat 23 Dis. 2010

Cis ... Penipu ...?
Tak ada hati perut ...?
BuatNanya ...?

Read more...

Merayu-rayu ...? Kah, kah kaahhh ...?

Merayu-rayu ...? Kah, kah kaahhh ...?
Di sini.

Read more...

Wednesday, December 22, 2010

Gambar terindah ...?

Beginikah bangunan yang akan didirikan oleh Najib BN ...?
Kah, kah kaahhh ...?

Read more...

Syiah: Keliru fatwa Jakim

Nama saya Abu Bakar Bin Abdullah. Saya tinggal di Shah Alam, Selangor. Saya ingin komen mengenai tangkapan kira-kira 200 pengikut syiah yang heboh dilaporkan dalam media tempatan baru-baru ini.

Sebagaimana masyarakat Melayu yang lain saya adalah pengikut setia Imam Syafie dan bermazhab Ahlussunah Wal Jamaah. Yang mengelirukan saya ialah sejak akhir-akhir ini pihak JAIS dan pelbagai pihak yang mewakili Kerajaan Malaysia kita telah membuat berbagai kenyataan tentang Mazhab Syiah.

Melalui internet saya telah membuat sedikit pembacaan yang mana saya dapati kebanyakkan penganut Syiah yang ada di serata dunia adalah berfahaman Imamiah Isna Asyariah atau mempercayai selepas Rasulullah mereka harus mentaati 12 orang Imam dari kalangan keluarga Nabi SAW bermula daripada Saidini Ali, Saidina Hassan, Saidina Hussain dan anak cucu Saidina Hussain sehinggalah Imam Mahdi iaitu Imam yang kedua belas.

Syiah Imamiah merupakan ikutan majoriti rakyat di negara-negara seperti Iran, Iraq, Azerbaijan, Bahrin, Negara Arab Emirate. Mereka juga ramai di Pakistan iaitu hampir 45 juta, di India hampir 50 juta, di Kuwait, Syria, Turki dan Lubnan juga mereka ramai walaupun tidak majoriti. Di negara-negara Arab seperti Mesir, Magribi, Tunisia, Algeria jumlah mereka semakin meningkat dan mendapat populariti. Di negara-negara Afrika juga begitu, malah di Nigeria jumlah mereka telah meningkat hampir 5 juta orang. Boleh dikatakan pengikut Syiah Imamiah ini di serata dunia jumlah mereka sekitar dalam lingkungan 300 juta hingga 450 juta orang daripada 1.2 billion penduduk Islam di serata dunia.

Yang menjadi kemusykilan dan kekeliruan saya adalah Fatwa Jakim yang telah menyenaraikan mereka sebagai ajaran sesat dan kenyataan ulama-ulama kita yang menyatakan bahawa mereka menghalalkan darah pengikut Ahlussunah, menunaikan Haji adalah tidak wajib bagi mereka, Jibrail tersilap menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad sepatutnya kepada Saidina Ali, perkahwinan syiah dan sunnah tidak sah dan akan melahirkan anak zina, syiah ada Quran lain dan berbagai-bagai lagi.

Ketika saya berada di Mekah untuk menunaikan Haji beberapa tahun yang lepas, saya sempat bertanya kepada jemaah Syiah Iran, Iraq dan Lubnan soalan-soalan ini kepada mereka tetapi mereka menafikan kesemuanya. Adakah mereka bertaqiyah atau kita yang jahil dan suka mendengar dari orang-orang lain tanpa membuat kajian terlebih dahulu tentang mazhab mereka? Saya juga sempat meminjam Quran yang dibawa oleh mereka ternyata langsung tidak ada beza dengan Quran Mushaf Uthmani yang dibaca oleh kita semua.

Yang lebih mengelirukan saya apabila saya melayari internet saya dapati ulama-ulama besar Ahlussunah Wal Jamaah seperti Dr Yussof Qardhawi, al Marhum Syeikh Tantawi bekas Rektor Universiti al Azhar, Mufti Mesir, Mufti Syria, Mufti Lubnan, Mufti Pakistan, Mufti Turki dan ramai lagi ulama-ulama Ahlussunah yang telah mengeluarkan Fatwa bahawa Syiah Imamiah adalah Islam sebagaimana mazhab-mazhab lain di dalam Mazhab Ahlussunah, tidak sesat kafir sebagaimana yang kita maklum atau sebagaimana yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Bukan niat saya untuk melawan atau mengingkari Majlis Fatwa Kebangsaan negara kita, cuma saya sebagai orang awam yang cetek Ilmu Islam ini menjadi keliru kerana ulama-ulama di luar negara yang terkenal alim dan mempunyai ilmu Islam yang tinggi dan luas seperti Dr Yussof Qardhawi, para ulama (seperti Sheikh Tantawi, Sheikh Syaltut, Sheikh Fahmi dan ramai lagi) dari Universiti Al-Azhar di Kaherah tidak pula memfatwakan Syiah Imamiah sebagai sesat, kafir dan menyeleweng tetapi ulama-ulama kita di dalam Majlis Fatwa pula adalah sebaliknya.

Yang lebih mengelirukan saya juga, ialah Kerajaan Arab Saudi sehingga sekarang masih membenarkan jemaah Syiah dari Iran, Iraq, Lubnan dan sebagainya untuk menunaikan Haji di Mekah walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan kita telah memfatwakan Syiah Imamiah sebagai sesat dan menyeleweng. Malah ada ulama kita yang mengkafirkan mereka dengan mengatakan bahawa perkahwinan antara orang syiah dan sunnah adalah tidak sah dan anak yang lahir pula adalah merupakan anak zina.

Atau adakah mungkin ulama-ulama kita lebih alim dari ulama-ulama di luar negara di atas dan lebih memahami Syiah dari mereka?

Saya juga keliru apabila mendapati di dalam internet ada Deklarasi Amman di Jordan (pada sekitar tahun 2005) oleh negara-negara yang menjadi ahli OIC dengan kehadiran lebih dari 500 delegasi dan alim-ulama dari serata dunia yang mengiktiraf 8 Mazhab Islam yang mana Syiah Imamiah juga diiktiraf sebagai mazhab Islam. Perjumpaan ini kemudiannya telah dilanjutkan di Jeddah, Arab Saudi yang mana pengiktirafan yang sama telah dibuat oleh kesemua negara-negara OIC. Malaysia juga sebagai ahli tetap negara-negara OIC telah juga mengiktiraf Syiah Imamiah sebagai Mazhab Islam. Pelik, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pula menfatwakan Syiah Imamiah sebagai sesat, menyeleweng dan kafir di bumi sendiri. Kenapa pula kita tidak mempertahankan sahaja atau menwar-warkan sahaja Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia kita mengenai Syiah Imamiah di peringkat OIC atau antarabangsa?? Kenapa perlu ada “double standard?” Atau ulama-ulama kita sendiri tidak yakin dengan fatwa kita sendiri di peringkat antarabangsa?Wallahu a’lam

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Disalin penuh dari sini.

Read more...

Tuesday, December 21, 2010

Gambar ini menceritakan ...?

Gambar ini menceritakan ...?
Kah, kah kaahhh ...?
Di sini.

Read more...

Sebak dadaku melihat akan gambar ini ...!!!

Sebak dadaku melihat gambar ini ...!!!
PakLah melawat TGNA di HUSM.
PakLah anak TG Ahmad Badawi.
PakLah cucu TG Pakcu Him.

Read more...

Monday, December 20, 2010

Maaf, untuk dewasa sahaja ...?

Woi... Rokok tu ...!!!
Apa lah depa ni ...?

Read more...

Negara Islam: Karpal tutup mulut Umno

"KUALA LUMPUR, 20 Dis: Penegasan Karpal Singh bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam, dilihat membuka satu episod baru, muafakat dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, biarpun duduk sebumbung dibawah payung Pakatan Rakyat, isu negara Islam antara yang dilihat masih menjadi tembok pemisah antara PAS-DAP.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pendirian terbaru Karpal itu ujarnya adalah satu kejayaan baru Pakatan Rakyat sekaligus meletakkan keakraban ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP kini pada tahap terbaik.

Ketika dihubungi Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS mengalu-alukan keterbukaan DAP itu dan melihat ianya satu perkembangan sangat positif dalam Pakatan Rakyat.

"Kita sangat alu-alukan kenyataan positif sebegini. Kesediaan untuk berbincang isu negara Islam ini adalah satu anjakan pemikiran besar oleh tokoh DAP itu," katanya.

Penegasan terbaru DAP itu juga katanya memperlihatkan komitmen sebenar Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Islam dan apa sahaja yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Ianya juga sekaligus menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat akan menjual Islam dan Melayu jika menguasai pemerintahan negara.

Beliau juga yakin, kenyataan Karpal itu akan menutup mulut Umno BN dari terus memanipulasi isu yang sejak dahulu membelengu PAS dan DAP itu, khususnya berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

"Dalam isu negara Islam ini, kita sebenarnya dikelirukan oleh permainan musuh-musuh kita.

"Namun keterbukaan Karpal menerima Islam sebagai agama rasmi, memperlihatkan satu komitmen bersungguh-sungguh DAP mempertahan Islam dan perlembagaan negara," katanya lagi.

Karpal yang juga Pengerusi kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas semalam berkata, beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

DAP katanya boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Karpal juga meletakkan keyakinan, isu tersebut boleh mencapai konsensus sekira satu perbincangan bersama diadakan.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim memaklumkan satu pertemuan antara pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu akan dibuat secepat mungkin bagi merealisasikan hasrat itu."

Disalin penuh dari sini.

Read more...

PRK Tenang: Wajah calon PAS ...?

Ramai yang mengatakan inilah
Wajah calon PAS bagi PRK Tenang ...?

Read more...

Sunday, December 19, 2010

Asri akan umum parti pilihannya ..........

"KEPALA BATAS, 19 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan membuat keputusan parti politik yang beliau hendak sokong apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.

“Pilihan raya umum pun belum dipanggil, dan apabila pilihan raya umum diadakan, saya akan menyatakan parti yang saya akan sokong nanti,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sisi Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Mohd Asri menghadiri majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan Dewan Millenium di sini dan dilihat menghabiskan masa sehingga tengah hari tadi mengikuti perjalanan konvensyen."

Sepenuhnya di sini ...!.

Read more...

Kah, kah kaahhh ... Kesiaannn ...?

Kah, kah kaahhh ... Kesiaannn ...?
Di sini ...!.

Read more...

Talibanisasi ke atas Syiah akan cetus keganasan

"Bekas mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau bimbang tindakan yang diambil kerajaan supaya menahan pengikut Syiah akan menimbulkan ketegangan dan unsur-unsur keganasan di dalam negara.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan yang berlaku susulan penahanan seramai 200 orang pengikut ajaran Syiah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Khamis lalu.

Dilaporkan, dua orang pemimpin kumpulan itu turut ditahan dalam serbuan tersebut di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves."

Sepenuhnya di sini ...!.

Read more...

World News

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP