Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, October 2, 2010

Badan Perhubungan UMNO SABAH DiBubar?

"Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Kunsul Nahul ketika menghubungi Sabahkini.net kesal kerana tindakan Shafie membelakangkan Badan Perhubungan UMNO Sabah dalam semua programnya termasuk di Lahad Datu mencerminkan ‘retak menanti belah semakin kelihatan’ di mata ahli UMNO.

Tegas Kunsul, beliau menafikan laporan bahawa 70,000 hadir di Majlis Rumah Terbuka Shafie di Padang Bandaran Lahad Datu kerana beliau yang hadir dan mendengar ucapan Shafie dalam jangka masa yang agak lama hanya menganggarkan tidak sampai 7,000 yang hadir dan bukannya 70,000 seperti yang digembar-gemburkan penyokong Shafie.

“Saya agak kesal kerana sebagai Naib Presiden UMNO yang kami sanjungi, sepatutnya Shafie berunding dan bekerjasama dengan Badan Perhubungan UMNO Sabah dan UMNO di semua bahagian di Sabah untuk apa juga program agar kelihatan lebih mantap dan mengukuhkan perpaduan, sekaligus menafikan khabar angin dua pemimpin UMNO (Musa dan Shafie) bermusuhan,” ujar Kunsul yang mahu melihat dua pemimpin ulung ini melupakan sengketa peribadi demi kesinambungan perjuangan UMNO Sabah."

Sedutan dari di sini.

Read more...

TPM fikir: Ku Li masih menyusu botol ...?

"Ku Li Nafi Terima Pelantikan Umno-BN, Tamparan Buat TPM

KUALA LUMPUR 1 OKT: Ketika pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) beriya-iya mencanang persetujuan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno-BN Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ahli Parlimen Gua Musang itu menafikannya.

Malah, sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan persetujuan Tengku Razaleigh menyandang jawatan itu, Timbalan Presiden Umno turut mencadangkan beliau sebagai calon DUN Galas.

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” katanya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Kenyataan ringkas itu adalah reaksi sulung Tengku Razaleigh yang kini berada di luar negara kerana melawat Queen's University di Belfast, Ireland, terhadap pelantikan kontroversi itu.

Rentetan paparan twitter itu, bekas Presiden Semangat 46 yang dijadual pulang 9 Oktober ini, mendapat reaksi pengikut twitter yang bertanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari.”

Tanpa memberi sebarang kata putus, Teng Razaleigh hanya berkata: "Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan.”"

Sumber di sini.

Read more...

Ibrahim PERKASA bertanding DUN Galas ...?

Ibrahim Ali bertanding DUN Galas ...?
Biar betul ...?

Berkaitan di sini.

Read more...

Friday, October 1, 2010

Gambar ni ...? Lucu ada, kesian pun ada ...

Sekali tengok, macam calon UMNO bagi DUN Galas.
Bila perhati lama sikit, macam UMNO-BN selepas PRU-13.
Lucu ada, kesian pun ada.
Kah kah kaahhh.

Di sini.

Read more...

Gambar Petang Jumaat ...

Gambar hiasan

My fathers are Mark and Philip ...
Eh, betul ke tu ...?
Betul atau salah, itu tak kesah ...?

Ramai orang di barat berbangga kerana
mempunyai dua atau lebih ayah atau bapa.
Mana tidaknya, ramai wanita di sana yang
bersuami dua atau lebih.
Di negara kita pun ada ...?

Read more...

Najib: Saya umpama 'pelanduk' pada PRU 99

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini secara tidak langsung menyalahkan pertelingkahan di antara perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dengan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saat paling gelap sepanjang 35 tahun kerjaya politiknya.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, Najib berkata kemerosotan mendadak majoriti kemenangannya di parlimen Pekan pada pilihan raya umum 1999 kepada hanya 241 undi adalah diibaratkan sebagai 'gajah bersama gajah berjuang, pelanduk mati tersepit'."

Sepenuhnya di sini.
Sumber lain di sini.

Read more...

7 bilik Hotel Angkasa akan dibina ...

7 bilik Hotel Angkasa akan dibina ...

Di sini.

Read more...

Lari kudaku lari ... Kudaku sudah reput ...

Lari kudaku lari ...
Kudaku sudah reput ...
Dia lari semput ...
Kah kah kaahhh ...?
Di sini.

Sumber gambar di sini.

Read more...

Biasa lah tuu ... Memang terkenal puunnn ...?

Biasa lah tuu ...
Memang terkenal puunnn ...?
Kat Malaysia ada juga ...?

Read more...

Thursday, September 30, 2010

Mais: Pemuda PAS mohon Sultan bertindak

"SHAH ALAM, 30 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor memohon perkenaan Sultan Sharafuddin Idris Shah agar mengambil tindakan setimpal ke atas Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa kerana telah terlibat dalam program yang mempunyai unsur politik kepartian pada 10 Julai lalu.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, program tersebut dinamakan Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Gotong Royong Perpaduan Bersepadu Felda Soeharto Hulu Selangor yang diadakan di masjid tersebut yang dihadiri Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan a/l P Panchanathan.

Katanya, tindakan Mohamad Adzib itu bercanggah dengan arahan yang dipaparkan di masjid-masjid di Negeri Selangor di mana arahan tersebut ditandatanganinya sendiri.

Di samping itu, tindakan itu menjejaskan imej Mais dalam mana pengerusinya sendiri mengkhianati arahan tidak mempolitikkan masjid yang telah dikeluarkan."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Serah isteri pada ...? Kes berat ni ...?

"Sharpshooter :- Jika kita tonton video tersebut, secara jelas dan terang zahid mat arip menuduh Azmin serahkan isterinya dan dirinya kepada Anwar untuk nafsu sex Anwar. Satu kenyataan yang cukup biadap dan tak beradab.

Azmin wajib saman saja malaun zahid ni yang mana dahulu merekalah yang bergantung pada "telur" Azmin meminta wang ehsan setiap bulan.

Chegu Bard pernah beritahu tentang zahid mat arip yang pernah menuduh Ghani Haron ada hubungan "luar biasa" dengan Isteri Ezam sewaktu senatak ezam dua tahun dalam penjara."

YouTube dan sepenuhnya di sini.

Read more...

Muhyiddin akan tanding jawatan Presiden UMNO ...?

"Potential Umno leadership tussle, says report
KUALA LUMPUR, Sept 30 — A possible head-to-head fight between Umno president Datuk Seri Najib Razak and his deputy for the top party post at the next Umno presidential election will be a source of political instability, a country report by the influential Economist Intelligence Unit said.

The report pointed out that Najib risks losing the presidency to his second-in-command Tan Sri Muhyiddin Yassin if Umno fails to make up lost ground in the Sarawak state election.

The state election has to be held by July 2011, and is widely seen as a bellwether for the next general election. The Umno presidential election is expected to take place after that, in late 2011 or early 2012.

“Under these circumstances, there will be even greater resistance to economic reforms, undermining the credibility of the prime minister, Najib Razak, and even placing his position as president of Umno (and thus his premiership) at risk,” the report said, adding that the most likely contender was Muhyiddin."

Read more here.

Read more...

Perlantikan Ayam Sabung ...?

Gambar Hiasan.

Perlantikan Ayam Sabung ...?
Tak patut, tak patuutttt ...?
Di sini dan Di sini.

Read more...

Samy Vellu umum tarikh letak jawatan

"KUALA LUMPUR 30 SEPT: Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Presiden MIC pada Januari, 2011 dan akan menyerahkan tugas kepada timbalan beliau, Datuk G. Palanivel, lapor Bernama.

"Secara rasmi, saya membuat keputusan meletak jawatan dan menyerahkan teraju parti kepada timbalan saya mulai Januari tahun depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC di sini.

Samy Vellu menjadi Presiden MIC sejak 1979, selama 11 penggal berturut-turut.

Beliau adalah ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang paling lama menjadi ahli Kabinet sebelum tewas pada pilihan raya umum 2008."

Sumber di sini.

Read more...

1,000 Peneroka Bakal Saman Felda Lagi Isu KPG

"SHAH ALAM 30 Sept - Seramai 1,000 peneroka Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh daerah Jengka, Pahang dijangka akan memfailkan saman berhubung harga Kadar Perahan Gred (KPG) yang didakwa rendah daripada harga pasaran sebenar.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN Suhaimi Said ketika dihubungi Suara Keadilan berkata satu perjumpaan akan diadakan pada 3 Oktober depan bagi memberikan penerangan kepada peneroka seterusnya memfailkan saman terhadap agensi tersebut.

"Kita akan memfailkan saman bagi pihak peneroka, kerana mereka ini telah dianiaya dan ditipu apabila hanya diberikan antara 18 hingga 20 peratus KPG sedangkan ikut pasaran adalah 26 peratus.

"Memandangkan di kawasan Jengka ini mempunyai banyak kilang dan kadar perahannya pula berbeza antara satu sama yang lain, jadi kita akan kumpulkan peneroka mengikut kilang yang ada di sini," kata beliau."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Siapa yang anak haram ni ...?

"‘DNA’ pemimpin Umno: Ibrahim mahu dedah tapi
tidak mahu ditekan"
Di sini.

"Dalam amalan hamba, sesiapa yang tak nampak bayang-bayang dalam geluk jampi ni dia anak di luar nikah."
Pak Belalang.
Kah kah kaahhh ...

Read more...

Wednesday, September 29, 2010

Ehem. Pernah tidur bersama, tak kan tak tahu ...

"Bekas isteri yakin ADUN Melor miliki harta lebih RM3 juta

KOTA BARU, 29 Sept — Bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yakin wakil rakyat tersebut mempunyai harta berjumlah lebih RM3 juta.

Siti Aishah Chou Abdullah, 26, wanita berketurunan Cina Kemboja memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baru semalam bahawa keyakinannya itu berdasarkan apa yang pernah diceritakan oleh Wan Ismail sepanjang mereka hidup sebagai suami isteri.

“‘Defendan (Wan Ismail) memberitahu beliau memiliki banyak harta termasuk tanah, projek-projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya, namun dia tidak tunjukkan sebarang dokumen berkaitan kepada saya,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Dia menyatakan demikian pada perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan ke atas bekas suaminya itu. Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Abdullah Man.

Bagaimanapun ketika menjawab soalan peguam syarie defendan, Mohd. Raziman Yaakub, Siti Aishah mengaku dia tidak mempunyai dokumen untuk membuktikan dakwaan pemilikan harta termasuk simpanan saham amanah dalam Public Mutual Berhad.

“Saya tidak pernah ditunjukkan sebarang dokumen berkaitan tetapi saya percaya dengan ceritanya kerana memberitahu hal yang sama lebih daripada sekali.

“Defendan juga pernah memaklumkan kepada saya, kebanyakan harta yang dimilikinya bukan atas namanya kerana beliau seorang wakil rakyat,” katanya.

Plaintif juga memaklumkan bekas suaminya itu tidak pernah menawarkan sebarang sagu hati selepas dia mengemukakan tuntutan mutaah."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Laporan dari Neraka ...? Kah kah kaahhh ...

"PERBEZAAN ANTARA NERAKA
Kiriman : BENDRU SULIM

SEORANG warga Malaysia telah meninggal dunia dan oleh kerana ia melakukan banyak dosa maka ia dikirim ke neraka. Apabila tiba di sana, ia mendapati neraka itu berbeza-beza bagi setiap orang mengikut dengan negara asal masing-masing.

Pertama sekali ia menjenguk ke dalam neraka orang Inggeris dan bertanya kepada penghuni di situ, "bagaimanakah kalian dihukum di sini?"

Orang Inggeris menjawab, "Pertama sekali , kita disuruh duduk di atas kerusi elektrik selama satu jam. Lalu disuruh duduk di atas kerusi paku selama satu jam. Seterusnya akan disiram dengan petrol dan dibakar dengan api. Setelah itu, syaitan Inggeris muncul dan menyebat kita sehari suntuk."

Kerana berasa gerun, orang Malaysia menuju ke neraka lain. Ia lalu melihat bagaimanakah keadaan neraka Amerika, neraka Jepun, neraka Rusia dan banyak lagi. Orang Malaysia ini melihat hukuman di neraka bangsa-bangsa asing itu lebih kurang sama dengan neraka orang Inggeris.

Akhirnya ia tiba di neraka orang Malaysia sendiri dan melihat barisan yang panjang, terdiri dari orang berbagai-bagai negara, bukan orang Malaysia saja.

Dengan kebingungan, orang Malaysia ini pun bertanya kepada mereka yang masuk, "Apa yang akan dilakukan di sini?"

Lantas ada yang menjawab, "Pertama sekali, kita didudukkan di kerusi elektrik selama satu jam. Lalu disuruh duduk di atas kerusi paku selama satu jam. Kemudian disiram dengan petrol dan dibakar api. Lalu syaitan Malaysia akan muncul dan menyebat kita sepanjang sehari."

"Tapi, itu kan sama seperti dengan neraka negara-negara yang lain. Kenapa begitu banyak orang yang masuk di sini?" sergah orang Malaysia itu.

"Di sini perkhidmatannya sangat-sangat teruk. Kerusi elektriknya selalu tidak menyala, kerana bekalan elektrik sering terputus. Kerusi paku,hanya tinggal pakunya saja, kerana kerusinya sering menjadi rebutan para elit politik. petrolnya juga tidak ada kerana harganya naik melambung tinggi, malah di akhir tahun 2010 dikatakan akan naik lagi. Syaitan di sini adalah bekas ADUN dan MP, jadi dia cuma datang untuk tandatangan kehadiran dan terus pulang. Seronokkan?""

Sumber dari sini.

Read more...

Boleh percaya Berita Ini ...?

"PKR to kick out Zaid?
KUALA LUMPUR: PKR deputy presidential contender Zaid Ibrahim may end up being suspended or sacked from the party, according to a posting on the popular blog Haris Ibrahim.

Haris, blogging in his People’s Parliament, quoted “someone high up” in PKR, as saying:

“If Zaid cannot be persuaded to pull out after nominations are closed, they’ll find a way to disqualify Zaid from contesting.

“A charge of misconduct, money politics, or of bringing the party into disrepute will be trumped up, and Zaid will be either suspended or sacked.”

According to the blogger’s source, party supremo Anwar Ibrahim and Zaid's rival Azmin Ali would ensure that Azmin would win the deputy presidency uncontested.

“Both Anwar and Azmin realise that even if Azmin pulls off an impressive tally of nominations for the No.2 post, that in no way guarantees that the members’ vote will go the same way,” Haris quoted the PKR man as saying."

Read more here.

Read more...

Ku Li Sokong Pas ...?

"Sebaliknya, Harun yakin Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu akan menyokong calon Pas pada pilihan raya kecil DUN terbabit yang bakal diadakan tidak lama lagi.

"Kita yakin Tengku Razaleigh sendiri akan memberi sokongan kepada calon Pas pada pilihan raya kecil itu. Tengku Razaleigh orang bijak berpolitik.

Biasanya dia melihat suasana dan realiti," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Pas Terengganu, di sini hari ini.

Malah kata Harun, ramai veteran Umno di Kelantan menyokong Pas kerana sudah hilang keyakinan kepada Umno."

Sedutan dari sini.

Read more...

Isytihar Perang ...? Kah kah kaahhh ....

"PERKASA 'isytihar' perang terhadap Namewee

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini 'mengisytiharkan' perang terhadap penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi Namewee selepas album sulungnya dilancarkan semalam.

Ketua Wira NGO itu Arman Azha Abu Hanifah berkata, sebagai "panglima perang dan hulubalang Melayu" mereka akan sedia mengekori ke mana saja Namewee mengadakan siri jelajah dan persembahannya selepas ini.

"Kami sambut (siri jelajahnya) dengan tangan terbuka. Kalau dia buat konsert di dalam (dewan), kita akan 'berkonsert' di luar," katanya ketika diminta mengulas rancangan terbaru artis muda itu.

Sempena kelahiran album itu, Namewee selepas ini menjelajah seluruh negara sebagai rangka promosinya.

Terbaru esok di Kolej New Era, di Kajang yang dimiliki NGO pendidikan Cina yang berpengaruh Dong Zong."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Lagi Peneroka Felda Menang Kes Mahkamah

"KUANTAN 29 SEPT: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak memperoleh bayaran tanam semula RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkenaan.

Keputusan dibuat Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Marina, bagaimanapun memutuskan, bayaran itu mesti dibuat dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang ditetapkan Felda.

Mengikut Harakah Daily, seramai 10 peneroka Felda diwakili peguamm Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili Tetuan Abdullah Zainudian."

Sumber di sini.

Read more...

Mahasiswa Bakal Bawa Kemusnahan ...

"SHAH ALAM 29 Sept - Mahasiswa yang dicengkam dan ditindas oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 bakal memastikan Umno-Barisan Nasional tersungkur pada Pilihan raya Umum Ke-13 nanti.

Peguam kanan dan pakar Perlembagaan Dr Samarudin Rejab berkata mahasiswa yang ditekan dan ditindas dengan akta tersebut akan bangkit menentang sebagaimana sebelum Auku diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengekang kekuatan mahasiswa.

Katanya, Auku digunapakai oleh Umno-BN bagi memastikan pergerakan pelajar dapat dikekang dalam usaha membonsaikan intelektual pemikiran golongan itu daripada menyampaikan buah fikiran yang kritikal.

Contohnya dalam kes 'UKM4' yang membabitkan empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia jurusan sains politik, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak rayuan mereka terhadap penggunaan Auku dalam pendakwaan ke atas mereka."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Namewee babi ... Namewee tak ada telur ...

""Namewee babi", "Namewee penakut", "Namewee tak ada telur", "Namewee pengkhianat" antara yang dilaungkan oleh anggota PERKASA yang berkumpul di luar. Kira-kira 30 anggota polis diketuai ASP Dang Wangi, Kathrik.W berada di tempat kejadian untuk mengawal situasi. Berbeza dengan demonstrasi yang lalu, polis hanya berunding dengan kedua-dua pihak sepanjang demonstrasi ini berlaku, tanpa menyuraikan peserta demonstrasi dengan kekerasan.

Selain mengibarkan bendera, dan gambar poster Namewee yang diubahsuai hidungnya menjadi hidung babi, PERKASA mengundang Namewee untuk berdialog, malah mendesak agar penganjur membatalkan dialog dalam dewan dengan segera, dan kedua-dua pihak iaitu Namewee dan penganjur harus meminta maaf."

Sedutan dari sini.

Read more...

Bandar Angkasawan di Selangor

"PKNS plans to set up Astronaut City in Bernam Jaya
KUALA LUMPUR: The Selangor Economic Development Corp (PKNS) plans to set up an "Astronaut City" in Bernam Jaya, Northern Selangor, says its Chief Executive Officer Omar Othman. "However, it is still in the preliminary stage. We are just talking about it. There is nothing concrete yet," he told Bernama here today.

Ohman said PKNS was organising an "Astronaut Congress" to be held at the Shah Alam Convention Centre on October 8. "We are trying to schedule a visit by the astronauts to our Selangor Science Park, which is also the Solar City to exchange ideas," he said after a visit by national astronaut Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor to PKNS's exhibition booth at the Global Finance Conference here today.

Themed, "Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia", the two-day conference, organised by the International Herald Tribune and the London Speakers Bureau, ended today."

Read more here.

Read more...

Tuesday, September 28, 2010

Jual Tubuh ...? Patutlah kaya ...?

"Nasir pada 2 Februari dulu dilaporkan mencemuh rakyat berbangsa Cina sebagai 'wanita jual tubuh', manakala kaum India dihina sebagai 'pengemis' di tanah air.

"Satu lagi kesalahan berulang, tidak cukup yang dilakukan oleh Datuk Nasir Safar, seorang pegawai khas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," ujarnya.

Baginya, slogan 1Malaysia yang dipopularkan oleh Najib, Presiden Umno merangkap Pengerusi BN sebelum ini sekadar untuk menutup wajah sebenar Umno.

"Mereka sebenarnya telah terlalu benci kepada orang Cina dan India dalam negara kita, cuma mereka cuba sembunyikan perasaan mereka itu di sebalik 1Malaysia.

"Itulah wajah sebenar mereka, mereka tidak pernah menghilangkan warna diri mereka yang sebenar," katanya."

Sedutan dari sini.

Read more...

Selangor Serambi Madinah ...?

"Universiti Madinah Minat Tubuh Kampus Di Selangor

SHAH ALAM 28 Sept - Dalam usaha kerajaan negeri Selangor pelaburan luar dalam sektor pendidikan di negeri ini, Universiti Madinah telah menunjukkan minat yang serius untuk membuka kampusnya di Lembah Beringin.

Sehubungan itu Exco Pelaburan, Industri dan Perdagangan, Teresa Kok mencadangkan universiti dan kolej yang menghadapi masalah kos operasi yang tinggi dan kesesakan jalan raya supaya membuka cawangan mereka di kawasan Lembah Beringin, Bukit Beruntung atau Bernam Jaya.

"Kerajaan negeri dalam perancangan untuk membangunkan kawasan ini sebagai bandar baharu dan sudah ada beberapa pelabur antarabangsa menunjukkan minat termasuk Universiti Madinah yang bercadang membuka kampusnya di Selangor.

“Kawasan ini masih belum membangun dan sudah tentu tiada masalah kesesakan jalan raya dan kos operasi rendah. Pelajar juga tidak dibebani dengan kos sewa rumah yang tinggi seperti di bandar-bandar besar,” kata beliau pada sesi dialog Pelan Induk Selangor 2011-2013 bersama sektor pendidikan di Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) di sini semalam.

Pada dialog itu juga Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri Selangor tidak mengabaikan kehendak dan keperluan pelabur sektor pendidikan di negeri ini dalam penggubalan dan pelaksanaan Pelan Induk Selangor 2011-2013 (Selangor Blueprint) yang bertujuan menjadikan Negeri Selangor lebih maju dan kompetitif."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Kesiaannn mereka ini ...?

"Sarawak Report: Tanah Iban pula ditipu.

Portal berita Sarawak Report mendakwa sebuah firma yang dikaitkan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud cuba membayar 'pampasan' RM4,000 - bagi mendapatkan keuntungan membalak yang bernilai lebih RM230 juta.

Tanah berukuran 3,305 hektar itu membabitkan 16 perkampungan Iban di di Kampung Ensika di mana penduduknya sejak beberapa generasi telah bercucuk tanam, menghuni, dan memburu. Mereka mendakwa tanah berkenaan telah digazetkan sebagai tanah hak warisan pribumi (native customary rights - NCR) sejak 1956.

Menurut Sarawak Report, kawasan yang terancam itu adalah kawasan berbukit bakau berhampiran Sebangan yang tidak dimasukkan sebagai kawasan 'pembangunan' kerana kedudukannya yang tinggi berbanding kawasan sekitar yang telah ditebang."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Kah, kah kaahhh ... Kah kaaahhhhh ...

"KUALA LUMPUR, 27 Sept — Datuk Seri Nazri Aziz, yang secara konsisten mengkritik Perkasa dan kepimpinannya, mencabar Datuk Ibrahim Ali, yang memberi amaran kepada tiga pemimpin kanan Umno termasuknya dirinya, supaya mendedahkan apa saja rahsia yang beliau dakwa ada sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini menegaskan, ugutan Ibrahim kelmarin sama sekali tidak membimbangkannya, sebaliknya tindakan wakil rakyat Bebas itu memperkuatkan beliau dalam menentang sikap “rasisme” yang dibawa oleh Perkasa.

“Saya mahu Ibrahim Ali mendedahkan apa saja rahsia yang beliau ada tentang diri saya. Saya mencabar beliau.

“Lebih baik beliau mendedahkan secepat mungkin kerana saya akan terus menyerang Perkasa dan saya akan terus melawan beliau,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider."

Sedutan dari sini.

Read more...

Monday, September 27, 2010

Terkini..! Usia baru dua tahun tapi dah jadi tuhan ...?

"Amaran Perkasa: Kami kekal NGO, tapi boleh tentukan nasib ahli politik
Oleh G Manimaran
September 27, 2010

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Pertubuhan bela hak Melayu Perkasa tetap akan kekal sebagai sebuah badan bukan kerajaan, tetapi memberi amaran mereka ada kuasa untuk menentukan masa depan seseorang ahli politik dan parti politik.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, pasti pertubuhan berusia dua tahun itu yang ditubuhkan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas tidak akan menjadi parti politik.

“Perkasa tidak akan menjadi sebuah parti politik. Itu yang pasti. Tapi Perkasa boleh menentukan kedudukan seseorang pemimpin politik,” kata beliau merujuk kepada kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Naziz Aziz kepada Awang Selamat petang semalam.

“Itu amaran Perkasa, tak payahlah Nazri menggesa Perkasa menjadi parti politik.

“Kami tahu apa kami lakukan. Kami ingin satukan orang Melayu. Kami tolak pemimpin Melayu yang memecahbelahkan orang Melayu,” kata Syed Hassan."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Inna lil-Lah ... Sah PRK DUN

"Adun Galas kembali ke rahmatullah
Wartawan Kita

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.

Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.

Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Aik ...? Tak kan nak ada PilihanRayaKecil ...?

"Berikut adalah kenyataan Kamarul Baharin dalam facebooknya:

"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin.""

Sedutan dari sini.

Read more...

Aik ...? Siapa berPeluk Erat lagi berEmosi ni ...?

Aik ...? Siapa berPeluk Erat lagi berimosi ni ...?

Sumber gambar di sini.

Read more...

Sunday, September 26, 2010

Alaaahhhhh, sayangnyer awek ni ....?

Alaaahhhhh, sayangnyer awek ni,
kalah dalam pemilihan di cabang sendiri ...?

Di sini.

Read more...

Terkini: Azmin Ali akan jadi MB Selangor ...? (Updated)

Sehingga petang ini, jumlah pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR adalah sebagai berikut:

Azmin Ali: 78 cabang.
Zaid Ibrahim: 29 cabang.
Mustaffa Kamil: 16 cabang.
Khalid Ibrahim: 4 cabang.
Tian Chua: 3 cabang.

Menurut sistem pengundian terbaru PKR dan jumlah pengundi dalam setiap cabang yang mencalonkan, Azmin Ali hampir pasti menjadi Timbalan Presiden PKR. Berikutnya, mungkin menjadi MB Selangor menggantikan MB Sekarang.

Read more...

Azmin Ali akan jadi MB Selangor ...?

Sehingga tengahari tadi, jumlah pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR adalah sebagai berikut:

Azmin Ali: 72 cabang.
Zaid Ibrahim: 27 cabang.
Mustaffa Kamil: 15 cabang.
Tian Chua: 3 cabang.

Menurut sistem pengundian terbaru PKR dan jumlah pengundi dalam setiap cabang yang mencalonkan, Azmin Ali hampir pasti menjadi Timbalan Presiden PKR. Berikutnya, mungkin menjadi MB Selangor menggantikan MB Sekarang.

Read more...

Perhati gambar ni ... Dah Tebiat ...?

Perhati gambar ni.
Dah Tebiat ...?
Kah kah kaahhh.

Serban jenama Perkasa.
Made in Pasir Mas.
Kah kah kaahhh. Kah kaaaahhhhh.

Di sini.

Read more...

World News

Homeopati

Homeopati
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP