Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, September 18, 2010

Hipokrit itu ialah Munafiq

Adapun antara tanda-tanda Munafiq:
1. Apabila bercakap, dia berbohong.
2. Apabila berjanji, dia tidak menunaikannya.
3. Apabila diamanahkan, dia berlaku curang.
(Maksud Hadits)

Isu semasa sini.

Read more...

Nik Aziz tak tolak ada ulama, wartawan upahan

"Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu wartawan dan ulama memainkan peranan yang seiring untuk menjamin keselamatan ummah di dunia dan akhirat.

Mursyidul Am PAS itu berkata tanggungjawab kedua-dua golongan ini adalah sama iaitu mengabdikan diri kepada Allah.

"Tinggal lagi, ulama menyampaikan dakwah melalui lisan manakala wartawan menyebarkan maklumat melalui mata pena.

"Oleh itu, mereka hendaklah bergerak seiring untuk kepentingan dan kesejahteraan ummah dunia dan akhirat," katanya berucap di majlis dialog Menteri Besar Kelantan dengan wartawan anjuran Urusetia Penerangan Negeri, di Kota Bharu, malam tadi."

Sepenuhnya sini.

Read more...

M Rajoli Meninggal Dunia, Dikebumi Hari ini

"KUALA LUMPUR, 18 SEPT: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam semalam akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Harun Salim Bachik berkata Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya."

Sepenuhnya sini.

Read more...

Semoga ustaz Kamal dapat Taufiq serta Hidayah...? Kah kah kaahhh ....

"Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soalnya.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu."

Sedutan dari sini.

Read more...

Friday, September 17, 2010

PR lancar Sekretariat Sabah

"KUALA LUMPUR, 17 Sept: Kerjasama dan komitmen antara PAS, PKR dan DAP akan memastikan Pakatan Rakyat dapat merampas Sabah dari Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata kesemua parti dalam kompenen pakatan rakyat itu telah memeterai perjanjian bersama untuk tujuan tersebut dengan menubuhkan Sekretariat Pakatan Rakyat Sabah baru-baru ini.

Selain Nasharuddin yang mewakili PAS, pelancaran sekretariat tersebut juga disempurnakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan slogan 'Selamatkan Sabah, Selamatkan Malaysia'.

Majlis pelancaran berlangsung sempena jamuan makan malam Pakatan Rakyat Sabah di Restoran Putera, Bukit Padang, Kota Kinabalu, Rabu lalu."

Sedutan dari sini.

Read more...

Musang jadi Ayam ...? Kambing jadi Serigala ...?

Suasana politik Malaysia memang hebat ...?
Ada Musang yang berbulu Ayam ...?
Ada Berudu yang jadi Katak ...?
Kah kah kaahhh ...!!!

TerNow ...?
Kambing jadi Serigala ...?
Di sini.

Read more...

Najib lantik dua ‘pakar’ media, ....?

"KUALA LUMPUR, 17 Sept — Dua wartawan veteran, Datuk Khalid Mohamed dan Abdul Jalil Abdul Hamid, yang pernah berkhidmat bersama Reuters, akan menyertai unit komunikasi Pejabat Perdana Menteri bulan depan untuk memperkukuhkan pasukan 1 Malaysia yang sebelum ini melibatkan firma perhubungan awam antarabangsa APCO Worldwide.

Datuk Seri Najib Razak juga memperkenalkan reka bentuk baru blog peribadinya www.1malaysia.com.my semalam sempena sambutan Hari Malaysia yang ditubuhkan dengan gandingan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963.

Singapura keluar dua tahun kemudian."

Sedutan dari sini.

Read more...

Thursday, September 16, 2010

Ewaahhh, si Cun ni dengan si Macho tu ...! Geramnyeerrr ..?

Ewaahhh, si Cun ni dengan si Macho tu ...!
Geramnyeerrr ..?
Kah kah kaahhh ...!

Di sini.

Read more...

PERKASA Parahkan Lagi Retak Dalam Umno

"Arahannya cukup jelas - Umno harus menjarakkan diri dari Perkasa demi perpaduan Barisan Nasional dan lebih penting untuk mendapatkan semula keyakinan pengundi bukan Melayu, khususnya kaum Cina.

Namun arahan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja disanggah oleh pemimpin tertinggi parti secara terbuka, malah ditolak sendiri oleh Utusan Malaysia, akhbar kawalan parti itu.Adakah Najib menghadapi krisis kepimpinan dalam Umno? Adakah Najib kini ibarat nakhoda tanpa anak kapal?

Sekali imbas dipandang jelas isu Perkasa mendedahan kerapuhan kepemimpinan Najib sebagai teraju utama Umno.

Apabila arahan dan ketetapan Presiden boleh diperlekeh dan diremehkan oleh pemimpin lain, itu isyarat jelas beliau hilang kawalan ke atas partinya.

Hakikatnya ialah, pemimpin-pemimpin seperti Zahid Hamidi, Noh Omar dan Ahmad Maslan tidak merasakan perlu untuk mengendahkan haluan yang ditetapkan oleh Najib."

Sedutan dari sini.

Read more...

Gambar ni ...? Kah kah kaahhh berguling-guling ...?

Gambar ni ...?
Kah kah kaahhh berguling-guling ...?

Di sini.

Read more...

Wednesday, September 15, 2010

Gambar ini sebagai Bukti ...? Kah, kah kaahhh ...?

"Isu Perkasa: Ibrahim kecewa parti kaum Cina kuasai Umno."

Di sini.

Read more...

Isy, ish, isy, iiihhhh ... Kena Ramas juga ...?

"Ketika polis menahan keretanya, Arjunan berkata salah seorang daripada tujuh anggota polis tersebut telah memarahi beliau dengan mengatakan belau tersalah jalan dan menggunakan ungkapan 'India mabuk'.

"Seorang anggota polis kemudian mengetuk cermin tingkap kereta saya seolah-olah mahu memecahnya. Mereka kata polis mempunyai kuasa untuk periksa semua barang dalam kereta.

"Mereka juga menyeluk poket kami dan mengambil talipon bimbit dan membuat pemeriksaan badan sambil meramas alat sulit saya dan juga rakan-rakan saya," kata Arjunan dalam satu sidang akhbar disebuah restoran di Jalan Ipoh tengahari tadi."

Sedutan dari sini.

Read more...

Masalah 'Sangat Teruk', Faekah Tempelak Khir Toyo ...

"SHAH ALAM 15 SEPT: “Kalau dia (Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo) berminat pun, dia tidak akan dapat. Untuk kelihatan macho dan berlapang dada, dia katalah, dia tidak minat...”

Begitu jawapan sinis Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin apabila diminta mengulas laporan sebuah portal yang memaparkan kenyataan Khir Toyo kembali menerajui kerajaan negeri.

Pada temu bual dengan Malaysia Kini, Khir Toyo menyatakan tidak lagi berminat untuk kembali menjadi menteri besar Selangor, sebaliknya menyarankan supaya jawatan berkenaan diserah kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan BN, jika berjaya merampas semula negeri itu.

Khir Toyo memberi alasan, beliau tidak mahu mewarisi masalah-masalah yang berlaku di negeri itu selepas Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di Selangor.

Beliau melabel, masalah berkenaan “sangat teruk” dan tidak dapat dipulihkan dalam jangka masa singkat, katanya.

Namun, bagi Faekah, masalah ‘sangat teruk’ yang dinyatakan itu hanya tertuding kepada Khir Toyo sendiri tetapi dialih kepada Pakatan Rakyat yang baru dua tahun mentadbir bagi menutup kelemahan sendiri demi meraih sokongan politik."

Seterusnya sini.

Read more...

Elleh ... Berjabat tangan sambil ketawa lak ...?

Elleh ... Berjabat tangan sambil ketawa lak ...?
Kah, kah kaahhh ...!
Jangan mare heh ...!

Read more...

Tuesday, September 14, 2010

Kejutan yang tidak mengejutkan ... kah kah kaahhh?

"Kenyataan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mengaku akan membuat kejutan di dalam PRU nanti sebenarnya bukan satu kejutan. Terkejutkah kita jika raja katak Pasir Mas ini mengisytiharkan untuk menubuhkan parti baru?

Mungkin juga beliau akan keluar dari sarang di Pasir Mas dan berhijrah ke tempat lain yang beliau rasa kawasan itu boleh menyelamatkan beliau untuk kekal sebagai Ahli Parlimen?

Ke mana sekali pun raja katak ini berhijrah, ianya tidak mengubah pandangan orang terhadap Presiden Perkasa ini. Jika Umno sebuah parti yang kuat Melayunya pun menolak Perkasa yang dipimpin oleh Ibrahim Ali, bangsa atau kaum mana yang mahu percaya kepada perjuangan beliau?"

Sedutan dari sini.

Read more...

Anwar Enggan Terima Sebarang Pencalonan

"SHAH ALAM 14 Sept - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti.

Disamping itu beliau mengingatkan ahli yang menjadi calon bagi jawatan parti agar patuh kepada etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu daripadanya.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata KEADILAN telah memperkenalkan sistem pemilihan yang demokratik dan memberi ruang kepada setiap anggota menentukan calon pilihan mereka."

Seterusnya sini.

Read more...

Dihambur Ungkapan 'India Mabuk',........?

"KUALA LUMPUR 14 SEPT - Tujuh anggota polis lelaki didakwa mencabul kehormatan seorang anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak dan tiga lelaki lain, dalam satu sekatan jalan raya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, 7 September lalu.

Mendedahkan perkara itu, Arjunan pada sidang media hari ini, berkata, mereka ditahan polis dengan alasan "India selalu mabuk' sebelum pemeriksaan tubuh dilakukan ke atas mereka secara giliran.

"Ketika itulah, mereka mencabul dengan cara meramas kemaluan," katanya yang mengecam keras perbuatan berkenaan kerana menyalah guna kuasa dan semata-mata untuk memalukan mereka.

Mereka sudah membuat laporan di balai polis Bukit Sentosa."

Seterusnya sini.

Read more...

Sunday, September 12, 2010

Peneroka Felda dihalau, disingkir dua kali

"LAPORAN KHAS GEMAS: Menjengah ke tanah rancangan Felda Palong 9 pula, FMT menemui peneroka yang disingkirkan dua kali selepas dikatakan melanggar Surat Aku Janji Peneroka.

Che Hasyim Che Long,46, disingkirkan buat pertama kali pada Oktober 2000 kerana didakwa melanggar Seksyen 22 (1) GSA atas kesalahan tidak bermastautin bersama keluarga didalam tanah rancangan.

Namun Che Hasyim mempunyai alasan tersendiri kerana pada ketika itu, beliau mendakwa mengalami masalah keluarga apabila terpaksa membawa isterinya yang sakit berubat di Kelantan.

Sepanjang peninggalannya, beliau hanya menjengah ke Palong sebulan sekali dan kebun getah asal seluas 10 ekar bernombor Lot 7259 yang perlu diusahakannya tidak dijaga dengan baik."

Seterusnya sini.

Read more...

Hah ha ... PR nak tunggu apa lagi ...?

"BN Sarawak muktamadkan senarai calon pilihan raya negeri."

Di sini.

Read more...

Amaran Perkasa: Hanya 30 peratus ahli Umno akan undi BN PRU-13

"KUALA LUMPUR, 11 Sept — Pertubuhan hak orang Melayu Perkasa hari ini memberi amaran keras kepada Umno agar tidak selesa dengan asas sokongan diterimanya sekarang sambil mendakwa hanya tiga daripada 10 ahli parti itu akan mengundi mereka dalam pilihan raya umum ke-13.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata keahlian Umno yang dipercayai dalam lingkungan 3.4 juta orang sebenarnya tidak bermakna memandangkan hanya segelintir penyokong tegar yang akan mengundinya manakala yang lain akan dipengaruhi oleh isu-isu dan tindak tanduk parti-parti lain.

“Jangan menganggap bahawa (semua) ahli Umno akan mengundi Umno,” kata beliau pada sidang media di rumahnya di Taman Melawati di sini hari ini."

Seterusnya sini.

Read more...

World News

Homeopati

Homeopati
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP