Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, June 5, 2010

Beri lesen untuk halal judi ‘pendek akal’

"KUALA LUMPUR, 5 Jun: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menyifatkan mereka yang meluluskan lesen judi kerana mahu menyekat aktiviti 'judi haram' adalah golongan `pendek akal’.

Setiausahanya, Nahar Mohd Noor berkata, bukan caranya untuk ‘menghalalkan’ judi dengan mengeluarkan lesen judi.

Beliau berkata, jika demikian kemungkinan pelacuran dilesenkan untuk menghalalkannya.

“Orang pendek akal melakukan demikian,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada Pelancaran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di hadapan sebuah kompleks membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, petang ini."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Gambar dari Muzium Lucah ..... ?

Dalam sebuah Muzium Lucah ...?

Read more...

Satu lagi misi bantuan mencabar Israel

"Ketika Israel masih lagi berdepan dengan kecaman masyarakat antarabangsa kerana serangan ganas tenteranya terhadap konvoi kapal Freedom Flotilla yang hendak membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, kini Israel berdepan dengan satu lagi kapal – Rachel Corre - yang akan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang kini sedang menghampiri pantai Gaza.

Kapal yang mengibarkan bendera Ireland, adalah sebuah kapal dagang yang dibeli oleh para aktivis pro-Palestin dan dinamai menurut nama seorang sukarelawan Amerikayang terbunuh dirempuh oleh bulldozer Israel di Jalur Gaza pada 2003. Kapal itu berangkat dari Malta baru-baru ini, sebuah negara kepulauan di Eropah Selatan.

Perdana Menteri Ireland, Brian Cowen, mendesak Israel untuk membenarkan kapalnya menyampaikan bantuan ke Gaza. Kapal tersebut membawa 15 aktivis termasuk seorang pemenang Nobel Perdamaian dari Ireland Utara, Mairead Corrigan Maguire dan Denis Halliday, seorang mantan diplomat veteran Ireland ke PBB, dan beberapa warga negara Ireland lainnya. Turut serta empat orang sukarelawan Malaysia.

"Pemerintah Ireland secara rasmi meminta kerajaan Israel untuk membenarkan kapal milik Ireland masuk ke Gaza membawa bantuan kemanusiaan," kata Cowen Parlemen di Dublin. Sementara itu, Israel berkeras bahwa kapal manapun datang ke Jalur Gaza akan dilarang. Namun para aktivis tidak merasa gentar gentar. "Misi kami adalah untuk mematahkan sekatan Israel terhadap 1.5 juta penduduk Gaza dan ini tidak akan menjadi armada terakhir," kata jurucakap Free Gaza Movement Greta Berlin, di Cyprus."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Pakatan bawa isu pilihan raya ke peringkat global

"KUALA LUMPUR, 5 Jun — Pakatan Rakyat (PR) mahu meneruskan tekanan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih dengan membawanya ke peringkat antarabangsa susulan perkembangan ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat majlis presiden PR Selasa lalu.

“Mengambil kira apa yang perlu ketika pilihan raya kecil di Hulu Selangor dan Sibu, kami memutuskan untuk meneruskan tekanan di kedua-dua peringkat tempatan dan antarabangsa,” kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun mekanisme mengenai usaha meneruskan tekanan itu akan dibincangkan oleh jawatankuasa pilihan raya yang dianggotai oleh pengarah pilihan raya parti komponen PR.

“Butiran akan diputuskan oleh jawatankuasa, tetapi apa yang diputuskan ialah keperluan untuk meneruskan usaha menuntut agar pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini,” katanya.

Malah kata beliau, selain tuntutan petisyen yang dibuat oleh Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini, PR juga akan mengumpulkan maklumat terperinci untuk dibawa ke pengetahuan masyarakat antarabangsa.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu dicapai selaras dengan keputusan Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru minggu lalu."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Gambar: Kemalangan penyelamat Kemalangan

"Hasrat sepasukan enam anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Seremban untuk memadamkan kebakaran di sebuah taman perumahan terpaksa dilupakan selepas jentera yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah motosikal di persimpangan Jalan Rahang-Dusun Nyior dekat sini malam tadi. Menurut Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Negeri, Zakaria Amat yang ditemui di tempat kejadian, pasukan bomba itu sedang dalam perjalanan menuju ke Taman Merbuk selepas mendapat panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 9.30 malam. Bagaimanapun, ketika pasukan penyelamat itu tiba di lokasi kemalangan, sebuah motosikal secara tiba-tiba datang dari arah bertentangan lalu bertembung dengan jentera bomba yang dinaiki. Penunggang motosikal mati di tempat kejadian manakala rakannya yang membonceng motosikal turut mengalami kecederaan parah. - foto BERNAM"

Sumber di sini.

Read more...

Friday, June 4, 2010

3 didakwa beri keterangan palsu dalam kes rasuah Norza

"TEMERLOH, 4 Jun — Tiga lagi saksi dalam kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh memberi keterangan palsu ketika perbicaraan kes tersebut diMahkamah Sesyen Temerloh di sini.

Kontraktor, Mohammad Anuar Mohd Yunus, 43, guru sekolah, Jalaluddin Johan, 55, dan pembantu penerangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang, Mohd Sabri Aziz, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Bagi perbicaraan Jalaluddin, Ida Rahayu menetapkan 24 dan 24 Nov manakala perbicaraan Mohammad Anuar dan Mohd Sabri akan berjalan serentak pada 29 dan 30 Nov nanti.

Mengikut pertuduhan, Jalaluddin dan Mohd Sabri didakwa memberikan keterangan palsu semasa perbicaraan kes rasuah berkenaan di Mahkamah Sesyen Temerloh yang berlangsung pada 13 Mei lepas manakala Mohammad Anuar didakwa melakukan kesalahan yang sama pada 12 Mei lepas.

Keterangan mereka itu didakwa tidak selaras dengan kenyataan yang dibuat kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang pada 20, 21 dan 23 Jan tahun lepas.

Kesemua kenyataan dan keterangan mereka itu telah direkodkan di pejabat SPRM Pahang Cawangan Temerloh."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Pemujaan Najib: Katak dimasak dalam air panas

"Terdapat dua bacaan terhadap fenomena "Karisma Najib" dalam masyarakat Cina.

Pertama, "terkenal untuk 15 minit". Orang ramai suka tengok, bergambar dengan orang ternama, agar turut menjadi tumpuan. Jadi, apabila PM menjenguk ke rumah mereka buat kali pertama, ia semestinya sesuatu yang menggembirakan. Jikalau Ketua Menteri atau Menteri Besar PR juga datang bertanya khabar, maka persepsi positif terhadap Najib akan diimbangi, atau sekurang-kurangnya tidak ditukar menjadi undi.

Bacaan keduanya sebegini. Najib berjaya membina imej positif dirinya kerana harapan masyarakat Cina terhadap pimpinan UMNO terlalu rendah. Hanya dengan tidak mendendangkan perkauman Melayu, Najib berjaya mengkagumkan masyarakat Cina yang tidak menaruh harapan terhadap UMNO, meskipun propaganda "1Malaysia" itu memperlihatkan kecetekannya."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Hubungan Dengan Kapal Rachel Corrie Terputus

"KUALA LUMPUR: Hubungan dengan kapal MV Rachel Corrie yang meneruskan misi Flotila Pembebasan bagi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada masa ini terputus.

"Kami masih memantau keadaan itu dan sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan kapal berkenaan," kata jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kali terakhir mereka dapat berhubung dengan kapal Rachel Corrie serta keadaan sukarelawan dalam kapal itu pada masa ini.

Pada 30 Mei lepas tiga kapal dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) termasuk MV Rachel Corrie berlepas dari pelabuhan Malta untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke semenanjung Gaza."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

50 ribu sertai demo bantah Israel

"KUALA LUMPUR, 4 Jun: Lebih 50 ribu menyertai perarakan dari Kg. Baru ke Keduataan Amerika siang tadi bagi membantah kekejaman tentera Zionis Israel menyerang konvoi kemanusian antarabangsa ke Gaza awal minggu ini.

Himpunan anjuran Pakatan Rakyat bersama NGO itu diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Yah huuuuu, kita MERDEKA aaaaa.......?

Permit

Tauliah

Halal

Tuan Penasihat

Read more...

Maaf, lucah yang Tinggi Nilainya .....?

Gambar syiling zaman dulu ...?

Read more...

Thursday, June 3, 2010

Kah, kah, kaahhh. Dapurku .......?

Kah, kah, kaahhh.
Dapurku dapat rak (?) baru ....?

Read more...

Perhimpunan Kutuk Kekejaman Israel adalah HARAM

Perhimpunan Kutuk Kekejaman Israel besok,
selepas solat Jumaat, adalah HARAM. Itu maksudnya
di sini.

Ada apa-apa maksud lain ...?

Read more...

YB PAS jadi imam, YB UMNO jadi makmum ...?

"Dalam satu perkembangan yang lain Syed Sobri dilihat jinak dengan PAS. Dia dilaporkan bertemu secara sulit dengan pemimpin PAS. Beliau adalah satu-satu ADUN BN yang menyambut kedatangan Menteri Besar yang berkunjung ke daerah. Dia pernah dilihat bersolat jamaah berdua dengan Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria. Ustaz Nasir imam, dia makmun. Semua itu menjadi buah mulut rakyat Kedah.

Apabila tersebar khabar angin bahawa Syed Sobri akan masuk PAS ia menyempurnakan jalan cerita yang telah dimulakan. Dengan latarbelakang masalah peribadi yang dilaluinya, ramai yang lebih percaya bahawa ia cuma perang saraf atau ugutan untuk menakutkan Najib, berbanding keikhlasannya (jika) menyertai PAS.

“Saya tidak menolak kemungkinan tindakan mengejut Syed Sobri adalah satu gimik untuk memeras ugut kepimpinan Umno negeri untuk memenuhi permintaan dan hasrat peribadi beliau semata-mata,” kata Dato’ Rozai Shafian selaku Setiausaha BN Negeri Kedah. Pandangan Rozai diterima ramai, tetapi ditempelak habis-habisan oleh Syed Sobrie sambil mendedahkan segala kelemahan Rozai dalam memimpin Umno dan BN. Ia menimbulkan babak pertelagahan yang baru dalam Umno."

Cerita penuh di sini.

Read more...

Ooh, myy God ....?

Anda percaya cerita ini?.
Ooh, myy God ....?

Read more...

Mentaliti apa ni .....?

Apa dah jadi ...?

Read more...

Pertubuhan Pro-Israel Tertua Dunia Isytihar Anwar Musuh Israel

"Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International, yang menyifatkan diri mereka jagoan Yahudi sejagat, mengisytiharkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ancaman kepada kaum Yahudi.

Dalam gesaan rasmi badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, B'nai B'rith mendesak Washington D.C memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim kerana membangkitkan kebencian terhadap Israel dan Yahudi-Zionis.

Ditubuhkan pada 13 Oktober 1843, pertubuhan yang mempunyai 200,000 anggota dan penyokong di 50 buah negara antara gerakan yang paling aktif memperjuangkan kepentingan rejim Tel Aviv.

B'nai B'rith mengeluarkan kecaman terhadap Anwar Ibrahim dalam satu surat rasmi kepada John F Kerry, bertarikh 25 Mei lalu.

Pertubuhan ini melahirkan kebimbangan diatas kenyataan-kenyataan Anwar yang dikatakan anti-Israel semasa mendedahkan hubungan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan firma perunding Apco Worldwide 30 Mac lalu di Parlimen.

B'nai B'rith juga memandang serius ucapan Anwar yang mereka sifatkan anti-Israel semasa membongkar pencerobohan perisik rejim Tel Aviv di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Manusia seperti Anwar Ibrahim tidak sewajarnya diberi penghormatan yang sekarang ini diterimanya hasil dari hubungan baik dengan Amerika Syarikat," tegas Presiden B'nai B'rith Dennis W. Glick."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Wednesday, June 2, 2010

Siapa TerLondeh ni ....?

Siapa yang terlondeh ni?
Kenapa salahkan DSAI?

Read more...

Pertubuhan Yahudi mahu Amerika putuskan hubungan dengan Anwar

"KUALA LUMPUR, 2 Jun: Sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurut surat B’nai B’rith International’s, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.

Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif B’nai B’rith International’s itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.

Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat.

Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan propaganda anti-Sematic.

Anti-Sematic adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi untuk melebelkan pihak-pihak yang anti Yahudi atau Israel."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

PAS ziarah keluarga wartawan Awani

"ALOR SETAR, 2 Jun: Tiada khabar yang lebih menggembirakan seorang ibu selain mendengar sendiri suara anak tunggalnya yang diberitakan telah ditahan oleh rejim zionis Israel ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Demikian yang terjadi kepada Wan Mahfuzah Wan Jamil, ibu kepada wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, 26, yang ditahan bersama-sama dengan 12 rakyat Malaysia, Isnin lalu.

Wan Mafuzah ketika dikunjungi di rumahnya di Lorong Kampung Pisang, Jalan Kanchut, dekat sini dapat mendengar sendiri lintas langsung melalui siaran Astro Awani di mana Ashwad sedang melaporkan keadaan di sempadan Jordan yang mana rakyat Malaysia yang ditahan telah dibebaskan.

Kira-kira 15 minit selepas itu, Ashwad sendiri telah menelefon ibunya itu dan sempat berbual kira-kira lima minit bersama Wan Mahfuzah dan bapanya, Ismail Yaakub.

Wan Mafuzah dan Ismail mengucapkan syukur dengan keadaan anak mereka dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan.

Terdahulu, pimpinan PAS diketuai Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar menziarahi Wan Mafuzah dan Ismail di kediaman mereka dan mengadakan majlis bacaan Yaasin dan doa selamat."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Activists send new boats to challenge Israel's blockade

"Greta Berlin of the Free Gaza Movement said another cargo boat was off the coast of Italy en route to Gaza.

A second boat carrying about three dozen passengers is expected to join it. She said the two boats would arrive in the region late this week or early next week.

"This initiative is not going to stop," she said from the group's base in Cyprus.

"We think eventually Israel will get some kind of common sense. They're going to have to stop the blockade of Gaza, and one of the ways to do this is for us to continue to send the boats."

In other developments, Israeli ministers have agreed today to release all foreigners detained in the Gaza flotilla raid.

Those seized during the raid will be deported in accordance with Israeli law, a government spokesperson told Fox News.

The deportation will begin today and is expected to take up to 48 hours.

Meanwhile, Egyptian President Hosni Mubarak last night ordered the opening of the Rafah border crossing to allow humanitarian aid into the Gaza Strip."

Full story here.

Read more...

50 Aktivis Turki Dibebaskan Israel

"Kira-kira 50 aktivis Turki yang ditahan dalam serbuan tentera Israel ke atas kapal yang membawa masuk bantuan kemanusiaan ke Gaza, kelmarin mula dibebaskan dari penjara, hari ini.

"Kumpulan pertama terdiri 50 negara Turki sudah meninggalkan penjara Beersheva menggunakan bas ke Lapangan Terbang Ben Gurion, dekat Tel Aviv sebelum pulang ke tanah air mereka," kata pegawai kerajaan Israel. - AFPa"

Dipetik dari http://tvselangor.com/v2/news-section?t=3424

Read more...

Israel mula bebaskan sukarelawan konvoi ke Ghaza

Maklumat yang baru diterima, Israel mula membebaskan 100 sukarelawan konvoi ke Ghaza yang ditawan dua hari lepas, melalui Jordan hari ini; dan berjanji akan membebaskan
yang lain dalam masa 48 jam.

Menurut jurucakap Perdana Menteri Israel jumlah sukarelawan yang dimaksudkan ialah seramai 682 orang dari 35 buah negara yang kebanyakannya tiada hubungan diplomatik dengan Israel.

Read more...

Kes Konspirasi Kedua Ditangguh Kerana Mahkamah Silap Kunci

"Salah kunci, itu alasan yang diberikan oleh polis atas kegagalannya membuka sebuah kondominium untuk pemeriksaan mahkamah sebagaimana yang dikehendaki oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kondominium di Desa Damansara itu adalah penting untuk peguam Anwar membuktikan pertuduhan liwat terhadap beliau telah direka cipta sekali lagi dan tidak disokong dengan bukti.

Perbicaraan ditunda kepada Khamis dengan pendakwaraya menyoal pakar-pakar yang memeriksa pengadu Saiful Bukhari Azlan dan mendapati tidak ada bukti tusukan menunjukkan Saiful mangsa liwat.

Hakim Mohamad Zabidin Md Diah, pasukan pendakwaraya dan pasukan peguam bela melawat kondominium ini diiringi oleh polis.

Namun mereka terkejut apabila dimaklumkan oleh pasukan polis bahawa mereka tersalah membawa kunci.

Pemeriksaan unit berkenaan adalah penting untuk membuktikan Anwar sedang mempengerusikan sebuah mesyuarat di unit berkenaan ketika pengadu Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat di sebuah unit kondominium berasingan."

Seterusnya di sini.

Read more...

Kabinet Senator

"PETALING JAYA, 1 Jun: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyenaraian lebih banyak senator dalam kabinet baru seakan memberi gambaran bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

"Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kebanyakan ahli-ahli parlimen yang kanan di Dewan Rakyat mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru ini," jelas beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, Tropicana lewat petang tadi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mencadangkan Najib supaya mengadakan pilihan raya kecil dengan meletakkan para senator yang baru dilantik bertanding dan menjadi Ahli Parlimen bagi menggantikan segelintir ahli parlimen BN yang sedia ada.

"Elok Datuk Seri Najib adakan suatu pilihan raya kecil untuk memilih dari kalangan senator-senator terbabit menjadi ahli parlimen, ganti mana-mana ahli Parlimen BN yang dirasakan Najib tidak layak," ujar beliau yang juga Ketua Umum PKR.

Sebelum pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoal tindakan Najib melantik banyak senator untuk menganggotai kabinet baru beliau.

Dengan perlantikan tersebut, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, langsung tidak mencerminkan sebuah 'Kabinet Rakyat'."

Seterusnya di sini.

Read more...

Bla bla blur blum 2011 ...?

Bla bla blur blum 2011 ...?

Kah, kah, kaahhh ...!!!

Read more...

Tuesday, June 1, 2010

Massive sinkhole swallows city building

"A giant sinkhole larger than a street intersection has swallowed a three-storey building and a house in Guatemala, as residents reel from a storm that has killed at least 146 people across Central America.

In the north of Guatemala City, the giant sinkhole opened up in the wake of Tropical Storm Agatha, reportedly killing a security guard although local officials have not confirmed the death.

A similar hole opened up nearby last year and residents blamed the sinkhole on a poor sewage drainage system underground.

In towns outside the capital, people caked in dirt searched for their loved ones as the stench of mud and sewage from flooded drains filled the air and emergency workers urged survivors to leave ruined houses and go to shelters.

The first-named storm of the 2010 Pacific hurricane season, Agatha hit Guatemala on Saturday, dumping more than one metre of rain in the mountainous west of the country and in neighbouring El Salvador."

Read more here.

Read more...

Israeli military admits errors in raid approach

"Israel's military has acknowledged mistakes in the boarding of a Gaza-bound aid ship, including using the wrong intelligence, wrong equipment and wrong tactics.

But the Israeli military puts the blame for the deaths on the organisers of the aid flotilla, saying its soldiers were attacked by a lynch mob, some of whom were armed with clubs and knives.

Israel's storming of the pro-Palestinian aid ships left nine people dead and sparked an international outcry.

The United Nations Security Council met in an emergency session to discuss Israel's role in the incident, with most members of the 15-nation body calling for a thorough investigation.

Prime Minister Kevin Rudd has condemned the incident, and more than 1,000 people turned out to rallies across Australia's capital cities on Tuesday to protest against the flotilla attack.

Marine commandos involved in the attack pointed to a failure of intelligence."

Read more here.

Read more...

Tension Intensifies Between Israel and Turkey .......

"Israel's raid of an aid flotilla attempting to break Israel's blocade of Gaza has sparked international outrage, with Russia and the European Union condemning the use of violence and calling for an investigation. The attack has left 10 dead.

Today, Egypt temporarily reopened its border to allow the flow of aid to Gaza.

Israel and Egypt imposed the blockade in 2007, after Hamas violently seized the Gaza Strip.

The Israeli attack on the Turkish ship has further escalated tensions between those two countries. Turkey's prime minister called the flotilla attack a "bloody massacre," and Turkey has withdrawn its ambassador to Israel."

Visit here.

Read more...

Egypt opens Rafah crossing

"New York - Egypt opened the Rafah crossing point with the Gaza Strip on Tuesday following a wave of international outcry at an Israeli-led blockade of the Palestinian territory, officials in Egypt and Gaza told Reuters.

The Palestinian news agency Ma'an reported that the move was an order from Egypt's president, Hosni Mubarak.

The move follows an Israeli military raid on Monday on an international convoy of ships carrying aid to Gaza that left at least nine people dead.

The Rafah crossing is Gaza's only crossing point not fully controlled by Israel. Egypt has only opened the crossing sporadically since 2007 when Israel imposed a sweeping blockade on Gaza following Hamas' takeover of the territory. Egypt is at odds with Hamas, which is allied with the Egyptian opposition, the Muslim Brotherhood."

Visit here.

Read more...

Dua Beradik Juara Pembunuh Dunia

Adik, bernama Israel, telah membunuh lebih 20 dan menawan lebih 700 sukarelawan dalam konvoi kemanusiaan ke Ghaza.

Manakala abangnya, bernama Obama, telah membunuh pemimpin nombor tiga al-Qa'idah Mustafa Abu al-Yazid.
La'natuLLAHI 'alaihima!

Sumber di sini.

Read more...

Gambar Ketua DPP di Persidangan Istanbul


Sumber dan selanjutnya
di sini.

Read more...

Husam: Malaysia berdengkur dalam dakapan Apco

"Serangan Israel ke atas flotila kapal yang membawa bantuan kemanusian kepada rakyat Gaza yang dikepung terus dikecam pelbagai pihak.

Lewat malam semalam, exco Kelantan, Datuk Husam Musa membidas kekejaman Zionis itu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 sukarelawan kemanusiaan yang menuju Gaza terbunuh manakala puluhan lagi cedera.

Bagaimanapun, menurut Husam apa yang paling dikesalinya ialah sehingga jam sembilan malam semalam, semakan menerusi laman web Bernama, menunjukkan tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan Israel itu.

“Menteri Luar masuk tidur begitu awal? Kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang?

“Kita tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini? Kita tidak risaukan tentang keselamatan rakyat kita? Kita tidak marahkan Israel bertindak kejam dalam perairan antarabangsa menghalang bantuan kemanusiaan untuk ummat manusia yang sedang menunggu dunia membuka jendela mereka?” katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut Husam, pemimpin dunia lain termasuk tindakan Perdana Menteri Turki, Erdogan bertindak mengarahkan duta Israel di Ankara supaya berundur manakala tiga latihan ketenteraan dengan negara itu dibatalkan."

Seterusnya di sini.

Read more...

51 ahli UMNO masuk PAS; 17 UMNO masuk UMNO

TAMAN WIRA MERGONG, ALOR SETAR: Umno Bahagian Alor Setar menerima pukulan hebat apabila 51 ahlinya keluar parti untuk menyertai PAS. Majlis penyerahan borang kepada yang Dipertua PAS Kawasan Alor Setar yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr. Ismail Salleh diadakan di Mini Stadium Insaniah sempena majlis ceramah umum isu-isu semasa.

Selain dari 51 bekas ahli Umno, 23 borang ahli baru yang belum pernah menyertai mana-mana parti, turut diserahkan menjadikan jumlah keseluruhan ialah 74 orang.

Penyertaan mereka ke dalam PAS atas pelbagai sebab, namun kekecewaan terhadap ADUN Bakar Bata yang tidak pernah memperdulikan kebajikan rakyat sejak empat penggal menjadi wakil rakyat menjadi pendorong utama."

Selanjutnya di sini.

Read more...

Gaza convoy passengers offloaded at Ashdod; Al Jazeera crew attacked

"According to the Israeli daily Haaretz, Israel authorities incarcerated at least 32 of the activists who were aboard the flotilla, at least 16 of them for refusing to identify themselves.

Meanwhile, a crew from Al Jazeera reporting live from the port was forced to flee when right-wing Israeli protesters assaulted them. The network's Shireen Tadros said Bureau Chief Walid Al-Omari was "attacked by a mob" at the port, and the crew decided to leave out of concern for its safety."

Full report here.

Read more...

Aktivis konvoi Gaza dihantar ke penjara

"KUALA LUMPUR, 1 Jun: Polis Israel memaklumkan 16 aktivis pro-Palestin dari kapal-kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang pada awal pagi semalam telah dihantar ke penjara.

Laman web Haluan Palestin melaporkan, puluhan aktivis lain akan dihantar pulang ke negara asal.

Juru bicara polis Israel, Micky Rosenfeld berkata para aktivis dibawa ke darat dan dipenjara di gurun selatan bandar Bersyeba selepas enggan memberikan butir pengenalan diri.

Rejim Israel akan mengusir kira-kira 700 aktivis dalam armada tersebut tetapi mereka yang menolak untuk bekerjasama akan dipenjara.

Sekitar 80 aktivis telah dibawa ke pantai sehingga malam tadi."

Sumber di sini.

Read more...

Monday, May 31, 2010

Gambar Sukarelawan dalam Konvoi ke Ghaza

Seorang sukarelawan sedang solat.

Bawah: Beberapa sukarelawan yang cedera sedang
diusung ke hospital di utara Israel.

Read more...

Maaf, gambar Najis .....?

Haiwan ini buktikan tiada plastik dalam duburnya ...?

Read more...

700 peserta konvoi ke Ghaza ditawan Israel

Berita terkini dari sumber tertentu, semua bentuk perhubungan dengan peserta konvoi kemanusiaan ke Ghaza telah disekat oleh Israel. Lebih dari 700 peserta telah ditawan.

Bersamalah kita doakan keselamatan mereka.

Read more...

Karpal : Najib, Ezam Boleh Didakwa

"Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan Senator Ezam Md Noor boleh didakwa kerana tidak memfailkan laporan polis berhubung tuduhan Saiful Bukhari Azlan terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Peguam Karpal Singh berkata demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, semasa meneliti pengakuan Saiful menemui Najib, Ezam, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada masa itu, Rodwan Mohd Yusof dan rakan karib isteri PM, Mumtaz Jaafar, sebelum pemeriksaan hospital.

Ketika disoal peguambela, Saiful mendakwa beliau tidak tahu apakah individu terbabit memfailkan laporan polis terhadap Anwar Ibrahim.

Saiful juga mendakwa Ezam dan Mumtaz tidak mengalakkan beliau memfailkan laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Antara Pautan mengenai Konvoi ke Ghaza

Al-Jazeerah: English di sini.
Al-Arabiyah: Arabic di sini.
LiveStream: Turkish di sini.

Read more...

Israel deploys nuclear-armed submarines near Iran

"New York - The Times of London reported on Sunday that Israel has stationed three submarined armed with nuclear cruise missiles in the Persian Gulf off the coast of Iran.

According to the report, Israel sent the submarines as a deterrent, after Israel accused Iran's ally Syria of transferring Scud missiles to Hezbollah guerillas in Lebanon.

The German-built subs could also potentially land Mossad intelligence agents in Iran, the report states, citing unidentified Israeli officials.

In April Israel's President Shimon Peres, made this accusation regarding the Syrian missiles, but officials in Damascus and Beirut, including Lebanon's Western-backed prime minister, deny the charge.

Israeli military analyst Amos Harel, writing in the newspaper Haaretz, said Sunday's Times report and other recent reports were signs of "media-assisted psychological warfare" by Israel against Iran and its allies."

Read more di sini.

Read more...

Terkini: 16 konvoi ke Ghaza terbunuh

Maklumat terkini menyatakan konvoi ke Ghaza yang terbunuh ialah seramai 16 orang dan bukan 10 orang seperti dilapor sebelum ini.

Doakan yang lain semoga dilindungi Allah.

Read more...

Terkini: 10 konvoi ke Ghaza di bunuh Israel

Tentera Israel telah menyerang konvoi kemanusiaan ke Ghaza dan membunuh sekurang-kurangnya 10 peserta sebentar tadi. 30 lain cedera dan beberapa lagi dibawa ke hospital di Israel.

Sama-samalah kita doakan semoga mereka semua selamat.

Read more...

Konvoi Gaza diserang, 2 mati

"KUALA LUMPUR, 31 Mei: Mavi Marmara, Laut Tengah (10.30 pagi waktu Malaysia) Konvoi Freedom Flotilla diserang, menurut laporan televisyen di Turki, dua orang aktivis meninggal dunia, hampir 30 orang cedera.

Laman web Haluan Palestin yang memetik laporan dari live streaming IHH melaporkan bahawa dua orang yang telah meninggal dunia dan hampir 30 orang tercedera kerana serangan helikopter dari Israel.

Belum ada keterangan mengenai siapa yang terkorban dan yang tercederaa tersebut.

Serangan yang dilakukan Israel itu dilakukan saat kapal Mavi Marmara sedang berada di perairan antarabangsa.

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/"

Sumber di sini.

Read more...

Sunday, May 30, 2010

5,000 sertai GAS desak Samy Vellu berundur

"SERDANG, 30 Mei: Hampir 5,000 berkumpul di dalam Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines hari ini bagi menyertai perhimpunan gerakan anti Sammy Vellu (GAS).

Himpunan tersebut bagi meyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin nombor satu parti kaum India itu dan sebagai desakan agar Samy Vellu meletakkan jawatan.

Turut hadir pada perhimpunan itu pemimpin Vateran MIC, V Govindarajoo, bekas ahli jawatankuasa pusat MIC, KP Samy, bekas timbalan ketua Pemuda MIC V Mugilan serata bekas ahli jawatankuasa pusat, G Kumar.

Govindarajoo ketika ditemui media berkata, Samy Vellu perlu meletakkan jawatan serta merta kerana telah banyak mengkhianati negara dan masyarakat khususnya kaum India."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Robert Lau bawa Maggi mi ke Kota Bharu

"KOTA BHARU, 30 Mei: Salah maklumat adalah antara punca kekalahan calon BN di Sibu, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Bayangkan, sebulan sebelum dinamakan sebagai calon BN di Sibu, Robert Lau telah datang ke Kota Bharu dengan membawa banyak Maggi mi kerana bimbang tidak ada makanan di sini," kata Husam dalam majlis ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi.

Bagi beliau, apa yang dilakukan oleh calon BN ini adalah kedangkalan beliau tentang maklumat.

Husam berkata, Robert Lau datang ke Kota Bharu untuk memimpin pasukan Squash Sarawak bagi menyertai kejohanan squash di Kota Bharu.

"Sesampai beliau di lapangan terbang Kota Bharu, beliau telah dijemput oleh rakannya seorang Cina dari Sibu yang membuat projek hartanah di sini.

"Beliau telah dibawa makan ke merata tempat di sini dan beliau tentu sangat terkejut dengan apa yang beliau lalui di sini. Sebulan selepas itu, bayangkan beliau menjadi calon BN dalam keadaan beliau tertinggal banyak maklumat dan terkejut dengan maklumat sebenar," cerita Husam.

Di samping itu, Husam juga menceritakan, seorang makcik berbangsa Iban di Sibu juga menunjukkan keganjilan yang berlaku dalam pilihan raya itu.

"Makcik ini beritahu anaknya, dia mahu undi parti Nik Aziz dalam pilihan raya kecil Sibu. Anaknya beritahu, parti Nik Aziz tak bertanding di Sibu, hanya parti rakan Nik Aziz sahaja bertanding. Kalau gitu, aku nak undi parti rakan Nik Aziz," cerita Husam.

Bagi beliau cerita sebegini satu yang menarik dan bakal mencorak politik masa depan.

Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tidak ada pihak yang menjangka DAP boleh menang dalam pilihan raya Sibu kerana ia adalah kubu BN sejak sekian lama.

"Tetapi kalau Tuhan hendak BN tumbang, akan tumbanglah dia, DAP pun menang dan BN tidak boleh tahan lagi," kata Guan Eng.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas dan pemimpin PAS dan PKR yang membantu menjayakan calon DAP di Sibu."

Sumber di sini.

Read more...

EXPO Perdagangan Islam Jana Ekonomi Masyarakat Islam Selangor

"Selain tempat ibadat kepada umat Islam, masjid juga boleh dijadikan tempat mengimarah program berbentuk ekonomi.

Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif mengadakan EXPO Perdagangan Islam bertempat di Masjid Subang Airport yang julung kali diadakan.

Majlis dirasmikan oleh EXCO Hal Ehwal Islam,Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dato Hassan Ali.

Beliau berkata, program seperti ini akan diperhebatkan lagi dengan kerjasama antara jabatan negeri Selangor, pihak masjid serta badan-badan bukan kerajaan.

“sebagai EXCO agama, hal ehwal Islam, sentiasa menggalakkan supaya masjid-masjid, surau-surau dan institusi-institusi agama supaya dapat memikirkan, mengadakan program yang tidak hanya tertumpu kepada mengimarahkan masjid dalam konteks yang biasa, tapi pergi kepada program-program yang mencerminkan kehidupan seperti perniagaan” kata Hassan.

Lebih kurang 120 usahawan mengambil bahagian mempamerkan produk mereka yang berlangsung selama 3 hari bermula semalam.

Program ini adalah selaras dengan tema kerajaan negeri Selangor iaitu merakyatkan ekonomi dan program ini dapat membantu peniaga kecil yang mula berjinak-jinak dalam perniagaan."

Sumber di sini.

Read more...

Cis, ada sekor lagi katak .....?

Khabarnya, ada sekor lagi katak dalam cawan ....?
Bila nak lompat .....?
Atau katak patah kaki .....?
Cis, bedebah kau katak!!!!

Read more...

World News

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP