Doktor Peribadi Sultan Kelantan Pertikai Kewibawaan Panel Perubatan
Doktor peribadi Sultan Kelantan, Dr Amir Ramli yang mempertikaikan kewibawaan 10 pakar perubatan yang menggotai panel itu berkata, ini kerana pemeriksaan berkenaan dilakukan secara mengejut selepas beberapa insiden yang berlaku sejak Selasa lalu.
"Pemeriksaan yang dibuat secara mengejut itu tidak kena pada masanya ketika baginda masih berada dalam trauma.
"Dari segi etika memang tidak boleh buat laporan perubatan tanpa kerelaan dan keadaan pesakit yang tertekan, saya dapat tahu baginda tidak dapat rehat yang cukup sejak dua tiga hari lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Bermula semalam, panel terdiri 10 pakar perubatan dilantik Kerajaan Negeri Kelantan dengan perkenan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra buat pertama kali berpeluang melakukan pemeriksaan terhadap kesihatan Sultan Kelantan sejak dibawa pulang ke negeri ini pada 4 Mac lalu."
Sepenuhnya di sini.












