""Jika pun kamu beri kami tanah baru yang lebih besar, tapi apa gunanya? Di situ tak ada pokok, tak ada buah, semuanya baru. Kami terpaksa mulakan kehidupan yang baru. Kami akan mati kelaparan sebelum tanaman kami berbuah!"
Rimau Abo (gambar kiri) bukan anti-pembangunan, tetapi anti pembangunan ala-pembunuhan. Dengan tegas, ketua di Long Beku ini berkata, "(pembangunan) ini bukan untuk memajukan kami, ini untuk membunuh kami!"
Walaupun hanya mampu bertutur dalam bahasa ibundanya, tetapi Rimau Abo tidak jahil terhadap apa yang berlaku di luar dunianya. Sebaliknya, beliau sangat jelas, orang asli yang terpaksa dipindahkan kerana Empangan Bakun dan Empangan Murum, kini akan kehilangan peluang kerja, malah sumber makanan.
Kaum asli yang asalnya hidup berselerak ini bergantung kepada buah dan pokok dalam hutan. Namun, mereka terpaksa berpindah ke satu tempat yang dikumpulkan oleh kerajaan."
Seterusnya
di sini.
Read more...