Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, December 5, 2009

PAS dah sembuh. Persepsi mulai lebur.

Beberapa bulan lepas PAS dilanda Selsema Persepsi. "Persepsi" bukanlah aqidah dan bukan juga pegangan hidup. Ia bukan sesuatu yang tabi'iy dalam jiwa manusia. Kecuali, semua itu hanya untuk masa dulu-dulu, ketika purba dan zaman jahiliyah. Allah sebut hal-hal begitu dalam banyak ayat.

Lepas Seminar Khas Sehari, PAS yang disentuhi Selsema Persepsi mulai sembuh. Walaupun, mungkin, sorang-dua penyimpatinya terkorban. Kerana, PAS adalah parti yang kuat daya tahan. PAS bukan batang tubuh yang banyak mengandungi toksik. Malah, PAS tahu cara-cara menjaga kesihatan diri.

Lepas Eidil-Adha, rata-rata ada sahaja individu yang ingin atau menyertai PAS. Di Perak, umpamanya, sebuah cawangan dengan 30 ahli telah ditubuhkan. Cawangan-cawangan baru di tempat-tempat lain, khabarnya, akan menyusul.

Read more...

Friday, December 4, 2009

Tahun Kimat DiRamal

Hari ini sepanjang masa dalam Perpustakaan MayaKu. Sambil bekerja menambah bahan bacaan sempat juga belajar tafsir al-Qur^an.

Benarlah menggali al-Qur^an tidak akan selesai hingga sampai hari Kiamat. Justeru, tadi saya belajar ilmu huruf serta bilangannya. Menelaah kajian orang-orang terdahulu. Semasa belajar dan mutala'ah tadi, saya ketepikan isu-isu mazhab fiqah. Tumpu sepenuhnya pada ayat-ayat al-Qur^an.

Yang menarik ialah mengenai ramalan Tahun Kiamat. Ringkas kiraannya adalah sebagai berikut:

ق = 100
ن = 50
ص = 90
حم = 48
يس = 70
طه = 14
طس = 69
الم = 71
الر = 231
طسم = 109
عسق = 230
المص = 161
المر = 271
كهيعص = 195

1709 = Jumlah semua.

Maksudnya Tahun Kiamat ialah 1709 hijriah. Ditolak dengan 13 tahun Rasulullah di Makkah (sebelum hijrah), maka bakinya ialah 1696. Kesimpulannya: Tahun Kiamat yang diramalkan ialah pada atau dalam tahun 1696 Hijriah atau sekitar tahun 2267 Masihi.

Dari aspek masa, mungkin pada ulang tahun Maulidi r-Rasul, tarikh wafat baginda atau tarikh nuzuli l-Qur^an, bersamaan hari Juma'at di Kota Makkah.

Read more...

Politik Labu Si Batu Api

Bila baca berita "Tindakan pemimpin DAP pijak poster terus dikritik" saya teringat dengan secebis kertas yang diletakkan di hadapan P. Ramlee dan secebis lagi diletakkan di hadapan Mat Zain (Labu Dan Labi);
dan secebis diletakkan di hadapan P. Ramlee dan secebis lagi diletakkan di hadapan A.R. Tompel (Do Re Me).

Seolah-olah si pengkritik itu ialah si labu yang lemah dan si batu api yang memang nakal. Siapa Labu? Siapa Batu Api?

Read more...

Thursday, December 3, 2009

Kolonel Mat Memang Dikenali

Bila TGNA sebut Kolonel Mat, ada yang kata dia sengaja buat kiasan dan ada juga yang kata dia buat tuduhan tanpa asas. Malah ada juga yang kata, kenyataan itu diragui kesahihannya.

Golongan yang kata Kolonel Mat hanya kiasan ialah golongan yang faham politik dan golongan yang tahu siapa Kolonel Mat. Golongan matang lagi dewasa. Golongan yang tahu bahawa Kolonel Mat memang sudah lama ada. Kalau tak silap, dah ada sejak 18 tahun yang lalu.

Golongan yang kata itu tuduhan tanpa asas ialah golongan yang prasangka terhadap TGNA. Yang prasangka ini termasuk yang berada dalam saf kepimpinan. Golongan ini mahukan supaya TGNA nyatakan siapa sebenarnya. Golongan ini mahukan semua rahsia parti didedahkan. Golongan ini ibarat anak kecil yang minta bapanya dedahkan rahsia dalam bilik tidur bersama ibunya.

Read more...

Gambar Pelbagai Kematian?

Sumber gambar di sini

Read more...

Wednesday, December 2, 2009

Makkal Sakhti Mulai Huru-Hara

Makkal Sakhti ialah sebuah parti politik yang baru ditubuhkan beberapa bulan yang lalu dan didaftarkan dalam bulan Mei. Ia dilancarkan oleh PM dengan harapan supaya dapat meraihkan sokongan kaum India dan terus menggantikan MIC dalam BN.

Namun, sejak kira-kira dua bulan lepas kepimpinan parti tersebut mulai bertelagah antara satu sama lain. Antara puncanya dikatakan mengenai permohonan untuk menyertai BN dan masalah salahguna wang parti.

Kita tunggu dan lihat gelora Makkal Sakhti selanjutnya.

Read more...

Satu Cawangan, 30 Ahli Baru PAS

Walaupun sebok dengan sambutan hari kedua Eidil-Adha pada 28 November yang lalu, PAS Perak telah berjaya menubuhkan sebuah lagi cawangannya di Sg. Lesong, kawasan Tapah.

30 ahli baru PAS tersebut diketuai oleh Encik Idris. Mereka juga mengadakan majlis qurban dan ceramah umum pada sebelah malam.

Selanjutnya di sini.

Read more...

PAS Pusat - PAS Terengganu

Selama ini ahli-ahli PAS bersatu padu dan saling rasa bersaudara antara satu sama lain. Ahli PAS Selangor jumpa ahli PAS Kelantan cukup mesra. Mereka rasa macam adik-beradik. Begitu juga dengan ahli-ahli PAS negeri-negeri lain. Dalam PAS tak ada ahli kem si pulan dan ahli kem si anu.

Akhir-akhir ini, mula ada suara-suara kurang sedap didengar. Dah ada yang sebut ahli kem Hj Hadi dan ada ahli kem Nik Aziz. Ada PAS Ulamak dan ada PAS Profesional. Dah ada ahli pro-UG dan ahli anti-UG. Ada ahli PAS Tulin dan ada ahli PAS Payung Terjun. Malah, sudah ada yang sebut PAS Pusat dan PAS Terengganu. Ape dah jadi ni?

Read more...

Tuesday, December 1, 2009

TGNA ikut Sunnah Rasul

Suatu malam yang hening, tiga sahabat bujang sedang berehat. Sambil bersandar di kerusi malas mereka membaca buku sejarah Rasulullah dan para sahabat:

Bujang 1:
Aku hairan, kenapa TGNA berikrar tidak akan letak jawatan MB Kelantan. Kecuali, jika ahli dan parti PAS arahkan dia letak jawatan.

Bujang 2:
Aku tak setuju PAS arah letak jawatan. Rasulullah dan semua khulafa^u r-rashidun memimpin sampai akhir hayat. Kalau PAS arah letak jawatan, PAS langgar Sunnah. Tak kan TGNA nak ikut langgar Sunnah.

Bujang 3:
Itu persepsi ke?

Read more...

Demonstrasi Terbesar di Kota Bharu

Hari ini, sebelum ini, sengaja saya tidak menulis dalam blog ini. Selain dari sebok dalam blog baru saya juga menunggu berita dari Kota Bharu mengenai demo terbesar dan teramai dalam sejarah.

Lewat petang baru terima berita demo. Saya ragu berita itu. Akhirnya saya layari Harakah. Memang benar. Harakah menceritakan demo tersebut "Lebih 50 penyokong Umno berhimpun di hadapan pintu masuk ke Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan.

Desakan itu dibuat ekoran kenyataan Menteri Besar yang mahu mendoakan supaya Datuk Seri najib dibuka pintu hati dan mengembalikan royalti kepada rakyat Kelantan, namun sekiranya masih enggan dipohon dikenakan bala kepadanya."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Blog Baru

Malam tadi, berkali-kali cuba tidur. Tetapi tidak berjaya. Fikiran dan semangat tertumpu kepada blog baru. Blog tempat lepak terkini. Blog yang dinamakan sebagai:
Perpustakaan MayaKu

Blog baru itu patut dimajukan secara berterusan. Ia merupakan pelapis kepada perpustakaan lama. Di perpustakaan lama, bahan-bahan bacaan mulai berkurangan. Ratusan buku musnah dimakan anai-anai dan ada juga yang tidak dipulangkan oleh para peminjam.

Sesiapa yang ingin lepak sambil membaca boleh klik link di atas sana atau di bawah ini:

PerpustakanMayaKu

Read more...

Pemimpin PAS Ragui TGNA?

Suatu malam yang hening, tiga sahabat bujang sedang berehat. Sambil bersandar di kerusi malas mereka menonton filem Sarjan Hasan arahan Tan Sri P. Ramli:

Bujang 1:
Aku hairan, kenapa ada pemimpin PAS peringkat pusat yang meragui kenyataan TGNA mengenai Kolonel Mat nak gulingkan dia dan dia tak akan lepaskan jawatan MB?

Bujang 2:
Aku tak hairan pun, memang pemimpin itu serta koncu-koncunya sentiasa meragui TGNA. Dia orang tu jaki pasal tak dapat perintah negeri dan tak berjaya UG.

Bujang 3:
Itu persepsi ke?

Read more...

Monday, November 30, 2009

Kolonel Mat Dikenal Pasti

Suatu malam yang hening, tiga sahabat bujang sedang berehat. Sambil bersandar di kerusi malas mereka makan saki baki juadah raya dari kampung:

Bujang 1:
Aku dengar orang kata, Kolonel Mat yang dimaksudkan itu ialah TF2010. Ada juga yang kata kumpulan payung terjun PAS.

Bujang 2:
Aku dengar TGNA dah kenal pasti siapa dia tu. Dah lama KM tu buat kerja. Dah pernah buat aniaya pada seorang pemimpin PAS. Masuk mahkamah, tapi tak ada kes. Kamu faham ke kes yang dimaksudkan tu?

Bujang 3:
Itu persepsi ke?

Read more...

Kelantan: PAS semakin mantap

Semalam, Ahad, saya buat panggilan kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Tujuan utama ialah mengucap Eid Mubarak dan hal-hal biasa.

Sambil itu bercakap juga hal-hal siyasah. Antara yang dapat saya rumuskan dari perbualan itu:

1. Musuh politik tak pernah berhenti menyerang dengan pelbagai cara. Mereka bekerja 25 jam sehari dan 8 hari seminggu untuk jatuhkan PAS di Kelantan.

2. Ulamak dan ahli PAS adalah kerdil berbanding para Rasul dan para sahabat mereka. Penghulu sekelian Rasul pun diserang sepanjang masa dan seumur hidup.

3. Tidak boleh dinafikan, serangan musuh juga berpunca dari kelemahan atau kecuaian kita sendiri. (Terutama kelamahan pemimpin payung terjun, di luar Kelantan).

4. Walau apa pun, PAS tidak akan berhenti dari terus berjuang. Dari segi pengalaman, PAS semakin matang dan terus mantap.

5. PAS Kelantan terus belajar dari pengalamannya. Tiada pemimpin PAS di Kelantan yang berdiam diri atau berpeluk tubuh.

Read more...

Gambar Politik Pintar

Gambar political-economy tanpa kambing hitam. So-called Politik Pintar.

Sumber di sini.

Read more...

Sunday, November 29, 2009

Kambing Dan Beras Naik Harga

Riyadh, Sabtu 28 Nivember 2009. Harga kambing untuk qurban meningkat hingga sampai 100% lebih. Setelah kenaikan harga 40% berikutan Eidil-Fitri lepas dari 300 - 1000 riyal
kepada 650 - 2400 riyal seekor.

Selain itu, harga beras juga turut naik mulai Khamis menjelang Eidil-Adha. Beras stok lama naik hingga 15% dan beras stok baru meningkat hingga 40%. Selepas banjir dua hari lepas, harga beras dijangka akan meningkat lagi.

Read more...

World News

Homeopati

Homeopati
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP