Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, November 14, 2009

TGNA jadi PM Malaysia

Suatu malam yang hening, tiga sahabat bujang sedang berehat. Sambil bersandar di kerusi malas mereka minum teh-o ais limau:

Bujang 1:
Aku amat bersetuju, TGNA jadi Ketua Pakatan Rakyat. Lepas tu, barulah DSAI jadi ketua.

Bujang 2:
Aku ramal, PRU-13 nanti TGNA bertanding kerusi parlimen untuk jadi PM Malaysia. Lepas tu dia bersara.

Bujang 3:
Itu persepsi ke?

Read more...

Friday, November 13, 2009

Dr. Asri dilantik Penasihat Agama

Suatu malam yang hening, tiga sahabat bujang sedang berehat. Sambil bersandar di kerusi malas mereka minum air perasa zamzam:

Bujang 1:
Aku berpuashati, DSAI dilantik sebagai penasihat ekonomi Negeri Selangor, dengan gaji RM1,000.

Bujang 2:
Aku lebih berpuashati, kalau Dr. Asri dilantik sebagai penasihat agama Negeri Selangor, dengan elaun RM1,000.

Bujang 3:
Itu persepsi ke?

Read more...

Hasan Ali Nafi

"SHAH ALAM: Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan beliau mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkap bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah pada 1 November lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adatadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu juga menjelaskan pihak Istana, pejabat Menteri Besar dan pejabat Exco lain tidak terbabit dengan penahanan itu.

Beliau berkata 'tangan ghaib' yang didakwa wujud dalam kes tangkapan Mohd Asri itu merujuk kepada Peraturan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor (2003) dan Peraturan Tauliah (2008)."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Bai'ah Laknat

"Bai'ah PAS menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan fenomena lompat parti, kata setiausaha agungnya.

Datuk Mustafa Ali berkata, bai'ah tersebut digunapakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau kali pertama bertanding mewakili PAS."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Cara Menguatkuasa Syari'at

Dalam kitab-kitab perundangan Islam ada tertulis tiga perkara yang mesti diambilkira dalam melaksana atau menguatkuasa syari'at.

Perkara kesatu ialah tadarruj (التدرج). Ertinya: Berperingkat atau bertahap. Dari sedikit beransur banyak atau tidak sekali-gus.

Perkara kedua ialah qillatut-taklif (قلة التكليف). Ertinya: Berdikit-dikit pada bebanan. Dari sedikit tanggungjawab kepada yang seterusnya. Atau, tidak terlalu banyak bebanan dari peringkat awal.

Perkara ketiga ialah 'adamul-haraj (عدم الحرج). Ertinya: Tidak terlalu menyusahkan dan tidak terlalu berat hukuman.

Ketiga-tiga perkara tersebut berdalilkan wahyu Allah yang diturunkan berperingkat atau bertahap serta ayat-ayat al-Qur^an.

Read more...

Thursday, November 12, 2009

Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat

"Kerajaan Selangor mendedahkan dokumen satu daripada tiga projek - dikategorikan rahsia oleh kerajaan BN sebelum ini - yang memperincikan perpindahan hak milik tanah rakyat di Bukit Cerakah, Shah Alam kepada pemaju menyebabkan 383 penduduk miskin kehilangan tanah mereka.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahaan maklumat berkenaan berkaitan projek Bandar Alam Perdana, yang sebelum ini dikawal bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), bertujuan untuk memberi gambaran sebenar projek berkenaan.

Beliau mendedahkan maklumat itu hari ini berdasarkan bidang kuasanya sebagai menteri besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) OSA.

Tambahnya, pendedahan melalui risalah yang akan diedarkan kepada masyarakat umum itu juga akan membolehkan petani dan pemilik tanah seluas 17,000 ekar itu mengambil tindakan ke atas pemaju terlibat."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Wednesday, November 11, 2009

UMNO dan PAS, exco agama yang sama?

Suatu malam yang hening, tiga sahabat bujang sedang berehat. Sambil bersandar di kerusi malas mereka membaca beberapa akhbar terkini:

Bujang 1:
Aku fikir, Enakmen pentauliahan digubal oleh pemerintahan UMNO dulu dan kuat dipertahankan oleh exco PAS sekarang.

Bujang 2:
Aku fikir, Enakmen itu digubal dan kuat dipertahankan oleh orang yang sama, iaitu exco agama.

Bujang 3:
Itu persepsi ke?

Read more...

Hadi atau Nasha yang Tipu lagi?

Suatu malam yang hening, tiga sahabat bujang sedang berehat. Sambil bersandar di kerusi malas mereka mengudap kacang:

Bujang 1:
Aku fikir, Hj. Hadi betul. Tiada bai'ah talak ta'liq dalam PAS.

Bujang 2:
Aku fikir, Nasha yang betul. Memang ada bai'ah talak ta'liq dalam PAS.

Bujang 3:
Itu persepsi ke?

Read more...

Ta'liq Untuk Isteri Mandul?

Suatu malam yang hening, tiga sahabat bujang sedang berehat. Sambil bersandar di kerusi malas mereka minum kopi tongkat ali:

Bujang 1:
Aku tertanya-tanya, bai’ah ta’liq ADUN tu untuk isteri pertama ke atau untuk isteri kedua?.

Bujang 2:
Aku pun tertanya-tanya juga. Bai’ah ta’liq MP tu untuk isteri dia yang beranak tiga ke atau untuk isteri dia yang mandul?.

Bujang 3:
Itu persepsi ke?

Read more...

Tuesday, November 10, 2009

Dr. Asri mungkin masuk DAP?

Suatu malam yang hening, tiga sahabat bujang sedang berehat. Sambil bersandar di kerusi malas mereka memamah kurma-madu:

Bujang 1:
Aku fikir, dari aspek keilmuan, Dr. Asri akan menyertai PAS. Tapi, dari aspek public relation dia akan masuk UMNO.

Bujang 2:
Betul tu! Dari aspek tauliah, dia terkilan pada JAIS. Tapi, dari aspek kelainan, dia mungkin masuk DAP.

Bujang 3:
Itu persepsi ke?

Read more...

Itu Persepsi Ke?

Suatu malam yang hening, tiga sahabat bujang sedang berehat. Sambil bersandar di kerusi malas mereka menghirup kopi-o:

Bujang 1:
Aku musykil lah. Ada ke munasabah orang ramalkan DSAI akan masuk PAS. Sedangkan dia orang kuat PKR!

Bujang 2:
Ye lah. Aku pun musykil juga. Ada ke munasabah orang ramalkan ustaz Nasha akan masuk UMNO. Sedangkan dia Timbalan Presiden PAS!

Bujang 3:
Itu persepsi ke?

Read more...

Berita Dari Si Fasiq Usah Ditolak

Ramai orang menolak mentah-mentah berita yang disebarkan oleh individu yang dikatakan (so-called) fasiq. Malah, bloggers yang menulis gossip politik dicaci dan dimaki-hamun. Kononnya, atas arahan ayat 6, surat al-Hujurat:

يأيها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنباء فتبينوا
Terjemahan: Wahai mereka yang beriman! Jika kamu didatangi si fasiq dengan sesuatu berita, maka hendaklah kamu periksa (asas, latarbelakang atau kebenarannya).

Cuba kita perhatikan: Allah tidak menyuruh orang beriman menolak berita si fasiq, tetapi DIA menyuruh mereka supaya memeriksa asas, latarbelakang dan kebenarannya. Maksudnya, mungkin berita dari si fasiq itu ada asas, latarbelakang atau kebenarannya.

Jika diteliti secara profesional, ayat ini berlatarbelakang suasana medan peperangan yang baru selesai dan peringkat awal peperangan saraf di zaman Rasulullah. Malah ia ada kaitan dengan:

الحرب خدعة
(Peperangan ialah teknikal yang mengelirukan).
Justeru, berhati-hatilah mengguna ayat al-Qur^an!

Read more...

Monday, November 9, 2009

Selsema Persepsi

Selepas Seminar Khas PAS, ramai orang parti menggunakan perkataan "persepsi". Barangkali seronok dengan istilah lama tetapi baru diwar-warkan. Saya bimbang, perkataan dan makna "persepsi" ini akan menjadi selsema merbahaya kepada para pengguna baru.

Barangkali, ramai para ulamak sedang mencari perkataan Arab dalam al-Qur^an dan hadith yang menyamai istilah "persepsi". Setakat ini, saya sudah menemui satu blog yang menggunakan ayat al-Qur^an sebagai terjemahan kepada perkataan "persepsi". Namun, pada pendapat saya, penggunaan perkataan tersebut kepada persepsi adalah tidak tepat dan membawa kepada maksud yang lain.

Rujuk di sini.

Read more...

Blogger Bukan Wartawan

Beberapa pemimpin suruh "bloggers tulis berita yang benar dan jangan sebar yang belum tentu hujung pangkalnya." Ini bermakna, pemimpin itu silap, sekurang-kurangnya, dalam dua perkara.

Perkara kesatu, mereka ingat blogger ialah wartawan atau pemberita semata-mata. Dan semua blog ialah ruangan berita, seperti muka depan akhbar. Eh, tolonglah buka dictionary kejap. Cari apa makna blogger?

Perkara kedua, mereka ingat blogger ialah orang suruhan atau insan upahan. Kalau blogger itu ahli PAS, mereka ingat itu blogger PAS. Jadi, mereka pun suruh bloggers tulis berita-begitu-begini. Macamlah bloggers ni ditanggung dan dibiayai oleh parti. Eh, sedar diri lah sikit!

Read more...

Bai'ah talak: PAS Pusat sedang siasat

"KUALA LUMPUR, 9 Nov: PAS sedang menyiasat amalan bai'ah yang dibuat oleh sesetengah pihak dalam parti itu kerana tidak pernah ada sebarang arahan rasmi dari PAS Pusat untuk berbuat demikian.

"Kita memang ada bai'ah untuk memberikan taat setia kepada parti sebelum kita melantik mana-mana pihak mewakili parti tetapi tidaklah sebagaimana yang dilaporkan itu," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengarahkan beliau sebagai Setiausaha Agung PAS untuk menyiasat perkara itu."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Sunday, November 8, 2009

Tidak Mampu Bersaing Di Pasaran Pemikiran

"Kata Dr Asri, nasib yang sama menimba insan yang jauh lebih mulia, Nabi Muhammad s.a.w, daripada seorang yang digelar al-Amin, lalu dipanggil tukang sihir dan gila. Ini semua akibat dari tidak mampu bersaing di pasaran pemikiran.

"Padahal, dalam dunia yang terbuka, biarlah setiap pihak memasarkan pemikiran mereka secara ilmiah dan adil. Masyarakat sudah matang, biar mereka menilai. Selagi pemikiran itu tidak menghina Allah dan rasulNya, biarlah ilmu bersaing dengan ilmu. Bukan ilmu bersaing dengan kuasa, tetapi bersaing dengan hujah," kata bekas Mufti Perlis yang kini pensyarah USM."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Selangor MB slams PAS delegates

"KLANG, Nov 8 — Tan Sri Khalid Ibrahim said today he was disappointed with allegations made by PAS delegates yesterday that Pakatan Rakyat was not doing enough to champion Islam.

He told them to instead “walk the talk” themselves.

Yesterday at PAS’s special seminar, some party delegates accused PR of not championing Muslim rights and were suspicious what role Islam could play in its ties with allies DAP and PKR.

The Selangor Mentri Besar stressed today that Islam requires Muslims not only to preach but also to be proactive."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Bas KL - Kota Kinabalu

Di sebuah stesyen bas di Kuala Lumpur. Sekumpulan lelaki berpakaian lengkap lagi hebat. Ada yang membimbit beg pakaian dan ada juga yang menggalasnya. Di situ, ada juga beberapa kaki lepak harian.

Apabila hampir senja,
kaki lepak: Assalamu ‘alaikum bang!

Lelaki: Wa’alaikumussalam!

Lepak: Abang-abang ni nak ke mana? Sejak awal pagi sampai senja masih kat sini? Kaki lepak baru ke ni?

Lelaki: Kami bukan kaki lepak. Kami tunggu bas. Sejak pagi tadi, bas yang kami tunggu belum sampai.

Lepak: Oooo, begitu!. Bas nak ke mana tu bang?

Lelaki: Bas yang nak ke Kota Kinabalu!

Lepak: O, I, C, U!

Sebentar kemudian, semua kaki lepak beredar dari situ, kerana malam sudah menjelma. Yang tinggal hanya kumpulan penunggu bas ke Kota Kinabalu.

Read more...

World News

Homeopati

Homeopati
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP