Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, November 7, 2009

Seruan Khas

Kepada ahli-ahli PAS yang melayari blog ini!
Mesyuarat Khas, sudah. Seminar Khas, sudah. Komplen pemimpin, sudah. Perli dan sindir, sudah. Melenting dan mengutuk pun, sudah. Itu semua kita tujukan kepada manusia. Kepada pimpinan PAS. Kerana, mereka manusia biasa.

Namun, kita mesti ingat dan sentiasa sedar, usah sampai komplen atau mengutuk PAS sebagai parti atau sebagai wadah. PAS adalah wadah perjuangan Islam. Sama ada suka atau tidak terhadap pemimpin semasa, kita mesti terus menjunjung parti. Selagi parti berada atas landasan.

Read more...

DiSangka Hebat, Andai Primitif Jadinya?

Melalui media baru, kita dapat menonton dan membaca banyak berita. Kalau tak betul semua pun, tak kan salah semua. Antara berita yang difahami, suasana dalam Seminar Khas hari ini sungguh hebat. Ucapan dan hujjah para wakil sungguh berisi dan bernas.

Selain itu ada juga suara melenting dan kata-kata mencabar. Biasalah tradisi melenting dan mencabar begini. Almaklum, sikap pejuang hakiki. Yang hebatnya lentingan dan cabaran itu ditujukan terhadap seorang tetamu.

Kita agak terkejut, rupa-rupanya sikap melenting itu ialah sikap primitif zaman ke-13. Hmm, ku sangka hebat, rupanya primitif adanya!

Read more...

Imej PAS bertukar negatif

"Imej PAS dilihat menjadi semakin negatif terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Pendedahan yang mengejutkan itu didedahkan oleh pengkaji politik, Dr Abu Hassan Hasbullah ketika membentangkan kertas kerjanya pada Seminar Memperkasakan Parti anjuran PAS di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan kajian yang dibuat keatas 2,100 responden yang dipecahkan kepada tiga peringkat umur mendapati golongan muda yang berumur 21-30 tahun telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PAS iaitu seramai 633 orang.

Sebaliknya hanya seramai 67 responden yang menyatakan pandangan bahawa mereka menyokong kepimpinan PAS."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Konvensyen Blogger PAS Tanpa Objektif

Hari ini Seminar Khas PAS. Seminar ini bukan pemimpin turun padang, tapi akar-umbi dikorek masuk lori. Semasa dalam suasana seminar ini tentu banyak hal yang diwar-warkan kepada peserta. Antaranya ialah hal Konvensyen Blogger PAS 2009.

Inisiatif PAS ini memang bagus walaupun terlambat. Bloggers persendirian dah berpuluh-kali buat konvensyen. Dah tubuh universiti terbuka sendiri pun. UREKA, sebagai contoh. Dan ada juga member-member yang dah setup bisnes. Bukan saja dah pulang modal, tapi dah simpan keuntungan.

Bila sebut "Blogger PAS", baru saya sedar rupa-rupanya PAS ada blogger sendiri. Parti politik lain belum ada bloggers sendiri. Maksudnya, dalam hal blogging, PAS jauh lebih maju daripada parti-parti lain. Dalam muktamar sanawi tahun depan tentu ada pembentangan atau laporan kewangan serta aktiviti yang berkaitan dengan blogging dan bloggers.

Semasa membaca pemakluman mengadakan konvensyen tersebut saya tercari-cari jika ada dinyatakan objektif konvensyen. Tapi, tak jumpa. Bila tak jumpa objektif yang tersurat, fahamlah saya tentulah objektifnya tersirat. Lagipun, objektif boleh dikatakan sebagai niat. Niat, mana ada yang tersurat. Semua niat tersemat dalam hati.

Agak-agak, apa objektif Konvensyen Blogger PAS 2009? Kenapa banyak ahli-ahli PAS yang jadi blogger tak mengaku sebagai blogger parti? Atau, memang PAS saja-saja mengaku setiap ahli parti yang jadi blogger dikira sebagai blogger parti? Memang gebu pipi PAS!

Read more...

Friday, November 6, 2009

Seminar Mee Segera?

Besok, PAS akan adakan Seminar Khas selama sehari. Seminar yang sungguh penting lagi istimewa. Pakar-pakar seminar dalam PAS merancang dan melaksanakannya dalam masa yang begitu pendek.

Selain itu, seminar ini sungguh simple. Jadual kedatangan dan pendaftaran peserta dan sessi seminar, hanya sehari sahaja. Tiada seminar penting dalam dunia ini yang dilakukan sebegini simple lagi pendek, kecuali seminar ini. Itu sebab dinamakan Seminar Khas Sehari. Barangkali PAS mahu para peserta kurang atau tidak bercakap tapi banyak bekerja. Namun, seminar ini tidaklah sampai ke peringkat "Seminar Mee Segera".

Read more...

... tutup tak berkunci?

"Ketika PKR disindir dengan gelaran bateri 3A (Azizah, Anwar dan Azmin), dibincangkan peranan tiga anak Ibrahim (Anwar, Khalid dan Zaid), PAS yang tidak ketinggalan dengan tiga anak Ali-nya (Hasan, Mustaffa dan Ibrahim) pula dihantui dengan 3U (UMNO, Utusan Malaysia dan Unity Government).

Isu Kerajaan Perpaduan (Unity Government, UG) terus diajukan terhadap PAS melalui media cetak arus perdana, terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian, walaupun Presiden Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa PAS telah menutup pintu rundingannya dengan UMNO."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Dr. Asri Akan DiTangkap Walau Di Luar Selangor?

Setakat tengahmalam tadi, isu tangkapan ke atas Dr. Asri mulai reda. Yang menyokong beliau semakin bertambah. Yang manarikbalik tuduhan dan memohon maaf pun ada. Yang mengutuk sistem tauliah JAIS semakin ramai. Bla, bla, bla. Ringkasnya, isu tangkapan ini memberi kemenangan moral yang sungguh besar untuk Dr. Asri.

Namun, awal pagi tadi, saya mendapat faham, bahawa Dr. Asri masih belum boleh releks. Beliau, dijangka, akan menghadapi beberapa intipan, malah mungkin beberapa tangkapan lagi. Bukan sahaja kerana mengajar agama tanpa tauliah, tetapi kerana hal-hal lain. Jika beliau tidak berhati-hati, mungkin memberi ucapan di negeri lain dari Selangor pun boleh ditangkap.

Siapa tahu sebabnya?

Read more...

Thursday, November 5, 2009

Kelab Penyokong Dr Asri dilancarkan

"Bukan sekadar untuk meluahkan kata-kata dan mesej untuk menyemarakkan semangat Dr Asri mempertahankan dirinya, salah seorang pengurus artis dari Embun Records, Aszuad Zakaria telah membuka kelab penyokong ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ di laman web FaceBook.

Bagi Aszuad, 39, dia telah lama mengikuti perkembangan Dr Asri sejak dulu lagi dan apabila berlaku kontroversi sekarang, dia nekad untuk mengajak orang ramai untuk sama-sama menyokong Dr Asri.

Laman web ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ yang baru sahaja dilancarkan semalam turut memuatkan artikel dan video berkaitan Dr Asri."

Selanjutnya di sini.

Read more...

TGNA dimasukkan ke IJN

"Azwan Ali kemudiannya bertanya, Siapa sakit?

“Datuk Nik Aziz.” Kawannya jawab ringkas.

Ingat berita ini belum sahih! Akan disahkan sebentar lagi.

kemaskini 2305 Baru sebentar tadi kami mendapat pengesahan bahawa betul beliau ke IJN, tetapi menurut sumber kami (DAP Melayu) beliau hanya muntah-muntah biasa saja."

Sumber di sini.

Read more...

JAIS tak mampu di pentas Intelektual

"Sokongan kepada bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertambah lagi apabila dua badan bukan kerajaan, Forum Profesional Muslim (MPF) dan Barisan Perubahan Islam (IRF) melahirkan sokongan kepada Asri dan mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu kenyataan bersama hari ini."
Sepenuhnya di sini.

Read more...

PGSM mohon maaf, tarik balik tuduhan

"Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip telah mengemukakan permohonan maaf kepada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut sumber terdekat, permohonan maaf tersebut dikemukakan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Difahamkan pihak berkenaan telah menghubungi Mohd Asri sebentar tadi bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini itu."
Sepenuhnya di sini.

Read more...

... Wahabi tak sesat ...

"Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

"Kalau kita kata sesat, maknanya kalau kita pergi Mekah, kita tak bolehlah sembahyang dengan tok imam di Mekah...tak sah, habislah jemaah haji kita. Dia (Wahabi) tak sesat, cumanya ia bergantung kepada kesesuaian di negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Kebangsaan bertajuk
"Pendermaan Organ dari Perspektif Islam"
di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini."
Sumber dan sepenuhnya di sini.

Read more...

Keputusan Temuduga Tauliah?

Peristiwa ini berlaku di sebuah negeri entah berentah. Sebuah lembaga temuduga untuk pentauliahan mulai bersidang.

Tempat bersidang:
Bilik indah berhawa dingin.

Ahli persidangan:
19 orang.

Kelayakan Ahli:
1 orang SarjanaMuda Syari'ah; 1 orang SarjanaMuda Usuluddin; 1 orang SarjanaMuda Pengajian Qur^an; 1 orang SarjanaMuda Pengajian Sunnah; dan 15 orang Sijil 4 Thanawi
(setaraf dengan SPM).

Peserta yang akan ditemuduga:
2 orang (1 berkelulusan Sarjana Perbandingan Fiqah; dan
1 berkelulusan Doktor Falsafah Pengajian Hadith).

Skema soalan temuduga:
Maksud Islam, Iman dan Ihsan; hikmah berpuasa enam; hukum orang yang membuat 'aqiqah memakan sebahagian dari daging 'aqiqah; rukun serta syarat sebuah talqin yang baik; contoh keistimewaan mazhab Syafi'iy berbanding dengan mazhab lain; rasional qunut itu disunatkan; kesesatan golongan wahabi; bla; bla; bla.

Keputusan temuduga:
Semua peserta gagal. 1 orang gagal, kerana jawapan terlalu ringkas. Jawapan hanya dengan ayat-ayat Qur^an dan hadith tanpa terjemahan. Dia menjawab hanya dengan bahasa Arab, tanpa diselangseli dengan bahasa Melayu. 1 orang lagi gagal, kerana tidak menjawab sebarang soalan. Dia hanya sekadar tersenyum sahaja. Belum selesai temuduga, dia dah keluar.

Read more...

Nak Fikir, Rasulullah mazhab apa?

Di Malaysia, orang Melayu dah berzaman menganut Islam. Pegangan dan amalan Islam sejak sebelum merdeka. Bila dah merdeka, UBN dah setup pentadbiran hal-ehwal agama dengan baik. Termasuk mengadakan sistem tauliah dan penentuan mazhab.

Ahli PAS dan orang UMNO, dalam beberapa aspek, serupa sahaja. Dalam hal-hal mazhab, mereka sama sahaja. Amalam dan pegangan umum, mereka tak berbeza.

Justeru, pada hakikatnya, Malaysia tak perlu orang berpelajaran atau bijak agama (ulama). Sebab, kalau ada pun nak buat apa?

Seorang yang berkelulusan first atau second degree, nak bercakap apa mengenai agama. Walau ada tauliah pun, kalau mengajar amalan yang berbeza dari ajaran tok lebai kampung, dia akan ditangkap dan dituduh membawa ajaran yang berbeza dari amalan orang ramai.

Begitu juga seorang yang bertaraf doktor falsafah, nak bercakap apa mengenai agama. Nak sebut "talqin" itu bid'ah? Bukankah "talqin" itu amalan orang kampung sejak sebelum merdeka lagi? Nak cakap fasal aliran pemikiran lain? Alamatlah dituduh penganut shi'ah atau wahabi. Kalau komplen pasal mazhab, lagilah ditolak. Seolah-olah Rasulullah itu pengikut mazhab.

Kesimpulannya, pegangan dan amalan Islam Melayu dah OK dan sempurna. Tak kiralah kalau penuh dengan bid'ah atau sarat dengan khurafat. Apa yang dipegang dan diamalkan oleh orang kampung jangan ditegur atau dikomplen. Kerana, semuanya syumul dan mantap, sekalipun tak sama dengan amalan Rasulullah.

Read more...

Wednesday, November 4, 2009

Dr. Asri Akan DiTangkap Lagi?

FSS: Pengunjung-blog yang lurus bendul, yang benci gossip politik, dewasa yang belum baligh atau yang perasan diri sendiri cukup wara', diharap tidak membaca posting ini!
_________

"Saya baru sahaja mengikuti satu majlis ceramah dan perbincangan 'circle talk' bersama Dr. Asri di Palace Of Golden Horses di The Mines Seri Kembangan Selangor. Majlis itu bersempena dengan satu persidangan di peringkat kebangsaan.

Peserta program terdiri dari golongan profesional dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Ada juga pegawai kanan PDRM berpangkat supritandent di majlis berkenaan. Dari jabatan agama juga ada, tak pasti pulak dari JAIS ada atau tidak. Tetapi yang pastinya Dr. Asri masih lagi belum dapat 'tauliah' dari JAIS. Bermakna ceramah yang disampaikan adalah 'haram' bagi pihak JAIS."

Sumber dan sepenuhnya di sini.

Read more...

Kenapa Ni? Kesiaaan!: Betul Ke ni? Kesiaaan!

FSS: Pengunjung-blog yang lurus bendul, yang benci gossip politik, dewasa yang belum baligh atau yang perasan diri sendiri cukup wara', diharap tidak membaca posting ini!
_________

"Beliau menceritakan kenapa beliau masuk dalam PAS adalah semata-mata ikhlas dalam perjuangan. Beliau melihat politik dan dakwah hanya dalam PAS dan tidak ada pada lain-lain jamaah.

Beliau menyebut sejak beliau masuk PAS, segala perniagaannya telah disekat segenap sudut.

Jika dulu beliau kebiasaanya membawa keluarga pergi bercuti di luar negara dua kali setahun, tetapi sejak masuk PAS hendak pergi bercuti ke Langkawi pun tidak mampu."
Sepenuhnya di sini.

Read more...

Betul Ke Nih?

FSS: Pengunjung-blog yang lurus bendul, yang benci gossip politik, dewasa yang belum baligh atau yang perasan diri sendiri cukup wara', diharap tidak membaca posting ini!
_________

"Sebagai contoh, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) mengesahkan Dr. Hasan dibayar RM2 ribu hingga RM3 ribu untuk satu-satu program motivasi (sejam). Setiap hari, lazimnya Dr. Hasan ada dua hingga empat jam program bersama kerajaan negeri.

Seorang bekas pembantu kewangan negeri Kelantan memberi tahu saya, Dr. Hasan Ali dibayar RM2 ribu oleh kerajaan negeri dalam setiap program motavasi selama sejam.

Adakah Dr. Hasan menipu ahli-ahli PAS semata-mata dendamnya kepada Tok Guru?"
Sepenuhnya di sini.

Read more...

Tuesday, November 3, 2009

Sepatutnya dilantik jadi Sultan?

Saya sempat berborak dengan seorang rakan yang masih berkhidmat dengan kerajaan Selangor. Tumpuan kami ialah mengenai seorang exco dari PAS.

Menurut rakan ini, si exco itu memang selalu melawat ke jabatan-jabatan. Di setiap jabatan dia hanya berceramah. Macam nak pilihanraya. Ceramahnya berperingkat. Mula-mula jadi exco dulu, ceramahnya mengenai keburukan kerajaan UMNO/BN. Kemudian, betapa susahnya kerja sebagai exco. Kemudian, betapa jumudnya pemimpin PAS kawasan-kawasan. Kemudian, exco-exco lain tak ada idea yang constructive. Akhir-akhir ini, teruk betul pentadbiran MB sekarang.

Saya mencelah, “kalau begitu PR silap cadangkan dia jadi exco lah?” “Maksudnya?” “Sepatutnya, PR cadangkan dia dilantik sebagai MB!” “Itu, masih silap!”

Saya, “lantik jadi exco, silap. Lantik jadi MB, silap. Nak lantik jadi apa?” “PAS tak terfikir ke nak cadangkan dia dilantik jadi Sultan?” Saya mengangguk faham.

Read more...

Chua Soi Lek Timbalan Presiden MCA

Datuk Seri DR Chua Soi Lek, yang sebelum ini telah digugurkan dari jawatan Timbalan Presiden MCA, hari ini di kembalikan semula kejawatan tersebut oleh ROS, kata seorang AJK Pusat MCA.

Sumber di sini.

Read more...

Monday, November 2, 2009

PR mesti hapuskan sistem Tauliah

Peraturan tauliah yang diamalkan oleh JAIS adalah hasil pemikiran sekularis sejak zaman UMNO/BN memerintah Selangor. Apabila negeri tersebut diperintah oleh PR, peraturan tersebut dikemaskini.

Menurut peruntukan tersebut, setakat yang saya fahami, sesiapa yang hendak mengajar agama di mesjid atau di surau hendaklah lulus temuduga oleh lembaga pentauliahan.

Kebanyakan pegawai JAIS, tanpa mengira nama jawatan mereka, adalah berkelulusan thanawi dan sarjana muda sahaja. Persoalannya, apakah pegawai begini sesuai atau layak untuk menemuduga mereka yang berkelulusan sarjana dan doctor falsafah? Ini satu hal.

Hal lain, apabila PAS yang turut berkuasa dalam kerajaan PR Selangor, sedangkan peraturan tauliah diperkuatkan lagi, maka saya fikir PAS memperkukuhkan peraturan sekularis UMNO/BN yang anti ilmu dan tidak demokratik.

Dari suatu aspek, Tauliah adalah benih ISA yang ditanam di negeri-negeri. Justeru, hendaklah dihapuskan.

Read more...

Nabi Isa pun mesti ada tauliah?

Suatu perkara yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa ialah petadbiran dalam negeri-negeri yang dikuasai PR sekarang ialah peninggalan tradisi pentadbiran UMNO/BN.

Tradisi pentadbiran yang diwariskan oleh UMNO/BN kepada PR termasuklah pentadbiran hal-ehwal Agama Islam negeri. Dan tradisi pentadbiran hal-ehwal Agama Islam negeri ini termasuklah hal-ehwal pentauliahan.

Lembaga Pentauliahan (atau apa jua yang sewaktu dengannya) ini ditubuhkan semasa UMNO/BN memerintah. Tujuannya yang tersirat ialah untuk mencegah siapa sahaja yang tidak sebulu dengan pentadbiran negeri dari mengajar, berceramah atau memberi kulliah kepada orang ramai dalam negeri tersebut. Tak kiralah, sama ada penceramah atau pengajar itu alim, jahil atau bekas maha guru kepada ahli pentauliahan itu sendiri.

Maaf cakap, jika ada mana-mana khulafa^ rasyidin yang masih hidup tetapi tidak sebulu dengan pentadbiran hal-ehwal Agama Islam negeri juga akan disekat; dan mungkin ditahan seperti Dr. Asri, mantan mufti Negeri Perlis.

Dr. Asri mungkin dituduh mengajar tanpa tauliah dan pengikut wahabi. Jika ada mana-mana khulafa^ rasyidin yang masih hidup mengajar, mungkin akan ditangkap atas tuduhan mengajar tanpa tauliah dan menyebar ilmu Islam tanpa mazhab.

Kepada mereka yang percaya bahawa Imam al-Mahdi dan Nabi ‘Isa (a.s.) akan kembali ke dunia pada akhir zaman, hendaklah mempastikan supaya mereka berdua tidak mengajar Islam di mana-mana negeri di Malaysia tanpa tauliah dan tanpa mazhab.

Read more...

Dr. Asri Ditangkap Polis

Sejak hari Juma'at saya kurang sihat. Petang Ahad, mulai segar. Setelah berehat, saya melayari internet. Agak terkejut dengan tajuk "Dr. Asri Ditangkap Polis".

"Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam tadi.

Kira-kira jam 10 malam tadi, sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam (JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay, dekat sini."
Selanjutnya di sini.

Read more...

World News

Homeopati

Homeopati
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP