Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, September 5, 2009

Beberapa Pemimpin PKR Akan Menyertai PAS?

Kita dengar bisikan orang politik mengatakan: Dalam bulan Ramadhan ini DSAI ada berjumpa dengan TGNA dan TGHH secara senyap-senyap.

Sebelum itu, yakni sebelum Ramadhan, DSAI dan beberapa pemimpin PKR selesai design perancangan induk PR untuk:
a) Mengambil-alih pemerintahan selepas PRU-13,
b) Memerintah beberapa negeri lain, termasuk Negeri Sembilan dan Trengganu,
c) Mengemaskini pemerintahan negeri-negeri PR sekarang.

Adalah dipercayai design kali ini amat luar biasa. Orang biasa tak boleh fikir atau tak terfikir. Almaklum, ini bukan design rumah, tapi design politik. Ia tak sama dengan perikatan dan jauh sekali dari barisan nasional. APU (Angkatan Perpaduan Ummah), tak lengkap. AP (Angkatan Perpaduan), kurang kemas. PR (Pakatan Rakyat) sekarang, belum cukup kuat.

Jumlah pemimpin PKR peringkat negeri dan pusat juga telah dikenalpasti. Jumlah mereka sungguh banyak. Sebahagian mereka sudah berada dalam PKR dan sebahagian lagi akan menyertainya dari semasa ke semasa.

Jumlah pemimpin dalam PKR dijangka melebihi keperluan. Mungkin beberapa tokoh terpaksa berhijrah memasukki PAS, termasuk DSAI sendiri.

Read more...

Bagan Pinang: PR ada dua senjata baru

Terbaru, PDRM kendalikan isu Kepala Lembu.
Sebelum itu, SPRM dikaitkan dengan Beng Hock.
Semua melibatkan RM (PD-RM & SP-RM).

PRK Bagan Pinang nanti,
BN (UMNO) akan guna PDRM dan SPRM, iaitu RM.
PR (PAS atau PKR) akan guna dua senjata baru,
iaitu Kepala Lembu dan Beng Hock.

Read more...

Tan Sri Isa Samad - Calon PRK Bagan Pinang

Walaupun SPR belum mengumumkan kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang tetapi dah ada yang sebok untuk PRK.

Antara yang disebokkan ialah mengenai calon berwibawa dari kalangan UMNO. Kalau silap pilih maka DUN itu akan dirampas oleh PR. Dan, antara yang mula dibayang-bayangkan sebagai calon UMNO ialah Tan Sri Isa Samad, mantan MB sebelum ini.

Mudah-mudahan beliau jadi calon BN.

Read more...

Friday, September 4, 2009

Negeri Sembilan Hampir Dikuasai PR

إنا لله وإنا إليه راجعون
ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan, YB Azman Mohd Noor telah kembali ke rahmatil-Lah petang tadi. Dengan demikian, PRK akan diadakan mengikut peruntukan undang-undang.

Kini, jumlah atau kedudukan DUN di Negeri itu ialah BN = 21 dan PR = 16 (DAP = 10, PKR = 5 dan PAS = 1). Jika dalam PRK nanti PR dapat merampas kerusi Bagan Pinang maka PR akan menjadi 17 dan BN tinggal 20. Takkanlah PR tak boleh kekalkan kerusi yang sedia ada dan menambah tiga-empat kerusi lagi semasa PRU-13 akan datang?

Read more...

Anwar Ibrahim (DSAI) Akan Sertai PAS

Semasa Anwar Ibrahim dalam ABIM, ada ramalan dan desas-desus menyatakan beliau akan menyertai atau akan bergerak aktif dalam UMNO. Kebanyakan kawan, terutama dalam ABIM dan PAS, tidak percaya. Malah, ada yang mengatakan "ramalan sesat" dan "desas-desus karut".

Saya masih ingat suatu ketika, kira-kira jam 12 malam, saya didatangi oleh Ketua ABIM Selangor untuk mengesahkan yang ramalan dan desas-desus itu adalah benar. Beliau sendiri baru balik dari suatu pertemuan bersama rakan-rakan ABIM dengan Anwar. Ketua ABIM Selangor ketika itu macam termenung sahaja. Perkataannya yang menarik ingatan saya ialah
"tak sangka", dalam loghat utara.

Kini, Anwar Ibrahim jadi Penasihat PKR merangkap Penyelaras PR dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Beliau dikenali juga sebagai DSAI. Siapa yang tak kenal beliau, bid'ah dhalalah.

Dan kini juga, ada ramalan dan desas-desus yang menyatakan bahawa beliau (DSAI atau Anwar Ibrahim) akan menyertai PAS sebagai parti politik terakhir beliau. Beliau akan menjadi PM Malaysia melalui PAS dan bersara semasa dalam PAS.

Read more...

Thursday, September 3, 2009

600 Ahli MCA, UMNO, MIC & PPP Masuk PKR

Percayakah bahawa krisis dalaman yang dimulai oleh UMNO, diiringi oleh MIC, diikuti oleh PPP dan dituruti oleh MCA meneruskan proses kekuatan PR.

Terkini, 600 lagi ahli BN keluar parti dan menyertai PKR.
Maklumat lanjut di sini.

Read more...

ADUN Akan Letak Jawatan

Desas-desus dalam bulan Ramadhan ini menyatakan akan ada seorang ADUN di negeri pemerintahan PR akan melatakkan jawatan. Maksudnya, mengosongkan DUN berkenaan. Kita tunggu perkembangannya selepas hariraya nanti.

Jika ini berlaku, kita akan menyaksikan satu lagi PRK. Fuh! Banyak PRK dalam masa tak sampai dua tahun. Kalau dalam masa empat tahun, entah berapa PRK agaknya?

Desas-desus ini mungkin ada kaitan dengan Yang Ini.

Read more...

Wednesday, September 2, 2009

Sembilan ADUN-UMNO Akan Keluar Parti?

"Bermula dengan laporan dari The Malaysian Insider, kini berita sembilan Adun Umno Terengganu akan melompat parti semakin panas diperkatakan."

"Baru-baru ini, ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad mengaku ada rundingan dibuat yang melibatkan beberapa orang wakil rakyat berkenaan cadangan untuk lompat parti."

Layari blog ini.

Read more...

Tuesday, September 1, 2009

Dari UMNO Masuk PKR = Fikirkan PAS Pula

Semasa merayau ke beberapa blog, saya tertarik dengan tulisan tokoh ini dalam blognya. "Saya lebih memikirkan masa depan PAS kerana sekarang ini sudah mula diterima oleh orang Islam dan bukan Islam."

Tokoh ini pernah menjadi MP UMNO, jadi senator, jadi menteri BN dan sekarang dah masuk PKR.

Jika anda berminat, layarilah: JawapanSaya

Read more...

Monday, August 31, 2009

MP Terkenal Dari PKR Akan Sertai PAS?

Beberapa minggu lepas kita dapat maklum, beberapa ahli PKR Perak mengisi borang untuk menyertai PAS.

Malam semalam saya terima SMS dari seorang blogger bertanya sama ada benar atau tidak, seorang MP terkenal dari PKR (dia sebut nama) akan menyertai PAS?

Saya bercakap dengan dua bloggers lain. Seorang kata "mustahil" dan seorang lagi jawab "mungkin".

Saya sendiri fikir "mungkin", tetapi bukan sekarang.

Read more...

MP Wanita-Muslim Berpenampilan Seksi

Antara MP Wanita-Muslim yang berpenampilan seksi dan mendapat banyak kritikan dari orang ramai, khasnya para ulama', ialah Kashmala Tariq. Beliau adalah MP Negara Pakistan sejak 2002.


Read more...

World News

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP