Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, August 8, 2009

Lagi Hasan Ali, PJ-PAS Selangor

"Kita yakin, Hasan Ali sudah pasti telah melalui marhalah demi marhalah tarbiyyah yang komprehensif dalam PAS. Yalah, Hasan Ali kan menyertai PAS pada tahun 1997, kemudian diangkat menjadi PJ hingga kini, sudah pastilah dia kena melalui marhalah tarbiyah dalam PAS secara aktif dan ekspress. Jika orang lain semasa di sekolah menengah dah isi borang PAS, dah kena ikut marhalah tarbiyyah yang pelbagai peringkat; maka Hasan Ali lagilah kena catch up semua tu. Yalah, hangpa ingat senang ke Hj Hadi nak bagi can Hasan Ali jadi PJ Selangor jika Hasan Ali pun caca marba tarbiyah dia. Hj Hadi mesti dah buat tapisan, dah buat imtihan khas kepada Hasan Ali, hingga Hasan Ali lulus dan dengan itu layak ditabalkan sebagai PJ Selangor. Hebat sungguh Hasan Ali pesuruh jaya ku ini." Tulis Huzaifah Ahmad Yamani. Tulisan lanjut dalam PerakExpress.

Read more...

Thursday, August 6, 2009

Hasan Ali Sedar Dirilah Sikit!

"Dengan kedudukan sebagai Pesuruh Jaya PAS Selangor, Hasan Ali mempunyai kelebihan dalam menentukan hala tuju Pakatan Rakyat. Dia sepatutnya rasa bertuah, kerana Hj Hadi masih memberinya peluang menjadi PJ. Jika diikutkan senioriti, ramai lagi orang lain yang layak. Jika dibandingkan kelayakan akademik dan sumbangan kepada PAS pun, ramai lagi orang yang layak. Mungkin satu-satunya kelebihan Hasan Ali, kerana dia pandai bercakap. Dia motivator. Namanya pun tersohor sebagai pioneer dalam bidang motivasi di negara ini. Inilah kelebihan yang tidak mampu ditandingi oleh orang lain."
Begitu tulis Huzaifah Ahmad Yamani dalam PerakExpress.

FSS juga pernah menulis PJ-PAS Selangor Patut DiTukar.

Read more...

H1N1: Biar Menteri Mati Dulu ......????

"Persoalannya, mengapa pihak Hospital mahu meRAHSIAKAN perkara ini, dan apakah langkah Kementerian Kesihatan dalam menangani kes ini dari terus merebak. Jika begitu kematian kawan isteri aku itu adalah korban yang ke 14 wabak babi tersebut." Soal Ikut Suka Aku dalam
blognya.

Read more...

Permatang Pasir: Mohamad Sabu Menjawab

Memang benar nama Mohamad Sabu (lebih dikenali: Mat Sabu) disebut-sebut oleh kebanyakan ahli PAS untuk bertanding di Permatang Pasir. Nama lain yang disebut ialah ustaz Saleh Man, PJ-PAS Pulau Pinang.

Namun, kita dapat maklum, bahawa Mat Sabu mengatakan beliau tidak menerima sebarang lantikan dari pihak PAS. Jika ada perlantikan pun, beliau akan memikirkannya sama ada menerima atau menolak.

FSS: Bila sampai perlantikan nanti, kami mohon abang Mat terima sahajalah. Abang Mat diperlukan juga dalam DUN, bukan di Parlimen sahaja.

Read more...

Tuesday, August 4, 2009

Ramai Pemimpin UMNO Akan Masuk PKR???

"Berita gempar baru masuk, para pemimpin tinggi UMNO masuk PKR. Mereka adalah Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Shahrir Samad, Datuk Azmi Khalid dan Ruhanie Ahmad dari blog popular Kuda Kepang." Begitu tulis Sam Ahmad dalam PerakExpress.

Read more...

Kementerian Kesihatan Gagal Bendung H1N1

Influenza A (H1N1) merebak dengan pantas serta ganas dalam negara kita. Setakat petang semalam wabak tersebut telah meragut 7 nyawa. Hari ini atau besok belum pasti.

Orang ramai mulai ketakutan terutama menjelang bulan Ramadhan kira-kira tiga minggu lagi. Ibu bapa juga merasa amat bimbang dengan kesihatan anak-anak mereka di sekolah, terutama yang berada di asrama.

Pandangan orang ramai mengatakan, Kementerian Kesihatan kelihatan terlalu lemah mengendalikan masalah ini, terutama melalui hospital-hospital.

Read more...

Monday, August 3, 2009

Permatang Pasir: PKR Pula Mahu Tanding?

"Hari ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat permintaan daripada pemimpin dan akar umbi parti itu supaya ia meletakkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir." Demikian lapor
mStar Online.


FSS: Masa PAS nak tanding di Penanti, orang kecil yang minta. Yang ni, orang besar cakap. Ada beza atau ada makna tu!

Read more...

World News

Homeopati

Homeopati
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP