Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, August 1, 2009

Permatang Pasir: Sampai Giliran Mat Sabu

Sembang-sembang orang PAS kampung mengatakan Mat Sabu dah sampai ke Permatang Pasir. Maksudnya, dah sampai giliran beliau bertanding dalam PRK di situ.

Mereka ada beberapa alasan kenapa Mat Sabu dah sampai giliran. Antaranya, Permatang Pasir adalah dalam kawasan parlimen Permatang Pauh. Mat Sabu dengan DSAI memang dalam satu permainan. Mereka berdua sama-sama guna istilah Hang-Aku.

Permatang Pasir adalah DUN Pulau Pinang. Mat Sabu dengan Guan Eng sama-sama dalam satu fakulti di UK (University of Kemunting) dulu. Mereka berdua sama-sama guna ungkapan Lu-Gua.

Selain itu, Mat Sabu dianggap orang yang layak meluku DSAI dan Guan Eng, jika kedua mereka nakal politik.

Apa agaknya pendapat pimpinan tertinggi PAS?

Read more...

Friday, July 31, 2009

Permatang Pasir: Mampukah PAS Bertahan?

Dengan kamatian ADUN-PAS Permatang Pasir, Pulau Pinang, pagi tadi maka PRK bagi DUN tersebut akan diadakan mengikut undang-undang.

Petang tadi, Naib Presiden UMNO menyatakan bahawa parti itu bersedia untuk menghadapi PRK tersebut; berbeza dengan PRK Penanti di mana UMNO tidak bertanding. Ini menunjukkan bahawa UMNO merasa yakin boleh mengalahkan PAS.

Mampukah PAS mempertahankan DUN tersebut?

Read more...

ADUN Permatang Pasir Meninggal

"ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini." Demikian lapor Malaysiakini.

Read more...

Thursday, July 30, 2009

Selangor: Politik Bisu Dan Lesu

Minggu ini sukar mendapatkan maklumat politik di Selangor. Tiada kenyataan yang menarik dari ahli-ahli politik. Tiada aktiviti besar yang dijalankan oleh parti-parti PR.

Namun, kelihatan beberapa majlis kecil anjuran UMNO tempatan. Majlis yang diadakan tidak diwar-warkan seperti sebelum PRU-12. Seolah-olah mereka ada strategi baru.

Read more...

Wednesday, July 29, 2009

Kelantan Mohon Keluar Malaysia???

"Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan mungkin dibawa ke mahkamah antarabangsa sekiranya rundingan secara "persaudaraan" dengan kerajaan pusat gagal mencapai kata sepakat." Demikian lapor
Bernama.com
.

Saya terfikir, kalau kecewa juga dengan Mahkamah Antarabangsa mengenai isu ini, boleh kah Kelantan membuat tuntutan di mahkamah yang sama untuk "keluar dari Malaysia"?

Read more...

Tuesday, July 28, 2009

Kemelut DUN Perak, DUN Negeri Lain DiBubar?

Sedang sembang-sembang banyak tertumpu kepada DUN Perak, tiba-tiba terdengar desas-desus mengatakan DUN sebuah negeri lain yang mungkin terpaksa dibubarkan.

Alasan besarnya ialah pergeseran yang tajam tetapi senyap antara dua golongan. Golongan MB sekarang dengan golongan penyokong MB lama. Dari aspek majoriti dalam DUN, khabarnya, ialah golongan penyokong MB lama. Mereka dikatakan sedang merancang untuk melakukan undi tidak percaya terhadap MB sekarang.

Rancangan tersebut dimaklumi oleh MB sekarang. Beliau sedang mengkaji sama ada benar-benar majoriti atau akan disokong oleh ADUN pembangkang. Jika dijangka benar-benar majoriti maka DUN terpaksa dibubarkan.

Read more...

Monday, July 27, 2009

Bubar DUN Perak: PKR Dan PAS Berkubur

Desas-desus yang sampai kepada beberapa bloggers, jika DUN Perak dibubarkan dalam masa terdekat maka diramalkan PR Perak akan kehilangan banyak kerusi, kalaupun tidak kehilangan semua.

Ini disebabkan PKR dan PAS tidak ada program pengemasan semula parti setelah menghadapi beberapa masalah dalaman selepas PRU-12, terutama mengenai kepimpinan. Apa yang ada hanya program tradisi iaitu ceramah yang dihadiri oleh muka-muka yang sama sahaja.

Pada masa yang sama, UMNO telah menggunakan beberapa strategi baru untuk memikat hati pengundi dan telah mengemaskini pangkalan-data di setiap peringkat. Mereka kini mengenali setiap individu dalam kawasan masing-masing dan sedang mengenalpasti setiap pengundi dari aspek psikologi.

YB-YB PAS dan PKR serta pimpinan semua peringkat patut beli buku sekarang dan mesti rajin buat homeworks.

Read more...

Sunday, July 26, 2009

DUN Perak Akan Bubar??

Semalam, Sabtu, saya berada di Perak. Desas-desus mengatakan, ketiadaan 2 ADUN bebas menyebabkan sukar DUN Perak untuk bersidang. BN bergantung kepada kehadiran mereka, sama seperti PR sebelum ini. Sedangkan mereka tak dapat dihubungi.

Sampai bila DUN dibenarkan tidak bersidang? Kalau diadakan sidang, siapa yang mempunyai majoriti tanpa 2 ADUN bebas tersebut? Sekurang-kurangnya kita tunggu tarikh 27 Julai, besok atau selepas Ramadhan. Ada perkembangan terbaru atau tidak.

Read more...

World News

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP