Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, June 13, 2009

Al-Banjari Dan ManjungMari: Debat Sayang PAS


Mula-mula saya baca
ManjungMari
.

Kemudian saya baca Al-Banjari.

Mereka adalah bloggers yang sayangkan PAS dan PR. Tetapi mereka berbeza pendapat mengenai keputusan pemilihan pimpinan PAS yang terbaru.

Berbeza pendapat adalah perkara biasa. Kita harap janganlah sampai lebih dari itu. Ada bloggers Perak yang nak jadi pengerusi?

Read more...

Dua PRK Di Selangor?: Update


Kita dapat maklum, bahawa dua ahli politik yang ditahan SPRM Selangor itu ialah dua ahli politik UMNO dari Trengganu.

Maksudnya, tiada sangkut paut dengan ahli politik Selangor dan ahli politik PR.

Read more...

Friday, June 12, 2009

Dua PRK Di Selangor?


Semalam kita dapat DESAS mungkin ada PRK di Jawi, Pulau Pinang. Benar atau tidak, belum pasti.

Hari ini, kita dapat DESUS pula. Dua ahli politik ditahan oleh SPRM Selangor. Khabarnya mengenai rasuah RM3 juta. Benar atau tidak, kita tunggu. Apa-apa pun, selepas Manek Urai.

Read more...

Mustafa Ali Setiausaha Agung PAS


Timbalan Presiden PAS memaklumkan bahawa mesyuarat JK PAS Pusat bersetuju dengan pelantikan Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru. Mantan Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar, tidak bersetuju dilantik semula.

Dulu, ye dulu, ada orang tafsirkan yang Kamaruddin Jaafar adalah bayangan Anwar Ibrahim. Sekarang, Mustafa Ali, bayangan apa atau siapa agaknya?


Sumber: Klik
di sini
.

Read more...

Tepat RamalanKu: TGNA Memang Marah


Sebaik arahan tutup mulut dari memperkatakan kerajaan perpaduan, saya buat tajuk "Ayah Dan Janda Tua Di Seberang Jalan" dan diikuti "Gambar Insan Yang Ku Sayangi". Itu adalah maksud saya sebenar.

Hari ini, anda sudah baca atau dengar berita bagaimana marahnya TGNA terhadap arahan itu. Itu adalah jeritan hati beliau yang berasaskan ajaran Islam.

Wahai yang mengarahkan tutup mulut! Jawablah! Usah ingat semua ahli PAS, walaupun bukan ulama, adalah bodoh atau lembu.

Read more...

Thursday, June 11, 2009

Lepas Manek Urai, PRK DUN-Jawi Pula?

Tak berapa lagi penamaan calon untuk PRK DUN Manek Urai, Kelantan. Berapa calon yang akan bertanding, belum pasti. Begitu juga siapa yang akan menang, kita tak tau. Kita hanya buat ramalan. Tapi bukan ramalan yang menyebabkan syirik terhadap Allah.

Lepas PRK DUN Manek Urai, mungkin, mungkin ada lagi PRK. PRK kali ini mungkin DUN-Jawi, Pulau Pinang. Maklumat lanjut, layari:
PerakExpress

Read more...

Wednesday, June 10, 2009

Gambar Insan Yang Ku Sayangi

Beberapa hari setelah TGNA dilantik MB Kelantan dulu, jiran sebelah rumah (UMNO totok, sekarang dah pindah ke tempat lain) kata: Paling lama Nik Aziz jadi MB tiga bulan. Orang pakai serban mana tau mentadbir. Mana tau hal-hal dunia. Mana faham hal ekonomi. Dia hanya tau ugama sahaja.

Alhamdulillah, TGNA dah hampir 20 tahun jadi MB Kelantan. Semoga lanjut usia, sehat wal-'afiyat sentiasa. Ketahuilah! Kami sentiasa sayangkan TG.

Read more...

Ayah Dan Janda Tua Di Seberang Jalan


Sempena arahan pimpinan PAS supaya ahli tutup mulut dan jangan bercakap pasal kerajaan perpaduan, maka ahli-ahli PAS pun dibeban dengan satu lagi kewajipan iaitu tutup mulut.

Mana-mana ahli yang buka mulut, bolehlah dikatakan derhaka. Tak ada "walak". Termakan hasutan media dan bloggers. Itu sebahagian alasan. Boleh percaya ahli-ahli PAS tutup mulut? Aaaah, mungkin mereka terus berbisik-bisik. Mungkin akan ada yang menjerit kemudian nanti.

Terfikir kesah seorang ayah dengan dua-belas anak. Ayah bayangkan kepada mereka yang dia bercadang untuk berbaik-baik dengan janda tua seberang jalan, di hujung kampung. Cadangan itu sudah dimaklum kepada jiran-jiran di kiri-kanan rumah.

Anak-anak, ada yang bersetuju dan ada yang tak bersetuju. Malah, ada yang kata "terus kawin" lagi baik. Maka riuh-rendahlah anak-anak. Kedengaran ke seluruh kampung.

Tiba-tiba, ye tiba-tiba, sampai seorang adik kepada ayah (bapa saudara kepada anak-anak), lalu menyergah mereka. "Diam!!! Apa bising-bising ni. Itu hanya cadangan." "Tapi, pakcik.." celah seorang dari mereka. "Diam! Tutup mulut. Kamu budak-budak. Masih mentah," sergah pakcik.

Read more...

Tuesday, June 9, 2009

Akan Lahirkah Parti Baru, Alternatif Kepada PAS


Muktamar PAS baru dua-tiga hari selesai. Suara protes tidak puas-hati cepat kedengaran. Protes ini bukan di peringkat atasan, tapi di peringkat bawahan dan peringkat sokongan. Peringkat ahli di merata tempat dan peringkat bukan ahli yang menyokong semasa PRU-12.

Perkara yang mereka proteskan ialah "kerajaan perpaduan (KP)". Mereka, yang memprotes, memang tak mahu KP. Faham atau tidak, mereka tak mahu KP. Sebut saja KP, yang mereka nampak ialah UMNO, pemimpin gila kuasa, pemimpin gila pangkat, pemimpin undur ke belakang, pemimpin cipta kekalahan dalam PRU akan datang, dlll...

Mereka hairan, kenapa pemimpin PAS buat berbagai isu bid'ah, topik-topik berat dalam parti. Kenapa pemimpin buat tajuk baru yang perlu dihuraikan kepada ahli dan penyokong. Berapa puluh tahun pula untuk mereka meyakinkan rakyat. Benarlah kata TGNA: Karut.

Pada saya, walaupun suara protes ini masih kecil dan di luar muktamar, tetapi ia ibarat api dalam sekam. Ia mungkin membesar dan marak hingga membakar seluruh PAS. Desas-desus dan bisikan "keluar parti", "pindah ke PKR supaya kekal dalam PR", "Parti Baru", "Parti Alternatif" mulai kedengaran.

Dan, saya bersetuju, untuk menerangkan isu "kerajaan perpaduan" kepada rakyat akan memakan masa berpuluh-tahun. Apabila berganti generasi, penerangan akan disambung berpuluh-tahun lagi, hingga dunia mencapai tahap usia yang matang. Barangkali kepimpinan ulamak hendak mengulamakkan rakyat dalam bidang politik?

Layari juga
Hidup Dan Harapan


Read more...

Monday, June 8, 2009

TGNA Dan TGHH Juga Mengundi Calon?


Semasa pemilihan AJK PAS Pusat, termasuk bagi jawatan yang dikatakan panas, barisan pemimpin PAS Pusat juga mengundi. Mereka ada ijtihad dan pandangan peribadi masing-masing.

Antara yang mengundi ialah, mungkin (saya tak nampak), TGNA dan TGHH. Mungkin ada antara calon yang mereka undi itu kalah atau tewas. Ini bermakna mereka juga sama dengan pengundi-pengundi lain dalam Muktamar.

Kedua-dua TG itu menerima keputusan jumhur, tanpa soal dan tanpa kecewa. Tak kira calon mereka menang atau kalah. Kerana pandangan dan keputusan jumhur adalah ketetapan dan jadual Allah s.w.t.

Jadi, semua pengundi yang calon atau calon-calon mereka tewas dalam pemilihan hendaklah juga menerima keputusan jumhur tanpa soal atau kecewa. Perjuangan kita adalah perjuangan jama'ah dan bukan perjuangan individu. Kita bergerak secara berjama'ah dan bukan berseorang. Ketentuan Allah tentunya yang terbaik untuk kita dan perjuangan.

Semoga kita semua dirahmati Allah.

Read more...

Sunday, June 7, 2009

Husam Musa Dilantik Setiausaha Agung PAS?


Husam Musa dan Mohamad Sabu (Mat Sabu) telah tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS 2009 -2011. Kedua mereka sebelum ini adalah Naib-naib Presiden. Ketokohan mereka memang dikenali di kalangan ahli-ahli PAS.

Kekalahan mereka bukan bererti mereka akan disingkir dari kepimpinan tertinggi PAS. Kita percaya bahawa mereka akan dilantik kesuatu jawatan penting yang tidak dipertandingkan. Umpamanya jawatan-jawatan Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Pengarah Penerangan.

Pada pandangan saya, TGHH tidak sukar untuk mendapat persetujuan sebulatsuara AJK PAS Pusat untuk melantik Husam Musa sebagai Setiausaha Agung dan Mat Sabu sebagai Pengarah Penerangan, PAS Pusat. Apa pun, kita tunggu hingga mesyuarat pertama AJK Pusat berlangsung.

Read more...

World News

Homeopati

Homeopati
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP