Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, May 16, 2009

Pesogok Wang Dalam PAS Dikenalpasti?


Reda pasal isu “ulamak dan profesyional” dalam PAS, timbul pula hal “sogok wang” nak tanding jawatan dalam muktamar.

Isu ini disentuh oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (KDU). KDU ini bukan calang-calang ahli dan pemimpin PAS. Beliau dikenali bukan kerana jawatan dalam parti. Beliau memang sudah terkenal sebelum menjawat kepimpinan. Sebab “memang terkenal” itulah beliau dipilih menjadi KDU.

Sepanjang pengatahuan kita, belum pernah berlaku sogok wang dalam PAS sebelum ini. Justeru, ia bukan tradisi dalam PAS. Tetapi, jika ini berlaku dalam Muktamar Jun nanti, para perwakilan PAS tentu menolaknya.

Kebanyakan, mungkin semua, perwakilan ke Muktamar adalah ahli-ahli yang sudah cukup menerima tarbiyah. Mereka yang cukup menerima tarbiyah tentu mengenali pesogok wang yang dimaksudkan, jika ada.

Kami yang bukan perwakilan cuba mengandai antara ciri-ciri pesogok wang untuk bertanding jawatan dalam muktamar nanti ialah: Ia bukanlah dari golongan ulamak; ia adalah dari penjawat mee segera, tanpa tarbiyah, dalam parti; ia masuk PAS kerana kecewa dalam UMNO; ia adalah orang berada serta hidup cara mewah; dan ia pernah jadi penyantas pemimpin lain dalam parti.

Read more...

Friday, May 15, 2009

Najib Nak Tiru Ayah, Tapi Tak Cukup Pandai


Semasa al-Marhum Tun Razak jadi PM, beliau panggil Dato’ Asri (Presiden PAS ketika itu) untuk selesai kemelut politik negara. Antara hasilnya tertubuh MAGERAN dan Kerajaan Campuran Perikatan+PAS. Maka selesailah masalah.

Semasa DS Najib (anak Tun Razak) hampir nak jadi PM, dia bawa Dato’ Dr. Zamry untuk perintah negeri Perak. Maka bermulalah kemelut politik negeri. Bila dia jadi PM, maka berlanjutanlah masalah.

Kemelut politik negara berlaku, ketika itu Tun Razak jadi TPM. Bila dia jadi PM, dia selesaikan masalah. Pada hal, masalah itu bukan dia yang buat.

Kemelut politik negeri berlaku, ketika itu DS Najib jadi TPM. Bila dia jadi PM, dia lanjutkan masalah. Pada hal, masalah itu dia yang mulakan.

Kita tunggu dan kita lihat. Mampukah Najib selesaikan masalah? Yang pasti, dia berjaya buat masalah!

Read more...

Thursday, May 14, 2009

Kritik Dan Teguran Oleh MatSamanKati


Posting ini dipaste dari PerakExpress

Gerakan reformasi tahun 1998 telah menghasilkan sedikit pulangan pada tahun 1999 apabila pembangkang memenangi banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen. Kedudukan Pas di Kelantan semakin kukuh manakala Terengganu berjaya dirampas.Haji Hadi menjadi ketua Pembangkang dan Ketua Barisan Alternatif.

Sama ada orang bersetuju atau tidak..kemenangan BA masa itu banyak dibantu oleh laman-laman web reformasi yang tumbuh macam cendawan. Benar…isu masa itu ialah kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar. Tanpa laman-laman web ini, maklumat tentang apa yang berlaku terhadap Anwar mungkin tidak sampai. Tetapi dengan kecanggihan teknologi masa itu, laman-laman web ini telah berjaya menimbulkan kesedaran kepada orang ramai dan menimbulkan kebencian kepada Umno.

Tetapi selepas menang..kita lupa diri. Laman-laman web yang mengkritik BA akan dianggap sebagai pemecahbelah BA. Mereka yang mengkritik Pas akan dianggap sebagai anti-islam. Mereka yang mengkritik Keadilan akan dianggap sebagai barua Umno…SB…ejen BN dsbnya.

“Reformasi” telah di rampas oleh Parti Keadilan dan dijadikan modal politik. “Reformasi bukan lagi gerakan rakyat tapi sebagai modal politik untuk meraih sokongan. Manakala Pas pula telah menganggap kemenangan tahun 1999 itu sebagai tanda penerimaan rakyat terhadap perjuangan Pas.

Kita seperti kera mendapat bunga. Terkinja kesana…terkinja kesini..kononnya sudah ada anak dara yang jatuh cinta kepada kita. Kita lupa diri. Haji Hadi membuat keputusan ikut suka dia. Dan akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif.

Dan ketika pilihanraya umum 2004 sudah semakin hampir…Pas mengemukakan Dokumen Negara Islam. Apabila Keadilan tidak bersetuju…Keadilan dianggap sebagai anti-Islam. Dan apabila Syed Husin Ali, diletakkan sebagai calon di Kota Bharu, beliau dilabelkan sebagai sosialis…sama macam adik komunis.

Pas juga mempunyai alasan mengapa mahu menguasai Keadilan…kerana jentera Keadilan dalam keadaan kacau bilau.

Akhirnya..dalam pilihanraya 2004, kita lingkup. Terengganu kembali keasalnya…Kelantan nyaris-nyaris terlungkup…dan Keadilan hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen..Wan Azizah.

Berilah apa alasan pun…tetapi bagi aku..kita kalah kerana kita tidak boleh dikritik..tidak boleh ditegur…keras kepala…angkuh!

Baik Pas…baik Keadilan. Sama sahaja.

Selepas pilihanraya 2004, Anwar dibebaskan. Lebihkurang seminggu sebelum Anwar dibebaskan…Raja Petra menutup laman Free Anwar Campaign (FAC) dan memulakan Malaysia Today.

Raja Petra adalah seorang reformis..termasuk isterinya Marina. Sebelum itu, beliau adalah orang kuat Parti Keadilan tetapi apabila reform yang diperjuangkannya tidak disambut didalam parti..beliau meninggalkan PKN.

DiMalaysia Today…beliau membuka ruang untuk kebebasan bersuara. Diperingkat awal…MT menjadi medan untuk rakyat melepaskan geram. Komen-komen tidak terkawal sehingga penuh dengan maki hamun dan kelucahan. Itu diperingkat awal…dimana rakyat yang tidak pernah mendapat kebebasan…tiba-tiba diberi ruang untuk menyuarakan isi hati mereka. Macam kera dapat bunga.

Disatu pihak pula..mereka yang kena serang menjadi marah..kerana selama ini tidak ada sesiapa yang berani mengkritik mereka. Maka timbullah bermacam-macam label dan gelaran yang diberikan kepada mereka.

Konflik adalah normal…terutama apabila dua pihak tidak pernah memahami antara satu sama lain. Ketika Pakatan Rakyat memenangi negeri Perak..Ustaz Ahmad Awang telah dijemput kesatu majlis yang dianjurkan oleh DAP. Dan diatas meja Ahmad Awang tersedia botol-botol Carlsberg.

Adakah DAP menghina Ahmad Awang? Tidak. Cuma mereka tidak pernah cuba memahami budaya orang lain.

Dalam kenduri yang dianjurkan oleh Pas, mereka menjemput kaum India dan menghidangkan daging lembu. Adakah Pas menghina penganut Hindu? Tidak. Tetapi kerana ustaz-ustaz ini tidak pernah memahami adat-adat Hindu.

Kalau Ahmad Awang terus keluar dari majlis dan terus melabel DAP sebagai menghina orang Islam..sampai sekarang DAP tidak akan tahu pantang larang orang Islam.

Kalau Pas tidak mendengar kritikan orang-orang Hindu supaya jangan menghidangkan daging lembu, sampai sekarang sudah pasti orang-orang India tidak akan menghormati Pas.

Ramai pemimpin Pas bersedia menerima teguran dan kritikan…tetapi masih ramai pengikut Pas masih tidak boleh menerima teguran dan kritikan…terutamanya diperingkat bawahan.

Cikgu Azmi..Presiden TERAS telah menggariskan beberapa langkah yang perlu diambil bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat negeri Perak. Ada empat peringkat…Konflik, Penyesuaian, Persefahaman, Perpaduan.

Beberapa bulan pertama PR memerintah Perak, Pulau Pinang Kedah dan Selangor..kita berada dalam peringkat pertama…konflik. Baik dalam soal EXCO, soal ahli majlis, soal Ketua Kampung. Semuanya bertekak.

Selepas itu barulah kita memasuki peringkat kedua iaitu penyesuaian. Ada kawasan-kawasan dimana kepimpinan Pas dan PKR agak terbuka dan penyesuaian amat mudah dilakukan. Tetapi dikawasan-kawasan dimana YDP atau Ketua Bahagian yang keras kepala..penyesuaian ini amat perlahan. Malah masih ada yang berkonflik hingga sekarang.

Kalau Malaysia Today memerlukan hampir setahun untuk mengajar pengkomen-pengkomen supaya beretika dan berbahas secara baik dan bertanggungjawab..berapa lamakah yang diperlukan untuk proses penyesuaian dalam Pakatan Rakyat?

Pas dan PKR Pulau Pinang masih lagi dalam peringkat konflik. Ini berlaku kerana tidak ada kepimpinan yang terserlah…baik Pas atau PKR di Pulau Pinang.

DiSelangor..PKR lebih dominan. Sama seperti Kedah dimana Pas lebih dominan. Tetapi diPerak..Pas dan PKR sama-sama kuat. (dari sudut kerusi yang dimenangi). Kalau tidak ada kepimpinan yang terserlah..maka Pas dan PKR Perak sudah pasti akan terus didalam mode konflik macam Pulau Pinang.

Disini terserlah kemampuan Nizar dalam mengemudikan konflik antara Pas dan PKR. Kemampuan Nizar menyatupadukan PKR, Pas dan DAP…sama macam kemampuan Anwar menyatupadukan BA dan akhirnya Pakatan Rakyat.

Tetapi Nizar memerlukan sokongan. Dia memerlukan sokongan..baik dari dalam Pas mahupun PKR dan DAP. Dan perlu diterima hakikatnya bahawa masih ramai lagi pemimpin-pemimpin Pas dan PKR yang masih didalam mode konflik.Masing-masing mementingkan survival politik mereka…bukannya kesejahteraan rakyat.

Kalau orang-orang Pas boleh menerima Anwar…mengapa orang-orang PKR tidak boleh menerima Nizar?

Kalau penyesuaian dan persefahaman yang diperlukan..maka pemimpin-pemimpin yang enggan keluar dari mode konflik ini perlu ditegur…dikritik supaya mereka sedar bahawa matlamat kita ialah mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Tetapi sekiranya menegur itu dianggap menentang…dan mengkritik itu dianggap sabotaj..maka bersedialah kita kembali kepada era 1999-2004.

Read more...

Anwar Setuju Nizar Jadi Pemimpin PR Dan PM


Dalam suatu ceramah di UPU Sungai Tinggi, Bukit Gantang, pada 3 April lalu, DS Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, beliau sanggup menyerahkan Malaysia kepada DS Ir Nizar Jamaluddin jika PR dapat memerintah negara.

Ini suatu isyarat yang jelas bahawa DSAI bersetuju DS Nizar mengambil alih kepimpinan PR dan seterusnya menjadi PM jika PR memerintah Malaysia.

PAS, PKR dan DAP sepatutnya bersetuju dengan kenyataan DSAI ini kerana kepimpinan PR tidak sama dengan kepimpinan BN, sekurang-kurangnya dalam dua perkara. Dalam BN hanya orang UMNO boleh jadi pemimpin; dan orang UMNO itu pula mestilah presiden parti.

Sumber:
SIASAH


Read more...

Wednesday, May 13, 2009

Najib Dan Anwar Selesaikan Kemelut MB Perak


Dari maklumat terkini, adalah difahamkan bahawa
Kemelut MB Perak akan diselesaikan oleh Najib (PM) dan
Anwar (Ketua Pembangkang).

Kesediaan mereka berbuat demikian disokong oleh
pimpinan PAS, Husam Musa (Naib Presiden PAS).
Semoga berjaya.

Maklumat dipetik dari:

SIASAH

Read more...

Kemelut MB Perak: Ramai Nak Keluar UMNO


Kemelut MB Perak memang menarik perhatian ramai. Bukan sahaja di Perak tetapi di seluruh dunia. Rakyat Perak semakin pening dan rasa meluat. Mereka mahukan kehidupan yang damai dan tenteram.

Di warung-warung makan sebelah malam, selalu kedengaran anak-anak muda cakap pasal UMNO. Antara yang menarik ialah ramai yang kata: "Aku dah meluat dengan UMNO". "Aku nak tinggalkan Pemuda". "Aku nak join PAS". "Eh, aku nak join PKR". "Kami 3 orang ni nak jumpa ustaz ... malam besok". bla. bla.

Dari suatu aspek, Kemelut MB Perak + Jom Sertai PAS memang menguntungkan PR untuk jangka panjang. Di beberapa kampung, semakin ramai orang UMNO mohon masuk PAS. Cawangan baru PAS semakin bertambah.

PKR bila nak buat Jom Sertai PKR?

Read more...

Tuesday, May 12, 2009

Sultan Boleh Batalkan Perlantikan Zambry


Memandang kepada keadaan terbaru mengenai kemelut politik di Perak, Paduka Sultan Perak boleh membatalkan atau menarik-balik perlantikan Dato' Dr. Zambry sebagai MB Perak pada bila-bila masa sekarang.

Pembatalan atau penarikan-balik perlantikan tersebut boleh berasaskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perundangan. Jika ini berlaku, DS Nizar boleh merafak nasihat supaya membubarkan DUN Perak dan Paduka Sultan boleh memberi perkenan.

Read more...

Dewan Undangan Negeri Perak Belum Boleh Dibubar


Sebentar tadi Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi semalam. Dan kes ini akan didengar pada suatu masa yang akan ditentukan.

Ini bermakna, jika Nizar menasihatkan Paduka Sultan Perak supaya membubarkan DUN Perak, maka nasihat tersebut belum boleh diperkenan.

Dengan demikian, Kemelut Politik Perak akan berlanjutan hingga beberapa ketika lagi.

Read more...

Monday, May 11, 2009

Zambry Menang: Cipta Dua Rekod Terhebat


Petang ini, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa DS Ir. Nizar adalah MB Perak yang sah. Ini bermakna bahawa Dato' Dr. Zambry adalah:

1. MB Perak yang tidak sah; dan
2. MB (tidak sah) Perak yang terpendek di dunia.

Dari aspek ini, Dato' Dr. Zambry adalah pemenang.

Read more...

TG Nik Aziz Tak Layak Jadi Presiden PAS


Saya baca akhbar Sinar, halaman N6, 11 Mei 2009 hari ini. Terkejut saya dengan keputusan PAS Bukit Bintang mencalonkan TG Nik Aziz bertanding untuk jawatan Presiden PAS pada Muktamar Jun nanti.

Saya kira keputusan tersebut menunjukkan PAS Bukit Bintang terlalu kasih terhadap peribadi TGNA dan amat sayang dengan kepimpinan beliau dalam PAS. Ini amat membanggakan seluruh ahli PAS.

Dengan menghormati keputusan tersebut, saya mempunyai pandangan peribadi yang berbeza mengenainya. Pada saya, meletakkan TG Nik Aziz bertanding untuk jawatan Presiden sama dengan menurunkan darjat beliau yang kini sebagai Mursyid AM. Kerana, Presiden adalah kedudukan yang lebih rendah dari kedudukan Mursyid Am. TG Nik Aziz melebihi kelayakan untuk menjadi presiden parti.

Saya juga tertanya, kenapa PAS Bukit Bintang tidak menaikkan darjat Presiden PAS sekarang, iaitu TG Hj Hadi, kepada maqam yang lebih tinggi, iaitu bersama-sama dalam majlis atau lembaga Mursyid Am? TG Hj Hadi juga melebihi kelayakan untuk menjadi presiden parti.

Read more...

World News

Homeopati

Homeopati
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP