Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, April 11, 2009

Pemimpin PAS Wajib Baca Autopsy Ini


Dengan keizinan khas, juga secara berHusniz-Zan, saya pastekan huruf-huruf berikut dari blog:

Mat Saman Kati


untuk tatapan sahabat-sahabat yang berkunjung di sini.


Autopsy Bukit Gantang 1

BN pegang Batang Ai...gagal ramas...ooops...rampas dua bukit.

Bila BN menang di Batang Ai...macam-macam lah andaian yang dibuat. Tapi bila kalah di dua Bukit...macam-macam lah alasan yang diberi. Aku malas nak layan alasan-alasan kekalahan BN di Bukit Selambau ataupun kemenangan BN di Batang Ai, sebab ianya tidak melibatkan Umno.

Menang diBatang Ai...tidak melambangkan rakyat disana menyokong Umno. Kalah di Bukit Selambau pun...tidak melambangkan rakyat disana meluat kepada Umno. Lagi pun...aku cuma terlibat di Bukit Gantang...jadi biarlah aku cakap pasal Bukit Gantang saja.

Bila kalah diBukit Gantang...Umno mengatakan Nizar menang pasai undi Cina. Orang Melayu masih menyokong Umno. Tapi bila Umno kalah di Kuala Terengganu..dimana hampir 96% adalah pengundi Melayu...apa alasannya?

Aku tak mau nak katok orang yang dah tersungkur. Mampuih pi la kat depa. Cuma..aku nak buat sedikit penilaian semula terhadap diri kita sendiri. Aku lebih suka kritik kawan-kawan dan diri sendiri daripada mengkritik musuh. Musuh kita lawan..kawan kita tegur.

Keputusan Pilihanraya Bukit Gantang. Nizar 1. BN 0.

Aku sebutkan disini...kemenangan Pas di Bukit Gantang adalah faktor Nizar sepenuhnya. Pas menang kerana Nizar...bukan Nizar menang kerana Pas. Kalau bubuh orang lain...gerenti lingkup. Dan aku akan ceritakan dari beberapa sudut.

Sudut 1..Kekuatan dan kelemahan Pas.

Kekuatan Pas di Parlimen Bukit Gantang terletak didalam DUN Trong. Jadi..apabila Pas tewas di DUN Trong dalam PRK ini...ia menggambarkan kekuatan sebenar Pas. Sebagai parti...sebenarnya Pas masih lemah. Kekuatan yang menzahirkan kemenangan Nizar adalah kekuatan Pakatan Rakyat.

Jangan mendabik dada...mengatakan Pas sudah diterima oleh semua rakyat. Belum lagi. Sebaliknya..aku minta kepada semua..baik Pas, DAP atau PKR...bahawa tidak ada satu parti yang boleh menang tanpa bantuan parti lain.

Rakyat masih belum memahami Pas sebenarnya..sebaliknya, rakyat menerima Pas kerana Nizar. Bila aku pi Kuala Sepetang...aku tengok ada Cina yang bubuh bendera kecil Pas dalam botol Carlsberg...tak pa la.. tapi itu yang aku kata depa belum tahu Pas tu apa. Cuma depa sokong saja.

Sudut 2...jentera pilihanraya.

Pas memang kuat dari segi petugas pilihanraya. Tapi pengurusan jentera pilihanraya...kaput. Pengurusan ceramah kelam kabut. Koordinasi dengan PKR ...teruk. Nasib baik la DAP buat kerja sorang-sorang. Kalau nak merancang dengan Bilik Gerakan Pas....jahanam.

Banyak sangat Jeneral dalam jentera pilihanraya Pas. Datang sorang...overuled...mai lagi sorang..overuled. Last-last bertekak sesama sendiri.

Unit Penerangan cuma urus tentang ceramah saja...yang tu pun aku kira gagal. Penyaluran maklumat cukup susah. Sampaikan kita kena pakai SB kat bilik Gerakan.

Bila Bakaq kata ada Timbalan Presiden Pas yang bagi tau Pas akan kalah..aku tau memang betui. Malah Pengarah Pilihanraya..Hj. Asmuni pun angkat tangan...menyerah kalah...dua hari sebelum hari mengundi.

Macam mana boleh menang? hangpa tengok balik kartun ni.

Sudut 3...Isu

Hampir keseluruhan kempen BN berkisar tentang Nizar. Depa hentam peribadi Nizar memang kow. Tapi sapa yang jawab?takat cakap kat ceramah...yang dengar hanyalah orang Pas dan mereka yang menyokong Pas. Tapi bagi puak-puak belah nun...sapa yang nak terangkan? kalau nak dikatakan undi Melayu merosot...memang patut sebab jentera Pas gagal memainkan peranan memberi penerangan dan membalas tuduhan.

Hangpa biaq Nizar kena katok..kena kutuk. Dalam tiga hari terakhir...bila BN melancarkan serangan terhadap Nizar...unit penerangan dan geraksaraf gagal menangkis serangan tersebut. Cuma nasib baik...Umno tak tau bila nak stop. Depa hentam dan depa kutuk Nizar sampai orang naik meluat. Dan ini menukar pendirian mereka yang diatas pagar untuk memberikan undi simpati kepada Nizar.

Sudut 4. Macam mana boleh menang?

Macam yang mula aku katakan...faktor Nizar. Kalau bukan kerana Nizar..dah lama aku cabut dari Bukit Gantang. Dan bukan aku saja...ramai lagi yang macam aku kerana meluat dengan cara kerja sebahagian pemimpin Pas.Berlagak tak tentu tempat. Tapi bukan semua!

Aku patut ucap terima kasih kepada Dewan Ulama Pas. Jangan terkejut!! Orang yang aku sangka susah nak berunding ni rupanya lebih terbuka daripada jeneral-jeneral yang berpengkalan di Bilik Gerakan Utama di Air Kuning.

Banyak lagi..tapi aku tak mau nak bukak pekong kat sini. Aku tunggu kot-kot depa panggil aku...kalau depa nak dengar la.

Kalau tak mau dengar...aku pun malas nak cerita.

Posted by matsamankati at 01:40

Read more...

Friday, April 10, 2009

Perutusan TG Nik Aziz Kepada YB Nga Kor Ming


Tanpa keizinan khas, tetapi secara berHusniz-Zan, saya pastekan huruf-huruf berikut dari blog:

BumiPerak

untuk tatapan sahabat-sahabat yang berkunjung di sini.


Friday, April 10, 2009
Surat Tuan Guru kepada YB Nga berkenaan Ayat Al-Quran

YB Encik Nga Kor Ming
ADUN Pantai Remis
MP Taiping
Pejabat EXCO Negeri Perak, Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”


Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universi ti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Posted by bumiperak

Read more...

Perak: Makmal Politik Dan Undang-Undang


Kerajaan PR Perak, sebaik keputusan PRU-12, didapati sungguh istimewa. Menteri Besarnya dari ADUN parti yang tersedikit, iaitu PAS. Majoriti dalam PR dan dalam DUN juga istimewa.

Justeru, kemelut politik terolah secara istimewa. Kemudian, kemelut tersebut sengaja diabiar berlarutan untuk beberapa ketika. Sekurang-kurangnya hingga akhir Ogos 2009.

Berikutannya, Perak terjadi sebuah makmal politik Malaysia. Dan kemelutnya terjadi sebagai bahan-bahan kajian yang melibatkan perlbagai perkara.

Read more...

Thursday, April 9, 2009

Dua Lagi PilihanRayaKecil (PRK)


PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai (Air) baru selesai. Jentera parti mulai rehat dari keletihan. Kepada yang menang diucapkan tahniah. Laksanakanlah amanah dengan baik serta jujur.

Khusus untuk PKR dan PAS yang mewakili PR: Berehat tu berehat juga. Jangan lupa yang negara kita mungkin akan mengadakan dua lagi PRK dalam tahun ini juga. Satu PRK-DUN dan satu lagi PRK-Parlimen. PRK-DUN, yang akan terlibat mewakili PR ialah PKR. Manakala PRK-Parlimen, yang akan terlibat mewakili PR ialah PAS. Jadi, kedua-dua parti itu mesti bersiap-sedia dari sekarang. Jangan nanti tergesa-gesa cari calon atau hal-hal lain.

Saya berpendapat PRK Penanti dan PRK Kepala Batas sedang menunggu masa.

Read more...

Wednesday, April 8, 2009

Nizar Pasangan Atau Gandingan Anwar


Malam tadi, seorang dari ahli panel Analisis Astro Awani memaksudkan, kemenangan Nizar dalam PRK Bukit Gantang menunjukkan yang majoriti pengundi di Perak, khususnya di Bukit Gantang, mempercayai bahawa Nizar mampu membawa masalah tempatan dan negeri Perak ke peringkat fedral. Sedangkan calon yang dikemukakan oleh fedral tidak mampu berbuat apa-apa mengenainya.

Majoriti pengundi mempercayai bahawa Nizar benar-benar berani mewakili mereka dan patut ditonjol ke peringkat fedral. Keberanian itu disaksikan sendiri oleh rakyat Perak, khususnya majoriti pengundi Bukit Gantang, dalam menangani krisis atau tragedi politik di Perak baru-baru ini.

Segala tohmahan, seperti isu pemberian tanah kepada golongan tertentu, berjaya dijawab dengan jelas dan teratur oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Nizar di Perak.

Di luar, beberapa ahli akademik berpendapat bahawa Nizar dan kumpulannya bukan sahaja mampu menangani pelbagai tohmahan, malah mampu juga menangkis segala fitnah dan provokasi pihak lawan. Tidak salah jika kita katakan bahawa kehebatan dan kewibawaan Nizar sekurang-kurangnya setanding dengan Anwar.

Read more...

Tuesday, April 7, 2009

Tahniah Dan Terima Kasih


Tahniah kepada semua atas kemenangan perjuangan. Tahniah dan terima kasih yang khusus kepada semua rakan bloggers yang bertungkus-lumus sejak tragedi Perak. Kepada MSK dan AlBanjari, terima kasih dan haraf maaf kerana selalu mengganggu anda.

Read more...

Keputusan Resmi PRK Bukit Gantang


Keptusan resmi PRK Bukit Gantang:

BN = 19071
PR = 21860
Bebas= 62

Keputusan: PAS menang dengan kelebihan 2,789 undi.

Read more...

Keputusan Tidak Resmi (9): Bukit Gantang


Belum resmi: Bukit Gantang

PAS = 20929
BN = 17646
BEBAS = 60
ROSAK = 345

Keputusan: PAS mendahului BN dengan 3,283 undi.
Dalam PRU-12, PAS menang dengan kelebihan 1,566 undi.

-----
Terkini: Dianggarkan PAS mendahului BN dengan kelebihan undi 4,127 undi.
-----

Ucapan Terima Kasih kepada TV3, RTM dan akhbar UM yang membantu kempen untuk kemenangan PR. Dalam PRU-13 akan datang, kami harap sediakan lebih banyak fitnah dan tohmah terhadap PR supaya kemenangan lebih hebat dari PRK Bukit Gantang. Sekian. Solat syukur!

Read more...

Keputusan Tidak Resmi (8): Bukit Gantang


Belum resmi: Bukit Gantang

PAS = 17427
BN = 15001
BEBAS = 46
ROSAK = 256
MAJORITI = 2426

Keputusan: PAS mendahului BN

Read more...

Keputusan Tidak Resmi (7): Bukit Gantang


Tidak resmi: Bukit Gantang

PAS = 14720
BN = 12143
BEBAS = 32
ROSAK = 189
MAJORITI = 2577

Keputusan: PAS mendahului

Read more...

Keputusan Tidak Resmi (6): Bukit Gantang


Tidak resmi: Bukit Gantang

PAS = 10897
BN = 8321
BEBAS = 27
ROSAK = 120

Keputusan: PAS mendahului

Read more...

Keputusan Tidak Resmi (5): Bukit Gantang


Tidak resmi: Bukit Gantang

PAS = 8103
BN = 6011
BEBAS = 21
ROSAK = 71

Keputusan: PAS mendahului

Read more...

Keputusan Tidak Resmi (4): Bukit Selambau


Tidak resmi: Bukit Selambau

PKR = 8556
BN = 7786
13 Bebas = 714 (Berkongsi)

Read more...

Keputusan Tidak Resmi (3): Bukit Gantang


Tidak resmi: Bukit Gantang

BN = 2852
PAS = 4373
BEBAS = 09
ROSAK = 36

Keputusan: PAS mendahului

Read more...

Keputusan Tidak Resmi (2): Batang Ai


Tidak resmi: Batang Ai

Gugu:

BN = 59
PKR=149

Keputusan: PKR menang

Krang Mong:

BN = 88
PKR= 15

Keputusan: BN menang

Read more...

Keputusan Tidak Resmi (1)


Keputusan tidak resmi (1):

1. UPU Kg Jaha

BN : 152
PAS : 98
BEBAS : 0
Rosak : 2
Undi PAS meningkat 28 undi
BN meningkat 12 Undi.

Keputusan : BN menang

2. UPU Sg. Rotan

PAS : 102
BN : 76
BEBAS : 0

Keputusan : PAS Menang

Read more...

Nizar Diramal Akan Jadi PM


Berdasar keadaan dan suasana 3 PRK hari ini, khususnya PRK Bukit Gantang; dan tampa mengambil kira keputusan pengundian PRK Bukit Gantang, beberapa peramal politik percaya bahawa Nizar boleh ditonjolkan untuk menjadi PM Malaysia ke-8 atau ke-9.

Dari beberapa aspek, Nizar telah melepasi pra-syarat untuk menjadi PM di masa akan datang. Namun, PAS perlu menyediakan suasan politik dalaman parti yang lebih harmoni serta pakatan yang lebih mantap dengan parti-parti rakan. Ditambah dengan mesra rakyat yang lebih menonjol.

Read more...

Selera Baru: Hantu Nak Makan Tuan


Desas-desus yang didengar, beberapa hantu berpakat jika dapat atau berjaya masuk mengundi mereka nak pangkah calon PR. Betul ke? Jika betul, boleh dibela hantu tu.

Read more...

Report From Haris Ibrahim


Sumber asal:
Haris Ibrahim

11.33am from BS - Voter turnout at Bkt Belacan as at now is 142/778

11.31am from BS - Ariff and Nanda heading back to Selambau

11.22 from BS - Suspected 1 more bus of hantu at Bandar Baru.

11.21 from BS - Police escorted bus all the way to Gurun. Bus at balai polis Gurun. 1 PKR rep allowed in. Gate to the balai polis closed. 22 people in front of the balai polis.

11.17am from BS - Taman Ria looks like a PKR majority so far.

10.58am from BS - Taman Ria Jaya voters came out early and the majority were for PKR, according to a PAS local.

10.56am from BS - Taman Ria Jaya mostly BN and Puteri UMNO. Mainly outsiders.

10.55am from BS - Nanda and Ariff following 1 bus pengundi hantu from Bukit Lembu to Sg Lalang. Police car escorting front and back of bus.

10.48am from BS - Turnout at Kampong Sungkap as at now is 163/600

10.34am from BS - Turnout at Sekolah Aman Jaya, Bukit Lembu as at now is 183/800

10.31 from BS - Bukit Lembu situation under control. PKR person in charge says voter turnout encouraging. Area comprises 3 estates of mainly Indians.

10.20am from BS - Bus No. KBV 2359, with 209 occupants thought to be pengundi hantu has been stopped in Bukit Lembu.

10.15am from BS - In Taman Ria Utara, 200 PKR supporters vs 100 BN supporters. Loud noises but still under control. Weather is good. Khalid Samad here. Ganesan also here.

9.10am from BS - Team breakfast with the MP of Sungai Patani, Johari Abdul, PKR Youth Shamsul, PKR director of training. Feeling all round is good. “Hot day” ahead in Selambau as MIC all out. Zero hantu buses thus far.

8.20am from BS - Both PKR and BN workers at polling station. Police at every junction. Streets still quiet. Traffic free flow.

Posted by Haris Ibrahim

Read more...

StesyenMaya Bloggers Di Bukit Gantang

BloggersNetwork@Perak mempunyai 3 StesyenMaya (Stesyen Media) untuk menghadapi PRK Bukit Gantang. Lokasinya dirahsiakan, kecuali kepada individu tertentu. Bloggers HeavyWeight juga mempunyai pusat media mereka sendiri.

Hari ini ialah hari mengundi. Semua stesyen dan pusat media tidak dirahsiakan lagi. Malah, sejak dua hari lepas, stesyen utama mulai dibanjiri para bloggers PR.

Berikut ialah petikan dari blog

MatSamanKati

Kami dari Bloggers Network akan cuba membawakan berita-berita terkini. Anchorman, Albanjari sudah pun membawakan berita-berita terkini.Ummi sudah pun membuat rondaan untuk meninjau perjalanan pengundian. Dan Perisik Rakyat akan membawakan gambar-gambar menarik menjelang tengahari nanti.

Stesyen Media 1 di Bukit gantang sudah dipenuhi para bloggers. Amin Iskandar, Danny Lim, Manjung Mari, malah Pink Turtle juga sudah sampai di Stesyen Media 1. Mereka sudah mula bergerak keluar sebentar tadi dan akan berkumpul semula menjelang petang.

Kami akan cuba membawa keputusan pilihanraya secepat mungkin. Dua bloggers akan ditempatkan di Bilik Gerakan Utama Pas Air Kuning untuk mendapatkan keputusan tidak rasmi. Manakala dua lagi akan berada di Dewan bandaran Taiping untuk keputusan rasmi.

Kami Siberboron dan MSK akan berada di Control Room. Dan seperti biasa, pastikan anda melayari semua blog-blog Bloggers Network kerana masing-masing akan membawa maklumat tersendiri.

(Seperkara lagi...sms sudah mula membanjiri handphone aku bertanyakan perkara yang belum berlaku. Jangan la tanya soalan yang aku tak boleh jawab. Dan aku tak mungkin dapat membalas SMS buat masa ini. So please...)

Read more...

Bomoh Lebih Ramai Di Bukit Gantang


Maklumat terkini menyatakan petugas-petugas PR yang dikhususkan untuk memantau dan mencegah pengundi-pengundi hantu lebih ramai di Bukit Gantang berbanding di Bukit Selambau dan di Batang Ai.

Beberapa buah bas hantu kelihatan mulai sampai malam tadi dan bersantai di beberapa lokasi yang tidak jauh dari kedudukan polis.

Read more...

Taiping Bukit Gantang Penuh Sesak


Sekarang, malam ini, beberapa batang jalan sekitar Taiping dan Bukit Gantang penuh sesak dengan orang ramai serta kenderaan.

Kenderaan para pelancong-politik mula membanjiri kawasan sekitar sejak petang semalam. Mereka datang dari segenap pelusuk negara untuk menyaksikan ceramah politik terakhir malam ini. Juga untuk menyaksikan upacara mengundi pada siang besok.

Maklumat yang diterima menyatakan, keadaan di sini sekarang lebih hebat dari keadaan di Permatang Pauh. Semoga Allah berikan kemenangan besar kepada PR.

Read more...

Monday, April 6, 2009

Mengenali Golongan UMNO Mengundi PR


Tengah malam ini, beberapa ahli UMNO dari golongan yang menyokong kuat pemimpin tertentu akan membuat keputusan muktamad sama ada akan turun mengundi ataupun tidak pada siang esok.

Jika keputusan mereka turun mengundi, maka mereka akan mengundi calon PR, iaitu DS Ir. Mohammad Nizar; dan jika keputusan untuk memulaukan upacara mengundi, maka bererti BN awal-awal lagi kekurangan pengundi.

Keadaan ini berlaku kerana mereka tidak berpuashati dengan keputusan pimpinan UMNO memilih dan menentukan calon. Kepada mereka, calon BN ini adalah dari golongan UMNO-Haram dan bukan dari golongan UMNO yang sebenar. Golongan ini juga mempunyai tanda pengenalan tertentu sesama mereka.

Sahabat-sahabat kita di Perak mungkin sudah mengecam tanda pengenalan tersebut. Bijaksanalah berhadapan dengan mereka serta ucapkan terima kasih.

Read more...

Enam Trak FRU Sedang Menuju Ke Bukit Gantang


Maklumat yang baru diterima keadaan di beberapa tempat dalam kawasan Bukit Gantang sedang hujat lebat. Memang lebat. Namun, suasana politik sungguh panas dan lebih hebat dari PRK Permatang Pauh yang lepas.

Tidak kurang dari 6 buah trak FRU lengkap bersenjata dari arah selatan, mungkin dari KL, sedang menuju ke Bukit Gantang. Sebentar tadi kelihatan mereka sedang menjamu selera di sebuah tempat rehat.

Di suatu bahagian lain beberapa penyokong pemimpin UMNO tertentu dijangka akan memulaukan upacara mengundi besok atau turun mengundi calon PR.

Read more...

Akta Larangan Al-Qur^an Akan Dibentangkan


Kita mendapat maklum bahawa suatu akta mengenai al-Qur^an akan dibentang dan diluluskan di parlimen selepas PRK 7 Mac nanti. Akta tersebut dijangka melarang non-muslim dari mempelajari, menyebar, membaca dan menterjemahkan ayat-ayat Al-Qur^an, terutama yang menyentuh tajuk "adil", "keadilan" dan "ihsan" atau yang semakna dengannya.

Akta yang dibentangkan itu nanti berikutan seorang tokoh DAP Perak yang membaca ayat Al-Qur^an yang berkaitan dengan "adil" dan "ihsan" dalam kempen PRK Bukit Gantang; laporan polis yang dibuat oleh Badan Bertindak Perpaduan Melayu siang tadi; dan komen mufti Perak awal malam tadi.

Kita juga mendapat faham bahawa laporan polis tersebut adalah atas arahan Naib Presiden UMNO, merangkap Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Perak, DS Dr. Zahid Hamidi; dan komen mufti tersebut atas arahan DS Najib, PM Malaysia.

Sungguh hebat perubahan sikap pimpinan UMNO dan sungguh gian telatah mufti menyentuh hal politik semasa.

Read more...

Sunday, April 5, 2009

Gambar Sherrif-UMNO


Sebentar tadi saya ziarah ke blog MSO dan amat tertarik dengan gambar yang disiarkan beliau. Tanpa mohon izin secara khusus, saya berhusniz-Zan, menyiarkannya pula di sini untuk tatapan keluarga.


Sumber ambilan:
MSO

Read more...

World News

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP