Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, April 4, 2009

Pro-Anwar Dalam Kabinet Najib


Semalam, hari ini dan besok, ramai yang menunggu dan bercakap mengenai senarai kabinet baru di bawah pimpinan PM yang baru.

Desas-desus mengatakan, sekarang ini ada menteri dalam kabinet Pak Lah yang mulai bersikap merapu atau ala-sasau kerana takut tidak dilantik semula. Ada juga yang dah mula mengemas pejabat kerana yakin tidak akan dipilih oleh Najib. Yang awal-awal letak jawatan, semua orang dah tahu dan kenal.

Yang agak lucu ialah ada juga yang bersikap ala-mengkritik kabinet Najib yang belum dilantik. Hhmmm, kabinet yang belum dilantik pun dah boleh dikritik? Hebat betul orang-orang UMNO.

Dan yang menarik ialah ramalan orang-orang UMNO sendiri mengatakan PM baru akan melantik beberapa menteri dari individu-individu yang pro-Anwar. Ada antara mereka yang menyebut nama setiap individu yang dimaksudkan.

Read more...

Thursday, April 2, 2009

Nelayan Laparkan Persembahan Begini?

Majlis Makan Malam sempena PRK Bukit Gantang telah diadakan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan para nelayan. Turut hadir ialah seorang Naib President UMNO yang terkenal dengan warak iaitu DS Dr. Zahid Hamidi dan calon BN.

Antara persembahan di majlis tersebut ialah tarian gadis-gadis seksi. Tentunya dianjur dan disediakan oleh BN. BN sebagai sebuah kerajaan yang dah lama memerintah negara faham kehendak rakyat. Pada malam ini BN faham bahawa para nelayan di sini lapar dan dehagakan persembahan begini. Bravo UMNO!!!


Sumber:
http://www.malaysiakini.com/news/101495

Read more...

Tuesday, March 31, 2009

Bloggers HeavyWeight Turun Berkampung

Kita mendapat maklum bahawa beberapa bloggers tersohor lagi hebat turut berkampung di Bukit Gantang. Mereka adalah golongan HeavyWeight yang mempunyai penulisan boleh membawa maut.

Antara mereka yang disebut oleh Albanjari ialah Bro Zorro Unmasked, Bro Harris Ibrahim, Delcapo, Nanda, Bro Arif, Shar, Whisperer dan beberapa lagi bloggers Otai.

Selain menyumbang kepakaran, mereka juga menyumbang wang ringgit dan masa untuk membantu calon PR. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal terhadap perjuangan mereka.


-------
Sumber:
Al-BanjariOnLine
WebPanas

Read more...

Monday, March 30, 2009

Mayat Bentuk Baru, Tanpa Dimandi Dan Disolatkan


Minggu hadapan, jika dengan perkenan Tuanku Yang DiPertuan Agong, imam besar Islam Hadari akan melepaskan jawatannya. Ini berikutan imam besar UMNO telah disandang oleh orang baru, iaitu Najibur-Razak al-Hussiniy.

Oleh kerana imam besar UMNO yang baru tidak berminat dengan mana-mana mazhab, maka mazhab Islam Hadari juga akan terbiar, terlantar dan mati. Kematiannya pada usia yang belum baligh dan belum ditakrifkan tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafankan dan tidak perlu disolatkan. Malah, tidak perlu dikebumikan. Ia akan hancur dimamah zaman.

Begitulah nasib mazhab Islam Hadari.

Read more...

Senarai Blogs Turun Padang PRK 3-B


Pagi ini rasa sudah kebah dari demam. Mula-mula hubungi Dugong Darat. Kemudian berborak dengan Al-Banjari. Dulu semalam, dah bercakap dengan MatSamanKati.

Pada saya, bloggers Perak ni badan macam besi. Tak tau letih. Bertungkus-lumus buat apa yang patut supaya PR menang dalam PRK 3-B. Petugas-petugas parti pun nampak dah kalah. Bloggers PR yang saya kenali, termasuk beberapa bloggers Pinang, memang tak pandai nak rehat.

Anda tahu apa makanan mereka? Hmmm, kadang-kadang tak makan, kadang-kadang makan biskut sekeping-dua. Makan yang sedap-sedap macam tak peduli. Mereka kenyang dan rasa puashati dengan perjuangan. Semoga Allah beri ganjaran setimpal untuk mereka semua.

Sempena posting kali ini saya senaraikan juga bloggers dan blog mereka yang secara aktif menyentuh PRK 3-B, di sebelah kanan anda. Saya namakan Bloggers Turun Padang PRK Bukit Gantang, Bloggers Turun Padang PRK Bukit Selambau dan Bloggers Turun Padang PRK Batang Ai.

Read more...

Sunday, March 29, 2009

Nizar Imamkan Solat Pemimpin UMNO


Disalin dari:
PerakExpress

Gempaq dan haru!!
By webmaster

Di masjid Simpang waktu Maghrib tadi…aku terlepas satu peluang.

Semua pemimpin Umno ada kat Masjid tersebut. Tiba-tiba Nizar sampai dan imam yang bertugas telah meminta Nizar menjadi imam.

Cantek!!!!. Nizar jadi imam…dan dibelakangnya ialah Calon BN, Ismail Safian, Muhyidin Yassin dan MB haram…Zamry Kadir.

So..paham-paham la..

(Maklumat dari Sya-reformis)

Read more...

Bukit Selambau: Sah Pertandingan 15 Penjuru


Sebentar tadi telah diisytiharkan secara resmi oleh pihak SPR bahawa PRK Bukit Selambau ditandingi oleh BN, PKR dan 13 Bebas. Dengan demikian resmilah juga bermula kempen pilihanraya kecil Bukit Selambau.

Read more...

Sah Tiga Penjuru di Bukit Gantang


Sebentar tadi telah diisytiharkan secara resmi oleh pihak SPR bahawa PRK Bukit Gantang ditandingi oleh BN, PAS dan Bebas (Payung). Dengan demikian resmilah juga bermula kempen pilihanraya.

Read more...

World News

Homeopati

Homeopati
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP