Desas-desus membisikkan bahawa UMNO telah memerhati dan menilai para pemimpin PAS di semua peringkat kawasan, negeri dan pusat sama ada di luar mahupun di dalam dewan.
UMNO mengkategorikan para pemimpin PAS kepada tiga kumpulan:
1. Pemimpin PAS tulin dan kental;
2. Pemimpin PAS yang gila kuasa; dan
3. Pemimipin PAS yang sedang menuju era-expire.
UMNO berusaha mendekati dan berunding dengan beberapa wakil dari kumpulan kedua serta kumpulan ketiga sahaja dan tidak kumpulan pertama. Kerana, kumpulan pertama tidak boleh didekati, jauh sekali dari dirundingi.
Tujuan UMNO mendekati kumpulan-kumpulan tersebut ialah untuk menubuhkan Kerajaan Campuran atau apa jua nama yang membawa maksud kerajaan gabungan antara UMNO-BN dengan PAS sahaja. Sebab, PAS parti Melayu dan Islam. Manakala PKR ialah parti Anwar temberang dan DAP pula ialah parti Karpal penderhaka. Jadi, PKR dan DAP diterajang ke tepi.
Rundingan tersebut membincangkan tawaran UMNO-BN kepada PAS sebagai berikut:
1. Mengekalkan MB-PAS: Kelantan dan Kedah.
2. Melantik MB-PAS: Selangor dan Perak.
3. Melantik Exco-PAS: Trengganu, Pahang dan Johor.
4. TPM-2 untuk seorang MP-PAS
5. Lima menteri penuh.
6. Beberapa timbalan menteri.
7. Beberapa setiausaha kementerian.
8. Beberapa senator.
9. Beberapa pengarah GLC
10. Semua kawasan yang dimenangi oleh PKR dan DAP dalam PRU-12, negeri dan parlimen, akan diberi kepada PAS untuk bertanding dalam PRU-13.
Sekiranya kumpulan-kumpulan tersebut berjaya meyakinkan Mursyid Am dan Presiden PAS, maka Presiden PAS akan dilantik menjadi TPM. Ini merupakan tawaran bonus kepada PAS. Begitulah kiranya 10 Rukun dan Bonus Kerajaan Campuran atau apa jua nama yang sewaktu dengannya.
Penulis:
10 rukun dan bonus yang ditawarkan itu tiada kaitan dengan prinsip perjuangan PAS, sama ada bersendirian mahupun bersama PR. Jika 10 rukun dan bonus tersebut dipersetujui oleh Presiden PAS dan membawa PAS berkahwin dengan UMNO serta bercerai dengan PR, maka saya kira majoriti ahli serta penyokong PAS akan mencadangkan supaya “lebih baik Hj. Hadi masuk UMNO atau tinggalkan PAS”; atau ahli-ahli PAS akan memecat beliau keluar dari PAS.
Namun, desas-desus juga mengatakan bahawa Presiden PAS telah dimaklumkan tetapi beliau tidak bersetuju sama-sekali dengan 10 rukun dan bonus tersebut. Malah beliau mengemukakan cadangan supaya dibentuk Kerajaan Perpaduan antara PR dengan BN yang berasaskan prinsip tertentu yang boleh dibincang dan dipersetujui bersama. Saya amat yakin bahawa prinsip tertentu itu ialah prinsip siyasah syar’iyah yang menyeluruh lagi universal.
والله أعلم
Read more...