Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 012 307 5084

Wednesday, December 31, 2008

Mengenali Hudud Dan Qisas (Siri 7)


Peminum Arak: Meminum arak atau yang seumpamanya adalah suatu kesalahan dan dikenakan hukuman had sebat, dengan pensyaratan berikut:

1. Minuman: Meminum yang boleh memabukkan jika ianya banyak, sama ada banyak atau sedikit, sama ada benar-benar memabukkan peminumnya ataupun tidak, walau apa jua jenis atau jenamanya;
2. Peminum berakal waras, sedang baligh dan beragama Islam; dan
3. Peminum meminum dengan sengaja lagi sukarela serta mengetahuwi tentang larangan mengenainya.

Peminum arak yang boleh disabitkan kesalahannya mestilah melalui cara atau cara-cara berikut:

1. Dengan persaksian para saksi; dan/atau
2. Dengan pengakuan peminum itu sendiri.

Pensabitan dengan persaksian hendaklah memenuhi pensyaratan berikut:

1. Para saksi hendaklah terdiri dari dua orang muslim yang berakal waras, sedang baligh dan boleh bertutur dengan baik;
2. Para saksi terdiri dari mereka yang dikenali sebagai adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan berkekalan dalam dosa-dosa kecil; dan
3. Para saksi mempunyai pengingatan yang baik dan tiada halangan syar'iy untuk menjadi saksi terhadap peminum.

Pensabitan dengan pangakuan si peminum sendiri hendaklah memenuhi pensyaratan berikut:

1. Pengakuan yang dibuat hendaklah di hadapan hakim;
2. Pengakuan yang sukarela, berterus-terang lagi bersungguh-sungguh;
3. Si pengaku adalah berakal waras dan sedang baligh; dan
4. Si pengaku mengetahuwi larangan syar'iy mengenai kesalahan meminum arak.

Pembatalan ke atas pensabitan boleh berlaku apabila:

1. Si pengaku menarik balik pengakuannya;
2. Saksi atau para saksi menarik balik persaksian; dan/atau
3. Terbatal kelayakan saksi atau para saksi sebelum dilaksanakan hukuman.

Hukuman had ke atas pesalah ini ialah sebatan. Namun, jumlah atau bilangan sebatan dipertikaikan oleh beberapa ilmuan mazhab seperti berikut:

1. Imam-imam Abu Hanifah, Malik dan satu riwayat daripada Ahmad: Hukuman had sebanyak 80 sebat; dan
2. Imam Ash-Shafi'iy: Hukuman had sebanyak 40 sebat; dan boleh juga dikenakan 80 sebat, jika berlaku hukuman had dan ta'zir.

------ Maklumat Bonus ------

Berubat dengan menggunakan arak:

1. Imam-imam Malik, As-Shafi'iy dan Ahmad berpendapat: Pesakit yang meminum arak atas alasan untuk berubat, hendaklah dikira sebagai termasuk dalam kes HAD, kecuali jika pesakit itu menggunakannya dengan cara yang lain daripada meminum; dan
2. Imam Abu Hanifah berpendapat: Harus meminum arak untuk tujuan berubat.

(Bersambung ke Siri 8).

Read more...

Monday, December 29, 2008

Mengenali Hudud Dan Qisas (Siri 6)


Pensabitan Kesalahan Qazaf: Mahkamah boleh mensabitkan kesalahan qazaf ke atas qazif melalui:

1. Persaksian para saksi; dan/atau
2. Pengakuan qazif sendiri.

Persaksian yang dimaksudkan hendakalah memenuhi pensyaratan berikut:

1. Para saksi terdiri dari dua orang lelaki muslim yang berakal waras dan sedang baligh;
2. Mereka boleh bertutur dengan baik dan bersikap adil, iaitu dikenali tidak melakukan dosa besar serta tidak berkekalan dalam dosa-dosa kecil;
3. Mereka tiada halangan syar'iy dari menjadi saksi; dan
4. Mereka sendiri yang mendengar dengan jelas lagi yakin akan tuduhan yang dibuat oleh qazif.

Manakala pensyaratan pengakuan sendiri adalah sama dengan pensyaratan pengakuan sendiri dalam kes zina.

(Bersambung ke Siri 7).

Read more...

Sunday, December 28, 2008

Mengenali Hudud Dan Qisas (Siri 5)


Kunci:
1. Qazaf (قذف)= Tuduhan zina, secara jelas atau kiasan;
2. Qazif (قاذف)= Penuduh atau yang menuduh; dan
3. Maqzuf (مقذوف)= Yang dituduh melakukan zina.

Seseorang yang membuat tuduhan zina terhadap orang lain, dengan pensyaratan tertentu, boleh dikenakan hukuman 80 sebatan. Pensyaratan yang dimaksudkan ialah:

1. Qazaf yang dimaksudkan ialah perlakuan zina atau penafian keturunan maqzuf;
2. Qazif adalah berakal waras dan sedang baligh;
3. Maqzuf adalah muhson (berbeza dari muhson dalam kes zina) iaitu berakal waras, sedang baligh dan dikenali sebagai berperibadi mulia;
4. Maqzuf adalah individu tertentu;
5. Maqzuf membuat tuntutan atau dakwaan di hadapan mahkamah; dan
6. Qazif tidak dapat mengemukakan empat saksi dengan pensyaratan yang serupa dengan kes zina, kecuali jika qazif adalah suami kepada maqzuf.

Jika mahkamah mensabitkan salah ke atas qazif maka hukumannya ialah:

1. Disebat dengan 80 sebatan;
2. Terbatal kelayakan sebagai saksi; dan
3. Disenarai dalam golongan orang yang fasiq sehingga ia bertaubat dengan pensyaratan tertentu.

(Bersambung ke Siri 6).

Read more...

World News

Homeopati

Homeopati
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP