Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Wednesday, December 17, 2008

Penubuhan BloggersNetwork@Pinang


Pada petang 29 November lepas, beberapa ahli BloggersNetwork@Perak telah mengadakan pertemuan dengan beberapa bloggers di Negeri Selangor dan turut disertai Exco Negeri Pulau Pinang YB Abdul Malik Abul Kassim, di Shah Alam.
(Lihat entri 29 November dalam blog ini).

Maklumat terkini yang saya perolehi, bahawa suatu pertemuan bloggers Pulau Pinang akan diadakan:

Pada: 8 Januari 2009.
Waktu: Jam 2.00 petang.
Tempat: Pejabat YB Abdul Malik Abul Kassim,
Tingkat 53 Bangunan KOMTAR, Pulai Pinang.
Kehadiran: Bloggers yang berminat, terutama yang berada atau anak Pulau Pinang.

Pertemuan tersebut dijangka membawa kepada penubuhan BloggersNetwork@Pinang.


Read more...

Monday, December 15, 2008

ADUN Meru Adakan PPKP

Semalam, semasa saya telipon ADUN Meru, beliau sudah berada di lokasi Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma (PPKP). Program bergerak ini bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

Program hari ini sebenarnya mengandungi tiga urusan kerja sebagai berikut:

1. Pemeriksaan kesihatan yang lebih tertumpu kepada tekanan darah dan tahap gula dalam darah. Pemeriksaan dibantu oleh lima orang doktor.

2. Pendaftaran warga emas ke dalam Skim Mesra Usia Emas. Ini adalah program Kerjaan PR Selangor untuk warga emas penduduk Selangor tanpa mengira agama, fahaman politik, jantina dan kaum keturunan.

3. Kaunter SPR untuk pendaftaran pengundi-pengundi baru.


Sumber:
1. YB ADUN Meru
2. http://khidmatmeru.blogspot.com/

Read more...

Sunday, December 14, 2008

ADUN Meru Rasmikan KRU


Kem Remaja Unggul (KRU) kawasan DUN Meru mengadakan Program Pembentukan Syaksiah untuk belia tempatan selama dua hari bermula semalam, 13 Disember 2008.

Program di adakan di D'Perpat Resort & Karaoke dan telah dirasmikan oleh YB Dr. Abd Rani Osman, ADUN-Meru.

Perlu dimaklum, walaupun program ini bertempat di D'Perpat Resot & Karaoke, tetapi tiada pengisian yang berkaitan dengan jenama resort tersebut. Program KRU ini ialah program alternatif dan dipenuhi dengan pengisian ilmu dan aktiviti fizikal secara berkumpulan. 30 peserta belia didaftarkan hadir.



Sumber:
1. Perbualan saya dengan ADUN; dan
2. http://khidmatmeru.blogspot.com/

Read more...

World News

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP