Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, November 29, 2008

Dua Rangkaian Baru Bloggers Akan Lahir


Petang tadi, suatu pertemuan antara pimpinan BloggersNetwork@Perak dengan beberapa bloggers Selangor telah diadakan di Shah Alam.

Bloggers Selangor yang hadir, antaranya, ialah LabunKulupSakah dan PerisikRakyat . Yang lain, maaf saya tak ingat nama-nama mereka. Turut hadir ialah Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB. Abdul Malik Abul Kassim.

Pertemuan dipengerusikan oleh PraMaya Aloha. Rumusan yang diperolehi ialah YB memaklumkan bahawa beliau sendiri akan mengusahakan suatu pertemuan bloggers Pulau Pinang dalam masa terdekat.

Sesi berikutnya dipengerusikan oleh PrimaMaya MatSamanKati. Rumusan yang dibuat ialah LabunKulupSakah dan PerisikRakyat serta beberapa bloggers lagi akan mengusahakan suatu pertemuan bloggers Selangor, mungkin sebelum pertemuan bloggers Pulau Pinang.

Kedua-dua pertemuan tersebut bertujuan untuk menubuhkan BloggersNetwork negeri-negeri bagi membantu kerajaan PR.


Read more...

Tiga Kumpulan Bloggers Bertemu Di Tempat Berasingan

Hari ini dijangka hari yang sebok bagi tiga kumpulan bloggers. Masing-masing kumpulan akan mengadakan pertemuan di tiga tempat berasingan.

Kumpulan pertama ialah kumpulan bloggers PAS yang akan mengadakan pertemuan di suatu tempat dalam kawasan Damansara, Selangor.

Kumpulan kedua ialah kumpulan bloggers PR yang akan mengadakan pertemuan di Shah Alam, selangor. Pertemuan ini sempena dengan Kongres Tahunan PKR.

Kumpulan ketiga ialah kumpulan bloggers Sabah yang akan bertemu di suatu lokasi, mungkin Kota Kinabalu. Kumpulan ini dipercayai bloggers BN yang mempunyai rangkaian di seluruh Semenanjung dan luar negara, termasuk negara Mesir.

Read more...

Thursday, November 27, 2008

Konsep Kerajaan Maya Rakyat Mula Merebak

MatSamanKati sebagai PrimaMaya KAMAR
(BloggersNetwork@Perak)

Pada tengahari 22 November 2008, Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Perak, telah mengeluarkan kad MEDIA kepada beberapa bloggers. Ia disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar.

Sebelah petangnya Convensyen Teh Tarik Bloggers telah membentuk Kerajaan Maya Rakyat (KAMAR), secara rasminya ialah
BloggersNetwork@Perak.

Pada 23 November 2008, bloggers di Sabah dan Sarawak mulai mengadakan Sidang Parlimen Maya dan merumuskan beberapa resolusi.

Adalah difahamkan, pada 26 November 2008, sekumpulan bloggers PAS menemui YAB-MB Perak dan membentuk satu team bloggers PAS dengan melantik ketua dan timbalan ketuanya sendiri. Juga difahamkan, bahawa team ini menamakan team mereka sebagai Perakini.com

Insya Allah, pada 29 atau 30 November ini akan diadakan suatu pertemuan para bloggers lain di Shah Alam, Selangor.

Beberapa rakan di negeri-negeri pantai timur juga mulai meninjau dan memikirkan untuk pertemuan bloggers di negeri masing-masing.

Saya difahamkan, pemimpin KAMAR sedang memikirkan untuk menyatukan bloggers PR seluruh negara bagi membantu kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Penyatuan bloggers PR mungkin boleh dijadikan landasan ke arah pembentukan Asian Bloggers Community atau lebih luas.

Ayah dari Bagan Serai. Saya dilahirkan di Selangor. Jadinya, saya bukan Anak-Perak, tapi Cucu-Perak.

Read more...

Tuesday, November 25, 2008

Pengguguran Khalid Dan Shaari Memang Dijangka


Penggantian (sebenarnya: Pengguguran) Khalid Samad dan Shaari Sungib dari PJ2 PAS Selangor dan Ketua Penerangan PAS Selangor memang sudah dijangka oleh ramai pemerhati dan veteren PAS Selangor sejak isu calon exco selepas PRU12. Bagi pemerhati dan veteren, tanda-tanda serta dalil-dalil ke arah jangkaan tersebut memang ketara.

Malah, jangkaan juga dibuat bahawa untuk PR13 akandatang (jika Dr. Hassan masih menjadi PJ) beberapa ADUN sekarang akan cuba digugurkan. Antaranya ialah Dr. Halimah dan Dr. Abd Rani. Mungkin suatu percanggahan pendapat antara Dr. Hassan (PJ) dengan TGHH (Presiden) akan berlaku mengenai kedudukan Dr. Abd Rani.

Read more...

Monday, November 24, 2008

Pemaya Wanita Dalam KAMAR


Gambar pemaya wanita yang dipilih ke dalam J-Pemaya KAMAR.

Read more...

Gambar Komuniti Pemaya Dalam KAMAR

Gambar kenang-kenangan komuniti pemaya sebaik KAMAR ditubuhkan pada 22 November 2008.

Duduk dari kanan (berkopiah) ke kiri: PraMaya, PrimaMaya, ProMaya, dan ......

Read more...

World News

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP