Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Friday, November 14, 2008

Kelayakan Pemimpin KAMAR


Pada dasarnya, kelayakan minima calon-calon Pemimpin Kerajaan Maya Rakyat (KAMAR) ialah Niat dan Akal. Perkara-perkara lain adalah suatu kelebihan.

Niat dalam konteks KAMAR ialah tujuan baik untuk semua manusia serta menepati nilai-nilai murni. Dan, Akal ialah pengalaman yang dimanfaatkan serta buah fikiran yang canggih.

Namun, para pemimpin KAMAR akan dikelilingi oleh Lembaga Kolukium Pemikir (LKP) yang akan menjadi lembaga penasihat. LKP ini seolah-olah lembaga HISBAH dalam siyasah syar'iyah.

Read more...

Thursday, November 13, 2008

Calon-Calon Pemimpin Kerajaan Maya Rakyat


Dalam pemerhatian dan perbincangan terkini, saya dapati bahawa Kerajaan Maya Rakyat (KAMAR) hampir pasti terbentuk pada atau selepas 22 November 2008. Struktur asas kepimpinan KAMAR juga boleh diterima oleh bloggers.

Setakat ini beberapa perkataan baru digunakan untuk kepimpinan KAMAR. PrimaMaya = Ketua Umum KAMAR; ProMaya = Setiausaha Agong KAMAR; PraMaya = Bendahari Agong KAMAR; J-Pemaya = Exco KAMAR; dan Pemaya = Ahli-ahli KAMAR.

Pada dasarnya, MatSamanKati akan dipilih sebagai PrimaMaya. MatComot, mungkin ProMaya atau PraMaya. Kerana, ProMaya berfungsi juga sebagai Timbalan PrimaMaya (Pengurusan) dan PraMaya berfungsi juga sebagai Timbalan PrimaMaya (Kewangan). Albanjari, Cenangau, Manjung Mari, dan beberapa tokoh lain dijangka menduduki ruang dari ProMaya hingga J-Pemaya. J-Pemaya, singkatan JenamaPemaya, akan memperkenalkan jenama projek-projek yang akan dilaksanakan oleh KAMAR.

Read more...

Tuesday, November 11, 2008

KAMAR Dan UMAR Akan Ditubuhkan


Tengahari tadi, pertemuan 2 bloggers yang mencetus idea Kerajaan Maya Rakyat (KAMAR) dan Universiti Maya Rakyat (UMAR) telah diadakan di Rumah Rehat Kuala Kangsar; dan disertai seorang blogger yang menyokong kuat idea berkenaan.

Pertemuan tersebut adalah susulan dan persiapan sebelum menjelang persidangan bloggers pada 22 November 2008. Insya Allah, KAMAR dan UMAR akan dapat direalisasikan.

Sesiapa yang ingin meninjau idea berkenaan sila layari perakexpress.com milik MatSamanKati.

Read more...

Sunday, November 9, 2008

Persidangan Komuniti Bloggers


Berpuluh-puluh bloggers (sebenarnya, bilangan yang terhad) dijangka menghadiri persidangan yang formal pada 22 Novembar 2008. Ucaptama dan perasmian akan disempurnakan oleh MB. Taklimat serta dialog oleh dan bersama tiga exco kerajaan negeri; dan bengkel sesama bloggers.

Persidangan rasmi akan bermula jam 9.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 5.00 petang. Kemudian, di sebelah malam, beberapa bloggers akan mengadakan kolokium untuk merangka beberapa perkara, mungkin termasuk konsep Kerajaan Maya Rakyat (KAMAR).

Setakat ini sebuah sekretariat penaja telah dibentuk dan dianggotai oleh dua bloggers terkenal. Mereka dijangka akan dipilih menjadi pemimpin kumpulan bloggers tersebut.

Semoga ALLAH memberi kejayaan dan rahmat kepada mereka.

Read more...

World News

Homeopati

Homeopati
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP