Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Friday, November 7, 2008

Exco PAS Buka Kaunter Pentadbiran Di Masjid?


Ramai pemimpin PR, terutama dari PAS, menyeru supaya fungsi-fungsi masjid dikembalikan. Malah, menyeru masyarakat supaya menghidupkan masjid setiap masa, bukan sekadar waktu solat sahaja.

Seruan itu amat baik dan benar. Tetapi, fungsi-fungsi masjid sukar dikembalikan sekiranya pemerintah sendiri tidak berada di masjid dalam urusan pentadbiran.

Justeru, saya berpendapat, YB-YB dari PAS khususnya, perlu membuka pusat khidmat mereka di masjid atau berhampiran masjid dan bukannya di lokasi-lokasi lain.

Exco-exco PAS patut membuka beberapa kaunter urusan rakyat di masjid-masjid terpilih supaya masyarakat berurusan di situ. Masyarakat pedalaman lebih mudah dan lebih selesa ke masjid dari ke lokasi SUK. Dengan itu, sedikit demi sedikit fungsi-fungsi masjid dapat dikembalikan.

Fikir-fikirkanlah.

Read more...

Tuesday, November 4, 2008

Kerajaan Maya Mungkin Jadi Realiti


Beberapa bulan lepas saya berbincang dengan MatSamanKati tentang konvensyen para bloggers untuk membincangkan pelbagai isu, termasuk penubuhan kerajaan maya.

Kerajaan Maya bukanlah kerajaan buangan untuk merampas kuasa kerajaan tradisional yang memerintah di peringkat pusat atau di bahagian negeri-negeri. Tetapi kerajaan yang menjadi penyokong kerajaan tertentu atau kerajaan yang akan melaksanakan beberapa projek yang tidak dilaksanakan oleh kerajaan tersebut.

Walaupun apa yang kami bincangkan itu semacam jenaka tetapi boleh direalisasikan. Sekarang, usaha-usaha ke arah itu sedang giat dilakukan. Mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan dalam beberapa bulan atau tahun akan datang.

Percayakah?

Read more...

World News

Homeopati

Homeopati
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP