Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, October 18, 2008

Teruk Betul Hj Hadi?


Gambar atas dipetik dari blog Pemuda Besut (PAS). Dalam gambar ini kelihatan TG Hj Hadi menerima kunjungan KM P. Pinang. Maksudnya, pertemuan tersebut berlaku di ruang tamu VIP milik TGHH.

Lihatlah sendiri, ruang yang begitu dhaif bagi seorang pemimpin. Tong sampah kampungan yang terlalu murah. Bekas menghidang makanan (mungkin buahan) yang tidak sepertinya. Tak ada karpet, hanya tikar getah saja. Kursi tempat duduk yang dah lusuh. Dah lah begitu, ruang juga sempit.

Percayakah orang UMNO bahawa itu ialah ruang tamu di rumah TGHH yang pernah menjadi MB. Yang pernah ada kuasa untuk dapat berbagai kemudahan dan peruntukan. Empat tahun memerintah, kenapa tak renovate ruang tu, kenapa tak ganti tikar getah tu, kenapa tak beli yang agak special tempat duduk tu, kenapa tak beli set pinggan mangkuk dari luar negara, bla... bla... bla....

Itulah dan begitulah pemimpin bersama rakyat. Itu pun dah kira mewah berbanding dengan keadaan rakyat di kampung-kampung.

Read more...

Friday, October 17, 2008

Rehlah-Sosial Antara Kaum Dan Agama


Saya tidak tau program atau aktiviti dalam PAS kini, khususnya selepas PRU12. Apa yang saya tau, khususnya dalam negeri-negeri Perak dan Selangor, ialah aktiviti tradisi campur beberapa hal yang berkaitan dengan pentadbiran negeri dan kawasan.

Jika benar setakat aktiviti dan hal-hal yang saya nyatakan itu, maka saya mencadangkan supaya PAS di dua negeri tersebut menambah beberapa aktiviti atau program lain yang agak bersesuaian dengan keadaan semasa. Sebagai contoh, Pemuda PAS boleh mengadakan Rehlah-Sosial Antara Kaum Dan Agama yang tersusun lagi berkualiti. Begitu juga Dewan Ulamak PAS mengadakan Pengkalan Data yang boleh diakses oleh sesiapa dan pada bila-bila masa sahaja. PAS adalah organisasi yang tidak jumud dan bukan tertutup.

Saya fikir pimpinan pemuda dan ulamak PAS dapat memahami apa yang saya cadangkan.
JAZAKUMULLAHU khairan kathiran.

Read more...

Wednesday, October 15, 2008

28 Masuk Islam Dan Sokong PAS


Jam 11.38 malam tadi saya call ADUN Meru, Dr. Abd Rani Hj. Osman (saya dilarang sebut atau tulis YB pada nama beliau) dan bercakap mengenai non-muslim yang menganut Islam dalam DUN Meru selepas PRU12. Beliau mengesahkan, bahawa kemasukan mereka ke dalam Islam adalah dengan initiatif rakan-rakan PAS (tentunya beliaulah ketuanya, saya faham tu) dan mereka juga menyatakan sokongan terhadap perjuangan PAS.

Mereka yang baru menganut Islam ini terdiri dari golongan biasa dan yang kaya-raya. Penduduk dalam kawasan DUN Meru. Ada yang bekerja di Meru dan ada juga yang berulang-alik keluar negara. Jumlah yang menganut Islam setakat ini ialah 28 orang, terdiri dari keturunan Iban, Kadazan, Cina, India dan Nepal. Insya ALLAH, akan ada lagi beberapa orang akan mengikuti kemudian. (Saya sendiri pernah berbual dengan beberapa rakan keturun Cina dan India. Mereka kata, mereka sedang memikirkannya. Yang tentu, mereka kata mereka baru mula memahami Islam selepas PRU12 dan tertarik dengan peribadi TG Nik Aziz).

Istimewa mereka ini ialah menganut Islam kerana tertarik dengan ajaran Islam dan peribadi ADUN serta pemimpin-pemimpin PAS di sini. Bagaimana dengan kawasan lain?

Read more...

Tuesday, October 14, 2008

Pakej Fir'aun Dan Pakej Rasulullah


Semasa berbual-bual di hariraya, saya ditanya kenapa memilih PAS sebagai wadah perjuangan. Sedangkan PAS susah nak dapat memerintah Malaysia. Dalam PAS sekarang pun macam ada masalah.

Jawapan saya, dalam sejarah mukabumi ini hanya ada dua pakej perjuangan. Pakej pertama ialah kemajuan kebendaan semata-mata, kehebatan duniawi semata-mata dan kebanggaan dari segi kekuasaan dan kekayaan. Pakej kedua ialah kemajuan bersepadu, kehebatan menyeluruh serta pelaksanaan syari'at Allah untuk kebahagiaan di dunia dan ketika di akhirat.

Pakej pertama dipelopori oleh Fir'aun, Numruz, Qarun dan lain-lain. Pakej kedua disampaikan oleh Para Rasul dan disambung oleh mereka yang patuh atau bersikap baik terhadap syari'at.

Saya sebagai muslim dan umat Para Rasul, khususnya Muhammad Rasulullah, maka saya mestilah patuh serta bersikap baik terhadap syari'at. Saya lihat wadah-wadah yang ada di Malaysia, hanya PAS yang mengemukakan pakej kedua tersebut. Justeru, saya memilih PAS sebagai wadah perjuangan sejak sebelum baligh lagi. Untuk memerintah Malaysia itu memang ada dalam jadual yang dikendalikan oleh Allah. Saya beriman penuh kepadaNYA.

Di zaman Rasulullah pun macam ada masalah juga. Contohnya, ada juga beberapa sahabat yang rasa tak puas-hati mengenai perjanjian Hudaibiyah dan ada yang berbeza pendapat mengenai beberapa perkara. Itu sebab diturunkan al-Qur^an. Mereka tetap patuh terhadap perjuangan.

Itu sahaja jawapan saya kepada yang bertanya. Kerana saya perlu beraya di tempat dan dengan orang lain pula.

Read more...

Monday, October 13, 2008

Cinta Pandang Pertama Pada TG Nik Aziz

Gambar dari:
http://kickdefella.wordpress.com/

Ahiruddin Attan bersama TG Nik Aziz
(Dua tokoh dalam bidang masing-masing)

Saya ada sekurang-kurangnya dua kenangan bertemu TG Nik Aziz.

Kenangan kedua saya ialah semasa menuntut di England. Saya lupa tarikh sebenar, tapi mungkin dalam tahun 1984 atau tahun 1985. Ketika itu saya menjemput TG, YB Abdul Halim Abd Rahman dan beberapa pemimpin pelajar makan malam. Semasa bercakap-cakap, beliau bertanya saya yang maksudnya, adakah saya tahu di mana naskhah asal Diploma Pendidikan Universiti 'Ain Shams milik almarhum Nik Yusof. (Almarhum ialah anak saudara TG. Semasa mengambil naskhah asal diploma tersebut di pejabat universiti, sayalah yang menemankan beliau. Bila balik ke rumah, beliau terus demam dan beberapa hari kemudian kembali ke rahmatiLLAH). Walaupun soalan itu telah dijawab, tetapi saya tidak tahu kedudukan sebenar hingga sekarang.

Kenangan pertama pula ialah pada petang hari pertama TG menghadiri dewan rakyat (kali pertama TG menjadi YB). Petang itu, saya bersama almarhum Ustaz Adnan Hashim dan almarhum Pak Hamidun menemui TG di rumah Ustaz Yazid Jaafar. Seingat saya, TG tak dibenarkan mengikuti sidang kerana datang dengan berbaju kurung dan berserban seperti biasa sahaja.

Sepanjang pertemuan itu saya hanya memerhati dan mendengar perbualan meraka yang hadir (saya baru jadi mahasiswa ketika itu). Saya terus tertarik dengan buah fikiran dan peribadi TG. Bukan alang-alang tertarik. Tak tau nak cerita macamana. Amat-amat tertarik dan lebih dari biasa. Pada saya, inilah Cinta Pandang Pertama Saya Pada TG Nik Aziz.

Read more...

World News

Homeopati

Homeopati
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP