Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Friday, September 12, 2008

PakLah Sokong Anwar?

Ini bukan hal siyasah syar'iyah, tetapi hal cakap-cakap beberapa orang (mungkin) Umno!!!

Ada beberapa orang peringkat kampung berpendapat bahawa PM/PakLah sengaja membiarkan Umno bergolak dan para pemimpinnya kucar-kacir.

Antara sebabnya, PakLah terpaksa lantik Najib jadi TPM. Sedangkan PakLah teringin nak menerapkan Islam dalam kerajaan. Keinginannya ini disuarakan dalam beberapa sempena dengan pemimpin Umno, tetapi tidak dihiraukan. Itu sebabnya PakLah berhenti dari mengeluarkan ayat-ayat al-Quran dalam ucapannya akhir-akhir ini.

Kerana merajuk dan sikap keciwa tidak mendapat sokongan untuk menerapkan Islam dalam kerajaan maka beliau merasakan gabungan PAS dengan Umno dapat melaksanakannya. Tetapi PAS pula menolaknya. Cara lain ialah dengan pakatan PAS dan PKR dan beberapa MP Umno mungkin sesuai. Justeru, beliau menyediakan suasana yang sekadarnya kepada PKR dan PAS menguasai kerajaan. Lagi pula DAP akan membantu. Keadaan ini difahami oleh DM dan beberapa pemimpin Umno. Itu sebab mereka bising dan marah terhadap PakLah.

Hanya sekadar pandangan beberapa orang kampung.

Read more...

Monday, September 8, 2008

Ramadhan: 'Ibadah Dan Ghazwah


Sebelum ini kita menyebut bulan Ramadhan sebagai "Ramadhan: 'Ibadah Dan Siyasah". Maksud ungkapan tersebut telah dihuraikan.

Kali ini kita sebut pula bulan Ramadhan sebagai "Ramadhan: 'Ibadah Dan Ghazwah". Ghazwah ertinya pertempuran atau peperangan. Kita lihat beberapa bukti:

(1) 17 Ramadhan, tahun ke 2 hijriyah, berlaku Ghazwah Badr. Pertembungan terbuka yang terbesar dalam sejarah hingga ke waktu tersebut.

(2) 18 Ramadhan, tahun ke 8 hijriyah, RasululLAH bersama kira-kira 12,000 muslimin bergerak dari Madinah ke Makkah. Seterusnya berlakulah Fath Makkah (pembukaan atau pembebasan Makkah).

Itu adalah antara perkara penting dilakukan oleh RasululLAH dalam bulan Ramadhan. Justeru, Ramadhan ialah bulan 'ibadah dan ghazwah.

Read more...

Sunday, September 7, 2008

Aqabah: Tempat Pertemuan Sulit

Apabila para pemimpin Arab Mekah mendapat berita bahawa RasululLAH akan menemui beberapa wakil kumpulan tententu Madinah, maka mereka berusaha sedaya upaya menyekat serta menghalang berlakunya pertemuan tersebut. Semua lokasi yang boleh dijadikan tempat pertemuan dikawal rapi.

Namun, usaha mereka menyebabkan RasululLAH menyusun strategi yang lebih baik dan teliti. Baginda dan kumpulan tertentu Madinah dapat mengadakan pertemuan di suatu tempat sulit bernama "Aqabah". Pertemuan kali pertama baginda ialah dengan 12 orang (10 Aus + 2 Khazraj). Dan pertemuan kali kedua ialah dengan 73 orang. Dalam pertemuan-pertemuan tersebut beberapa persetujuan telah dicapai.

Antara persetujuan yang terkenal ialah Hijrah RasululLAH dan golongan muslim ke Madinah untuk mengambil-alih kepimpinan nagara ketika itu. ALLAH telah mengizinkannya.

Read more...

Mimpi RasululLAH ...

Suatu ketika RasululLAH bermimpi dapat memasukki Mekah serta dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna. Para sahabat dan golongan muslim sungguh gembira.

Bila tiba musim haji, RasululLAH dan kaum muslimim bergerak ke arah Mekah untuk memasukkinya dan mengerjakan ibadat haji dengan sempurna, seperti yang dimimpikan oleh baginda. Sayangnya, penguasa Mekah menghalang RasululLAH dan pengikut baginda serta mengarahkan supaya pulang ke Madinah. Dengan siyasah, baginda dan semua muslimin pulang ke Madinah tanpa mengerjakan ibadat haji.

Kejadian tersebut menyebabkan berbagai gosip berlaku di kalangan penduduk Madinah dan Mekah. Banyak andaian dan tuduhan. Ada yang meragui baginda dan ada juga yang menjauhkan diri.

Namun, tidak lama kemudian, Allah menurunkan ayat-ayat yang mengesahkan mimpi RasululLAH tersebut. Musim berikutnya, berlakulah apa yang dimimpikan oleh baginda. Berbahagialah para sahabat dan kaum muslimin yang tidak meragui RasululLAH.

(Hubungi ulamak atau ustaz serta bincangkan atau usrahkan tajuk ini).


Read more...

World News

Homeopati

Homeopati
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP