Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Thursday, June 26, 2008

Jumlah Rakyat Muslim

Beberapa rakan musykil, bagaimana hendak laksanakan syari'at Islam. Jika bilangan rakyat muslim hanya kira-kira 50% atau lebih sedikit. Nanti, orang non-muslim tak setuju?

Jawapan saya: Islam tidak mensyaratkan jumlah rakyat muslim majoriti atau 100% untuk melaksanakan syari'at. Jika kuasa memerintah ada pada muslim bolehlah laksanakan syari'at, sekalipun jika rakyat muslim minoriti.

Sesiapa sahaja yang memahami syari'at tidak akan menentang atau tidak bersetuju dengan pelaksanaannya. Semua yang terkandung dalam syari'at adalah menepati kehendak dan naluri setiap manusia. Dan ada juga syari'at yang hanya untuk golongan muslim.

Sebagai contoh:

1. Keadilan, ketelusan dan amanah adalah antara syari'at yang tidak akan ditentang oleh sesiapa yang siuman dan jujur.
2. Undang-undang jenayah, biasanya dikatakan hudud dan ta'zir, juga tidak menjadi masalah kepada sesiapa yang tidak bersalah. Jika seseorang itu bukan penjenayah, mengapa ia takut? Bagaimana dengan hukuman ke atas jenayah mengedar dadah sekarang?
3. Solat, puasa dan ibadat-ibadat lain memang dikecualikan ke atas non-muslim. Takkan mereka tak setuju dengan pengecualian itu atau mereka tak setuju muslim beribadat?

Dr. Abdul Wahab Arbain.

Read more...

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP