Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Friday, May 16, 2008

Objektif Pelaksanaan Syari'at

Antara objektif pelaksanaan syari'at ialah:

1. Mendidik individu supaya hidup berfungsi, berdisiplin dan berbahagia.
2. Memudahkan masyarakat agar hidup harmoni, makmur dan sejahtera.
3. Memimpin pemerintah agar menyediakan maslahat, berakhlak mulia dan berbuat bakti.

Untuk mencapai objektif syari'at, manusia disuruh bermasyarakat dan berkerajaan. Tanpa masyarakat, manusia sukar untuk hidup; dan tanpa kerajaan, manusia tiada penguatkuasa.

Dr. Abdul Wahab Arbain

Read more...

Wednesday, May 14, 2008

Hukum Dalam Syari'at (Siri 2)

Dari aspek tanggungjawab, hukum-hukum Islam menyentuh ke atas tiga perkara:

1. Hukum ke atas diri atau fizikal semata-mata. Ini tidak boleh diwakili atau digantikan oleh diri atau fizikal orang lain untuk melaksanakannya. Contoh: Solat, tersmasuk solat sunat.

2. Hukum ke atas harta atau material semata-mata. Ini boleh diwakili atau digantikan oleh diri atau fizikal orang lain untuk melaksanakannya. Contoh: Membayar hutang. Anak boleh membayarkan hutang ayahnya.

3. Hukum ke atas diri dan harta (fizikal dan material). Ini boleh diwakili atau digantikan oleh orang lain, jika berkeuzuran. Contoh: Mengerjakan haji.

Soalan: Bolehkah anak berpuasa bagi pihak ibunya yang uzur?

Dr. Abdul Wahab Arbain

Read more...

World News

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP